| Mera Naam Joker: Nordin Ahmad

Jumat, 05 Oktober 2012

Nordin Ahmad



Nordin Ahmad
Nordin Ahmad.jpg
Nordin Ahmad, pelakon filem Melayu.
Lahir 1932
Bendera Malaysia Pulau Pinang
Meninggal dunia 15 Jun 1971
Bendera Singapura Singapura
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Tempoh aktif 1952-1962
Berkahwin dengan Salmah Ibrahim (Salmah Hitam)
Anak Asmah, Tuah, dan Asnor

Nordin Ahmad adalah pelakon filem Melayu terulung. Beliau dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada tahun 1932. Lakonan hebat beliau adalah seperti dalam filem Seri Mersing, Semerah Padi, Air Mata Duyong dan Gurindam Jiwa. Selain itu beliau juga dikenang dengan lakonan agresif seperti dalam filem Hang Jebat, Cucu Datuk Merah dan Raden Mas.

Penglibatan dan Kerjaya Seni

Penglibatan beliau bermula apabila beliau berkerja sebagai kerani di Singapura pada 1951 dan tidak menyimpan hasrat berlakon sehingga melihat iklan mencari pelakon-pelakon baru di Utusan Melayu. Atas dorongan rakan-rakan beliau menerima jemputan uji bakat bersama Malay Film Productions MFP tetapi gagal. Pengarah S. Ramanathan yang mengujinya berpendapat Nordin tidak mampu berlakon.
Nordin menerima tawaran berkerja sebagai buruh kasar di studio MFP dengan harapan dapat menjadi pelakon satu hari kelak. Beliau muncul di beberapa filem termasuk Rayuan Sukma dan Juwita sebagai pelakon tambahan tanpa dialog. Pengarah Haji Mahadi mengambil Nordin menjadi perlakon utama filem Permata di Perlimbahan berganding dengan Maria Menado tetapi filem itu tidak laris. Akibatnya Nordin terpaksa menjadi pelakon tambahan semula. Biarpun begitu dia mencekalkan semangat dan tidak berputus asa.
Rakan Nordin, P.Ramlee lah yang melancarkan kerjaya Nordin bila menawarkannya berlakon watak Teruna bertentang Aduka yang dilakonkan oleh P.Ramlee dalam filem Semerah Padi pada tahun 1956. Kejayaannya sebagai Teruna melonjakkan namanya sebagai seorang bintang filem. Nordin diambil dari studio MFP oleh Studio Cathay Kris dengan tawaran lumayan dan menjadi kesayangan Cathay.
Pengarah-pengarah berlumba-lumba untuk mengambilnya membintangi filem mereka. Disamping jalan cerita yang menarik dan pengarahan yang bagus, Nordin Ahmadlah elemen penting dalam kejayaan filem-filem Cathay Keris seperti filem Hang Jebat arahan Husain Haniff, Cucu Datuk Merah oleh M. Amin dan Seri Mersing oleh Salleh Ghani.
Teruna (Nordin Ahmad) dalam filem Semerah Padi 1956
Nordin sendiri ditawar menjadi pengarah pada 1964 dengan filem pertamanya Wan Perkasa yang tidak bergitu berjaya. Namun begitu peluang mengarah terus diberikan kepadanya melalui filem-filem Kasih Ibu, Naga Tasek Chini, Play Boy, Kekasih, Nafsu Belia, Keranda Berdarah and Lubang Neraka. Nordin mengakui bahawa beliau lebih terserlah sebagai pelakon berbanding pengarah.
Namun yang pasti, setiap kali menyebut nama Nordin Ahmad, peminat akan terus teringat adegan-adegan dan dialog-dialog yang menjadi klasik filem-filem Melayu sepanjang zaman seperti dalam filem Seri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani dengan dialog berpantun ; "Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu." Dalam filem Gurindam Jiwa (1966) Nordin berganding dengan Latifah Omar mendendangkan lagu Gurindam Jiwa dengan rangkap "Tuai padi antara masak, esok jangan layu layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan".
Itulah Nordin Ahmad yang pernah menimba pengalaman sebagai pelakon di Malay Film Productions (MFP) dan Cathay Keris serta digilap bakatnya oleh P. Ramlee, B N Rao dan M. Amin. Daripada seorang pelakon, lama kelamaan Nordin diberi kepercayaan menjadi pengarah dan terbukti melalui filem seperti Wan Perkasa serta Playboy.

Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar, Singapura pada 15 Jun 1971 ketika berusia 39 tahun kerana menghidap demam kuning. Beliau meninggalkan balu, Salmah Ibrahim (Salmah Hitam) serta tiga cahaya mata - Asmah, Tuah dan Asnor.

Filem

  • Filem Anakku Sazali (1956)
  • Filem Abu Hasan Pencuri (1955)
  • Filem Aladdin (1951)
  • Filem Arjuna (1954)
  • Filem Air Mata Duyong
  • Filem Bernoda
  • Filem Belantara
  • Filem Cemburu
  • Filem Cucu Datok Merah
  • Filem Dang Anum (1962)
  • Filem Gado Gado
  • Filem Gelora Hidup
  • Filem Gul Bakawali
  • Filem Gurindam Jiwa
  • Filem Hang Jebat (1961)
  • Filem Hang Tuah (Tambahan)
  • Filem Lanchang Kuning
  • Filem Laila Majnun
  • Filem Panggilan Pulau (1954)
  • Filem Raden Mas
  • Filem Serangan Orang Minyak
  • Filem Orang Minyak
  • Filem Panggilan Pulau
  • Filem Perjodohan (1954)
  • Filem Patong Chendana
  • Filem Permata Diperlimbahan (1952)
  • Filem Playboy (1968)
  • Filem Siti Zubaidah
  • Filem Sri Mersing
  • Filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang
  • Filem Sri Mersing
  • Filem Tun Fatimah
  • Filem Tajul Asyikin
  • Filem Hutang Darah Dibayar Darah
  • Filem Noor Islam (1961)
  • Filem Semerah Padi (1956)
  • Filem Sial Wanita (1969)
  • Filem Jahanam (1971)
  • Filem Mahsuri (1959)
  • Filem Jula Juli Bintang Tujuh
  • Filem Yatim Mustapha
  • Filem Juwita
  • Filem Putus Harapan
  • Filem Kipas Hikmat
  • Filem Panglima Besi
  • Filem Srikandi
  • Filem Simurai



Comments
0 Comments