| Mera Naam Joker: Tamaddun melayu
Tampilkan postingan dengan label Tamaddun melayu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Tamaddun melayu. Tampilkan semua postingan

Kamis, 09 Mei 2013

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang



Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang

Oleh Helmi Effendy

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti mana yang dijanjikan, saya akan menulis mengenai Kerajaan Aroi Matahari yang lokasinya terletak di Kepulaan Pasifik. Pada asalnya, artikel ini hanya berkisar mengenai Kerajaan Aroi tetapi kajian yang saya lakukan membawa saya kepada beberapa benang halus yang berkait rapat antara Kerajaan Aroi Matahari dan Lemuria serta Atlantis. Jadi, saya merasakan tajuk Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang merupakan tajuk yang paling baik.

Kalau kita mahu bercakap mengenai Kerajaan Aroi, kita harus belajar dahulu mengenai Lemuria dan Atlantis. Kenapa? Soalan itu senang sahaja kerana rekod sejarah menunjukkan bahawa pengasas Kerajaan Aroi ialah leluhur daripada Lemuria. Jadi, untuk mengenali Aroi, harus belajar mengenali bapa kepada Aroi iaitu Lemuria dan Atlantis.

Juga, untuk mengkhatamkan bab mengenai Lemuria dan Atlantis, harus anda mengkhatamkan topik mengenai bangsa Melayu. Memahami apa itu definisi perkataan Austronesian dan Polynesian. Bila anda sudah memahami perkataan ini, anda pasti tidak menghadapi masalah untuk menelan artikel saya ini. Jangan risau, sebenarnya ada artikel saya yang lepas berkisar mengenai definisi bangsa Melayu.


Lemuria dan Atlantis
Lemuria merupakan sebuah peradaban kuno yang masih didebatkan kewujudannya oleh para sejarawan. Manakala Atlantis berdiri selepas kewujudan Lemuria tetapi pernah berada pada period yang sama. Bukan kerana kewujudannya palsu tetapi kekurangan bukti untuk menjadikan Lemuria benar-benar wujud. Persoalan itu kita tolak ketepi, kerana kita ada benda yang lebih penting untuk dipelajari.

Lemuria ialah sebuah kerajaan yang dikatakan berdiri pada 75 000 tahun sebelum masihi hinggalah ke era 11 000 S.M. Tamadun ini dikatakan ranap atas beberapa sebab, diserang oleh jiran mereka iaitu Atlantis dan menjadi mangsa banjir Besar. Tentang isu ini, ramai pengkaji berpendapat bahawa Lemuria dan Atlantis ialah umat Nabi Nuh yang ingkar pada ajaran rasul ALLAH itu untuk menyembah ALLAH meninggalkan tinggalan berhala dan matahari mereka.

Kembali kepada topik, Lemuria pada zaman puncaknya, mempunyai 60 Juta orang dan terdiri daripada pelbagai bangsa. Di sini saya mahu membetulkan kenyataan bahawa Lemuria dan Atlantis itu bukanlah milik orang Melayu. TETAPI...

Tahukah anda bahawa Melayu merupakan salah satu bangsa yang pernah menjadi sebahagian daripada Lemuria dan Atlantis? Menurut Powell dalam bukunya The Solar System, pada bab 35 menceritakan bahawa akar bangsa keempat Lemuria merupakan malayan brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar keempat ini digelar sebagai Atlanteans. 

Dan fakta yang mengejutkan ialah lokasi Lemuria dikatakan terletak di Asia Tenggara. (Peta di bawah)

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x590.


Lemuria meliputi Semenanjung Tanah Melayu, pentas Sunda, Kepulauan Borneo, Sumatera dan Kepulauan Jawa. Ini ialah wilayah yang memang diektahui sebagai Kepulauan Melayu pada hari ini. Hal ini telah membawa saya untuk mengkaji kembali kenyataan Augustus Le Plongeon (1825–1908), SEORANG PENYELIDIK yang menemui catatan bangsa Mayan mengenai Lemuria dan Atlantis bahawa pengasas kerajaan Mesir Purba ialah Permaisuri Moo, gelandangan daripada Lemuria.

Sekaligus saya teringat akan artikel mengenai Punt, bahawa lokasi tempat misteri yang dikatakan tanah para nenek moyang bansga Mesir dan Qibti, juag dikenali sebagai tanah para dewa yang dikunjungi oleh Ratu Hatsheptsut terletak di Nusantara. Sekarang, sudah jelas kenapa Nusantara ini di kunjungi oleh Firaun Hatshepsut kerana pernah suatu masa dahulu, di tanah ini berdirinya Lemuria.

Banyak juga pengkaji yang mengatakan bahawa Nusantara ialah lokasi Lemuria. W. Eliotscot dalam bukunya The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria, juga tidak ketinggalan seorang professor daripada Brazil dalam bukunya The Lost Continent Of Atlantis Found (gambar di bawah)



Nampak bukan? Bukan seorang dua pengkaji yang telah menemui rahsia bumi kita ini. Cuma Melayu tidur... terlalu lama tidur... selepas sampai bangsa sendiri dipandang hina. Hari ini, bukti arkeologi menunjukkan bahawa keluasan Lemuria mencecah sehingga Pulau Ester yang merupakan wilayah terhujung dalam benua Melayu yang digariskan oleh pakar antropologi pada hari ini. 

Teknologi Canggih Lemuria Dan Atlantis

Nenek moyang orang Melayu pada hari ini dikatakan antara bangsa termaju yang pernah dilihat oleh dunia. Lemuria dan Atlantis mempunyai tanah subur sepanjang masa. Matahari asyik bersinar 24 jam (sesuai dengan iklim khatulistiwa). Mereka mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam dan teknologi bangsa ini sangat-sangat canggih. Ada pendapat mengatakan lebih canggih daripada hari ini. Namun semuanya musnah angkara melawan ajaran Nabi Nuh. Maka, ALLAH turunkan banjir besar dan hanya yang mengikut Nabi Nuh sahaja selamat daripada tragedi itu.

Saya percaya Nabi Nuh bercakap dengan bangsa yang sangat maju. Nabi Nuh tidak berdakwah dan menyeru manusia primitif yang konon sedang berevolusi tetapi sedang bercakap dengan bangsa yang mampu membina kapal terbang dan senjata nuklear. Baca catatan Plato mengenai tragedi yang menimpa bangsa Atlantis (Lemuria tidak disebut kerana Lemuria telah kalah dalam peperangan derngan Atlantis).

Plato dalam bukunya:

"Kerana hanya dalam semalaman, hujan yang luar biasa lebat menyapu bumi dan pada saat yang bersamaan terjadi gempa bumi. Lalu muncul air bah yang menggenang seluruh wilayah (Atlantis)"

Kemudian bandingkan dengan ayat Al-Quran:

"Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan" (Surah Hud, ayat 37)

Dan...

"Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja." (Surah Hud, ayat 40)

Lihat petunjuk ALLAH dalam Al-Quran, bagaimana Nabi Nuh mampu membina sebuah bahtera dengan jumlah pengikut yang kecil, itu pun tidak ditolak jumlah kanak-kanak dan wanita serta orang tua dalam masa yang sangat singkat kecuali Nabi Nuh merupakan seorang jurutera dan arkitek yang hebat dengan teknologi yang amat canggih. Isi kapal yang bakal dihuni itu terdiri daripada manusia beriman dan haiwan yang hidup di atas muka bumi ini.

Dalam lipatan sejarah, hanya satu tamadun sahaja yang musnah kerana banjir air bah, iaitu Tamadun Atlantis. Anda nampak perkaitannya di sini?

Untuk membuktikan dakwaan saya bahawa tamadun Lemuria dan Atlantis ini maju, mari kita lihat bukti-bukti dalam lipatan sejarah. Teknologi yang paling terkenal melibatkan kedua-dua peradaban ini ialah kristal. Kuil-kuil Lemuria dan Atlantis menempatkan sebuah generator raksasa yang dikelilingi kristal-kristal, sebagai sumber tenaga dan juga digunakan untuk perubatan.

Terdapat perbezaan antara Lemuria dan Atlantis. Bangsa Lemuria tidak sangat mempunyai teknologi yang canggih, dan teknologi mereka sangat mesra alam berbanding teknologi Atlantis sangat canggih dan bangsa ini sangat suka berperang. Bangsa Lemuria yang boleh dikategorikan sebagai bangsa spiritual diserang oleh Atlantis dan akibatnya, Lemuria jatuh. Kejahatan demi kejahatan dilakukan oleh bangsa Atlantis, mereka juga semakin menyeleweng ajaran nabi yang asal sehingga satu masa, ALLAH mengutuskan seorang nabi untuk mereka, namun sayang... seperti umat yang akan datang selepas mereka, mereka menolak mentah-mentah. Akibatnya... terjadilah banjir besar yang disebut dalam setiap tamadun.

Pada hari ini, antara rekod arkelogi yang membuktikasn kewujudan Lemuria dan Atlantis ialah catatan Tamadun China, tulisan sejarawan Yunani seperti Plato, Dodrus, Timagenus, Aelenus, Theopampus, dan banyak lagi. Boleh dikatakan setiap tamadun silam menceritakan mengenai Lemuria dan Atlantis, seiring dengan kisah banjir besar yang melanda dunia.

Ekpedisi-ekpedisi yang dijalankan ke dasar lautan Atlantis (empayar mereka sangat luas) pada hari ini, menemui binaan piramid. Juga penemuan keris Melayu di dasar laut Jepun dengan piramid-piramid aneh. Penemuan paling mengangumkan ialah kru Kapten Reyes menemui makam, kuil dan jalan raya di Talia, Sepanyol.

Kerajaan Aroi Matahari

Apabila banjir besar mula surut, maka terdapat beberapa orang bangsa Lemuria yang terdiri daripada pelbagai bangsa pada hari ini menubuhkan sebuah kerajaan yang bernama Aroi Matahari, lokasinya di Kepulauan Pasifik (salah satu wilayah rumpun Melayu yang digariskan oleh sejarawan). Kerajaan ini ditubuhkan oleh Tangoba. Ya, pengasas Kerajaan Aroi ialah bangsa Melayu. Tetapi, seperti biasa, kerajaan ini dihuni oleh bangsa-bangsa yang pernah mendiami Lemuria dahulu.

Dinasti yang ditubuhkan oleh Tangoba bernama Dinasti Araiki. Sepanjang pemerintahan Dinasti Araiki, terdapat lebih kurang 16 raja memerintah sehinggalah Dinasti Baralku mengambil alih. Kemudian, pelbagai bangsa kebanyakan sudah pupus di dunia mengambil alih tampuk pemerintahan melalui peperangan dan perkahwinan. Kerajaan ini juga menjalankan hubungan dengan tamadun-tamadun yang wujud selepas banjir besar seperti Tamadun Rama yang terkenal dengan kisah perang nuklear mereka, tamadun awal China, tamadun purba penduduk ASLI AMERIKA.

Namun, rekod penyelidik mengatakan bahawa Dinasti Nan Madol mengambil alih kerajaan Aroi. Dinasti ini ialah antara dinasti Kerajaan Aroi yang didirikan oleh orang Melayu. Dinasti ini sempat meninggalkan kepada kita sebuah bandar yang masih boleh dijumpai pada hari ini. (Gambar di bawah)







Tinggalan bandar Nan Madol boleh dijumpai di Pohnpei. Dijumpai pada tahun 1800 oleh penjarah eropah. Nan Madol bukan sahaja peningalan nenek moyang bangsa Melayu ini. Sebagai contoh, piramid ialah binaan biasa orang Melayu sejak zaman Lemuria lagi. Jadi, tidak hairanlah dakwaan bahawa terdapat ratusan piramid Melayu di dalam hutan kita yang sedang tunggu masa untuk didedahkan. Orang Melayu sebenarnya mampu membina lebih daripada itu. Sebagai contoh, dikatakan Kerajaan Aroi mampu membina terowong bawah laut yang menghubungkan pulau-pulau di bawah empayarnya. 


Lagi satu yang perlu diketahui oleh orang Melayu, kerajaan Aroi sebenarnya merupakan sebuah kerajaan Maritim yang dimana kita dapat melihat warisan genetik nenek moyang kita berada dalam diri kita. Kerajaan-kerajaan Melayu selepas itu kebanyakannya bersifat maritim dan melakukan aktiviti perdagangan. Sebagai contoh, Srivijaya dan Melaka.

Kesimpulan

Orang Melayu merupakan antara bangsa tertua di dunia yang masih bertahan dalam lipatan sejarah. Daripada zaman nenek moyang mereka, Lemuria sehinggalah zaman banjir besar, beratus-ratus kerajaan tumbang, beratus-ratus bangsa telah pupus di dunia tetapi orang Melayu masih kekal bertahan. Saya berharap segala apa yang saya tulis melalui hasil kajian saya diambil positif. Kita harus mengambil contoh nenek moyang kita, menjadi hebat seperti mereka dan jangan tidur lagi...

Rujukan:

The Chronicles Of Genesis: A complete history Of Nefilm oleh Neil Zimmer.
Far out adventure: The Best World Explorer oleh David Hatcher Childress.
Our Journey Through Time oleh John C. Carnes.
The Ancients oleh Fernando Gallegos.
The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria oleh W. Eliotscot.
The Lost Continent Of Atlantis Found oleh Arsyio Santos
The Solar System Oleh Powell

----------------------------------------------------------------------------------------------

Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea,pulau kedua terbesar di dunia;pulau-pulau Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana termasuk Sumatera,Jawa,Sulawesi,Borneo,Bali,dan Timor; the Moluccas (Maluku);dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.New Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia.

Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!

Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu.


Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal,perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-dinding gua? Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular? THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat.Mengapa?

Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba,pencapaian Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'. Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago? Mengapa?


INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA, KERAJAAN JUDEA (YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,ARAB,PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA PENGEMBARA EROPAH,sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,Inggeris,Vatikan dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada tahun 1767.

Tinggalan bandar Nan Madol boleh dijumpai di Pohnpei. Dijumpai pada tahun 1800 oleh penjarah eropah. Nan Madol bukan sahaja peningalan nenek moyang bangsa Melayu ini. Sebagai contoh, piramid ialah binaan biasa orang Melayu sejak zaman Lemuria lagi. Jadi, tidak hairanlah dakwaan bahawa terdapat ratusan piramid Melayu di dalam hutan kita yang sedang tunggu masa untuk didedahkan. Orang Melayu sebenarnya mampu membina lebih daripada itu. Sebagai contoh, dikatakan Kerajaan Aroi mampu membina terowong bawah laut yang menghubungkan pulau-pulau di bawah empayarnya.

Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1600x1000.

Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini. Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.

Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari :
UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :
"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus

-----------------------------------------------

Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami." (Huud 11:48)

Selepas Banjir Besar surut,maka Nabi Nuh a.s pun keluar bersama-sama para pengikutnya seramai 80 orang (mengikut jumlah yang disepakati di dalam manuskrip-manuskrip kuno).Tempat di mana mendaratnya bahtera Nabi Nuh (Noah's Ark) tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi pendapat yang popular ialah di Buki Judi di Pergunungan Ararat di Turki.Setelah keluar dari bahtera maka bertebaranlah pengikut-pengikut Nabi Nuh ke seluruh bumi termasuk anak-anaknya iaitu Ham,Sam dan Yafid (Japheth).Ham telah mengembara ke kawasan di sebelah Afrika,manakala Yafid bergerak arah barat di mana nanti anak cucunya akan hidup merentasi kawasan Mediteranean,Kaukasus,Tanah Besar Eropah dan kawasan di sebelah utara seperti Denmark,Norway dan lainnya.Sam pula menetap di Asia khususnya di Asia Barat.Sebahagian anak keturunannya ada yang bergerak ke timur jauh merentasi perbatasan China di mana terlebih dahulu direntasi oleh pengikut-pengikut Nabi Nuh yang bergerak ke kawasan sebelah Timur.INI ADALAH LAPISAN PERTAMA pergerakan anak-anak manusia selepas peristiwa Banjir Besar.

Nabi Nuh dan kaum kerabatnya yang lain masih menetap di Asia Barat.Dari kerabat Nabi Nuh ini maka lahirlah bangsa-bangsa purba Mesopotamia seperti Akkadia,Assyria dan bangsa-bangsa purba Babilon (termasuk Sumer dan Samiyah).Bangsa-bangsa ini membentuk peradaban Mesopotamia telah diperakui merupakan tamadun tertua di dunia dan digelar pusat ketamadunan dunia (adalah tamadun yang dikenalpasti mula-mula mencipta roda).Bangsa-bangsa yang membentuk tamadun ini merupakan bangsa yang bijak dan terdiri dari keturunan yang terlatih,mahir dan genius.Ini tidak menghairankan memandangkan mereka berasal dari keturunan Nuh sendiri dimana Nabi Nuh adalah seorang yang pintar dan seorang 'patriarch' yang disegani.Manakala pengikut-pengikut Nabi Nuh yang telah sampai di sebelah India,China dan Timur Jauh tetap meneruskan hidup mereka namun agak terbelakang dari segi pencapaian bangsa-bangsa yang tinggal di pusat tamadun Mesopotamia.Ini memandangkan para pengikut Nabi Nuh adalah terdiri dari orang-orang yang miskin dan melarat dimana sebelum Banjir Besar mereka bolehlah dikatakan tinggal dikawasan perkampungan (atau perumahan kos rendah pada istilah kini) ataupun menetap di setinggan-setinggan.

Tahap pendidikan mereka yang rendah tidak memungkinkan mereka mendidik keturunan mereka secara intensif tidak seperti keturunan Nabi Nuh yang berasal dari golongan berpendidikan dan bijakpandai memandangkan Nabi Nuh sendiri selain seorang ahli agama, beliau juga adalah pakar dalam bidang zoologi dan kejuruteraan perkapalan.Beliau juga seorang ahli marin dan pelayaran yang berkemahiran.Sesungguhnya Allah s.w.t ,mengangkat para utusan-Nya dari kalangan yang terbaik dan dari keturunan yang terpelihara.Di sini kita boleh menimbangkan dua petunjuk misteri ini,

*Adakah bangsa Melayu berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh?
*Atau berasal dari salah seorang pengikut Nabi Nuh?

SIAPAKAH ORANG MELAYU PERTAMA DI DUNIA YANG MEMELUK AGAMA ISLAM?



Peta di atas menunjukkan kedudukan negara kota
Malayu dan empayar Srivijaya di Kepulauan Sumatera.
Tersebutlah kisah tentang sebuah kerajaan lama di Pulau Sumatera yang dikenali sebagai Malayu. Menurut catatan sejarah, lokasi negara kota tersebut dipercayai terletak di sekitar wilayah Jambi hari ini. Kerajaan Malayu dikatakan sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.

Kisah kemasyhuran kerajaan Malayu telah sampai ke pengetahuan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian atau Khalifah Mu’awiyah I (661-680 Masihi) - pengasas dan pemerintah pertama empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik (atau Damascus).
Empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik pada zaman kegemilangannya.
Setelah terdengar akan kemasyhuran kerajaan Malayu di sebelah Timur, maka timbullah niat di hati baginda untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Kebetulan pula, baginda sedang berusaha untuk memperluaskan empayar Islam serta ajaran Islam ke seluruh dunia.

Pada ketika itu, kerajaan Malayu berada di bawah pemerintahan seorang maharaja yang bernama Sri Maharaja Lokitawarman. Baginda berbangsa Melayu dan beragama Buddha. Lantas, Khalifah Mu’awiyah I telah mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk Islam. Walau bagaimanapun, Sri Maharaja Lokitawarman telah menolak pelawaan khalifah tersebut secara baik.

Keengganan maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam telah membantutkan niat Khalifah Mu’awiyah I untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Tidak berapa lama kemudian, Sri Maharaja Lokitawarman telah mangkat dan tempatnya diambil alih oleh Sri Maharaja Srindrawarman.
Kerajaan Malayu yang berpusat di Jambi, Sumatera
sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.
Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 Masihi), baginda telah mengutus surat kepada Sri Maharaja Srindrawarman dan mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam. Hubungan yang terjalin di antara kedua-dua pemerintah tersebut (khalifah Bani Umayyah dan maharaja Malayu) dikatakan sangat baik.

Usaha Khalifah Umar akhirnya membuahkan hasil apabila maharaja Malayu tersebut telah terbuka hati untuk menerima Islam. Peristiwa tersebut berlaku kira-kira pada tahun 718 Masihi. Menurut catatan sejarah, Sri Maharaja Srindrawarman dipercayai merupakan orang Melayu pertama di dunia yang memeluk agama Islam. 

Setelah peristiwa tersebut, maka bermulalah zaman di mana Malayu mula dikenali sebagai sebuah kerajaan Islam. Inilah kerajaan Islam yang PERTAMA sekali di Kepulauan Melayu atau Nusantara. PengIslaman Sri Maharaja Srindrawarman sekaligus telah menarik minat ramai pedagang Arab dan Islam untuk datang berdagang di negara kota Malayu.

Malah, para pedagang Arab juga telah menggelar Malayu sebagai ‘Sribuza Islam' (Srivijaya Islam) atau ‘Zabaq’ (yang berasal dari nama Muara Sabak di Jambi).

Walau bagaimanapun, berita tentang pengIslaman kerajaan Malayu di Pulau Sumatera tidak begitu disenangi oleh golongan pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China. Pada pandangan mereka, pengIslaman kerajaan Malayu hanya akan menyebabkan aktiviti perdagangan lada hitam mereka tergugat dan terancam.
I-Tsing - seorang sami Buddha dari tanah besar China
pernah melawat kerajaan Malayu dan empayar Srivijaya.
Menurut catatan yang ditulis oleh seorang sami Buddha berketurunan Cina bernama I-Tsing, kerajaan Malayu pada ketika itu berada di bawah pengaruh kekuasaan empayar Srivijaya yang berpusat di Palembang. Agama rasmi empayar Srivijaya ialah Buddha bermazhab Vajrayana, yakni berbeza dengan Malayu yang sudah pun menjadi sebuah kerajaan Islam.
Pada tahun 680 Masihi, pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China telah bertindak menghantar dua orang pendeta Buddha iaitu Vajrabodhi dan Amoghavajra ke Srivijaya. Tujuannya ialah untuk mengembangkan agama Buddha bermazhab Mahayana di Srivijaya serta menyekat pengaruh perkembangan Islam di Malayu.

Hasil campur tangan Dinasti Tang telah memaksa empayar Srivijaya untuk menyerang kerajaan Malayu pada sekitar tahun 730 Masihi. Pada ketika itu, Malayu berada di bawah pemerintahan Sri Maharaja Indrawarman - putera kepada Sri Maharaja Srindrawarman yang sudah mangkat.
Amoghavajra - salah seorang dari dua Sami Buddha yang dihantar oleh
Dinasti Tang ke Srivijaya untuk menyekat perkembangan Islam di Malayu.
Serangan tersebut telah mengakibatkan Sri Maharaja Indrawarman mangkat dibunuh. Akhirnya, negara kota Malayu (Sribuza Islam atau Zabaq) telah berjaya ditawan oleh empayar Srivijaya.

Penaklukan tersebut menandakan berakhirnya kekuasaan sebuah kerajaan Islam yang terawal di Kepulauan Melayu atau Nusantara di bawah pemerintahan dua orang maharajanya yang beragama Islam iaitu Sri Maharaja Srindrawarman dan puteranya, Sri Maharaja Indrawarman.
Kronologi Maharaja-maharaja Malayu
(Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas).
MAKLUMAT TAMBAHAN

Kebanyakan sumber pensejarahan di Malaysia dan Indonesia hari ini mengatakan kononnya, kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Melayu atau Nusantara adalah Kesultanan Perlak ataupun Kesultanan Samudera-Pasai. Walau bagaimanapun, cerita di atas telah membuktikan bahawa kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Melayu atau Nusantara adalah kerajaan Malayu.

SUMBER RUJUKAN

  • 101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda.
  • Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.
  • Pensejarahan Patani.
  • Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP.

ORANG MELAYU SEMENANJUNG ASALNYA BERKULIT HITAM?



Rata-rata orang Melayu hari ini berkulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan. Warna tersebut seakan-akan warna buah ciku yang sudah masak. Istilah ‘orang Melayu’ yang Penulis Blog maksudkan di sini bukan hanya sekadar meliputi orang Melayu di Malaysia sahaja, tetapi juga orang Melayu yang terdapat di Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan juga Myanmar.

Namun begitu, apakah pendapat anda sekiranya Penulis Blog mengatakan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala asalnya berkulit hitam?. Penulis Blog yakin, tentu ramai yang tidak percaya! Mungkin ada di kalangan anda yang berfikir seperti ini - ‘bagaimana orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala berkulit hitam, sedangkan kita sebagai anak cucu atau keturunan mereka berkulit sawo matang?’. Berikut adalah jawapannya...
Tarikh Patani
Selain bahasa Melayu, manuskrip Tarikh Patani juga
kini boleh didapati dalam bahasa Inggeris dan Thai.
Beberapa bulan yang lepas, Penulis Blog telah menemui dua sumber pensejarahan yang membuktikan bahawa nenek-moyang kita dahulukala asalnya berkulit hitam. Sumber pertama ialah Tarikh Patani - sebuah manuskrip sejarah yang dipercayai dikarang pada sekitar tahun 1500 Masihi oleh Syeikh Safiuddin al-Abassi atau Tuk Raja Faqih, seorang ilmuwan Melayu yang berasal dari negeri Patani Darussalam. Menurut Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip Tarikh Patani:-

“Adapun orang Melayu (di Langkasuka) waktu itu rupa(nya) hitam-merah
atau hitam manis. Rupanya kecil daripada orang Arab dan (orang) Parsi.”

Potongan ayat di atas menyatakan kepada kita tentang bagaimanakah rupa asal orang Melayu dahulukala di Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Langkasuka serta seluruh tanah jajahannya. Mereka digambarkan sebagai bangsa yang berkulit hitam-merah atau hitam manis. Warna kulit mereka ternyata berbeza daripada warna kulit kita pada hari ini. Jika sumber dari Tarikh Patani belum meyakinkan anda, kita rujuk pula kepada sumber pensejarahan yang kedua.

Zhí Gòng Tú
Ilustrasi yang menggambarkan 12 orang duta
dari pelbagai negara, termasuklah Langkasuka.
Sumber kedua yang Penulis Blog maksudkan ialah Zhí Gòng Tú (职贡图 / 職貢圖). Zhí Gòng Tú bermaksud ‘Potret-potret Persembahan Terbitan Berkala’. Zhí Gòng Tú merupakan satu set lukisan bersejarah rasmi, di mana setiap potret mengandungi gambar atau ilustrasi. Salah satunya telah dihasilkan ketika zaman Maharaja Yuan (508-555 Masihi), salah seorang pemerintah dinasti Liang di tanah besar China.

Pada asalnya, Zhí Gòng Tú yang dihasilkan pada zaman Maharaja Yuan ini mengandungi 25 potret yang menggambarkan duta-duta dari pelbagai negara. Namun begitu, kini hanya tinggal 12 potret sahaja kerana yang selebihnya sudah hilang atau tidak dapat dikesan lagi. Salah sebuah negara yang pernah menghantar duta ke tanah besar China ialah Langkasuka. Buktinya adalah seperti di bawah ini:
Potret yang menggambarkan seorang duta
berkulit hitam (tengah) yang berasal dari Langkasuka.
Apa yang menarik mengenai gambar atau ilustrasi di atas ialah warna kulit duta kerajaan Langkasuka di tanah besar China. Jika diperhatikan, kita akan mendapati bahawa warna kulit duta tersebut ialah hitam. Sumber dari negara China ini telah membuktikan bahawa apa yang diceritakan oleh Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip Tarikh Patani itu bukanlah rekaan semata-mata. Sebaliknya, ia adalah fakta sejarah!

Hitam Bertukar Sawo Matang
Empayar Langkasuka dan seluruh tanah jajahannya.
Kini, hanya tinggal satu persoalan yang perlu kita jawab - jika benar orang Melayu dahulukala di Semenanjung Tanah Melayu asalnya berkulit hitam, bagaimana kita sebagai anak cucu atau keturunan mereka boleh berkulit sawo matang?. Jawapan bagi persoalan tersebut ada dinyatakan dengan jelas di dalam Tarikh Patani:

“Syahdan, maka adalah ka(h)win nikah tidak ada (di Langkasuka),
sebab itu pun bercampurlah (orang) Hindi (India), dan
 (orang) Cina dan orang Melayu (Langkasuka).
Dan beranak cucu jadi orang campuran.
Dan orang Melayu (di Langkasuka) bercampurlah
keturunan zuriat. Tiada serupa dengan orang-orang Arab.”

“Adapun orang-orang Arab tidak bercampur. Tetapi (ada segelintir) orang-orang Arab datang ke Langkasuka pun ada bercampur juga. Dan akhirnya adalah keturunan orang Arab (di Langkasuka). Dan begitu juga orang-orang Parsi bercampur juga dengan orang-orang Melayu (Langkasuka).”

“Dan banyaklah orang-orang Arab datang berniaga dan duduk di negeri Patani (Langkasuka).
Dan orang-orang (Arab) itu bercampur kahwin dengan orang Melayu (Langkasuka).
Dan banyaklah keturunan mereka itu duduk di Patani (Langkasuka).”

“Adapun orang-orang Arab dan orang-orang Parsi itu pun banyaklah berkahwin dengan orang Melayu di negeri Patani (Langkasuka). Dan orang Arab dan Parsi mana berkahwin itu bawa isteri (yang berbangsa Melayu) ke negeri China dan Khemir (Khmer) kerana berniaga ke negeri tersebut.”

“Adapun Raja Seri Wijaya (Maharaja Srivijaya) mula masuk
 (ke negeri) Langkasuka itu (lalu) berkahwin dengan anak
Raja Langkasuka. Dan (men)dapat anaknya
 (yang) bernama (Raja) Bangsa.”

 “Syahdan, adapun seorang puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu
sangat-sangat cantik rupanya. Maka adalah saudagar orang Parsi
minta berkahwin (dengan puteri Raja Sanjura itu). Maka Raja Antirata,
raja negeri Patani (Langkasuka) (itu) pun mintalah (kepada Raja Sanjura).
Maka akhirnya berkahwin(lah) anak saudagar Parsi (itu) dengan
puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu. Nama anak
saudagar Parsi itu (ialah) Sulaiman Syah.”
Semua perenggan ayat di atas telah membuktikan bahawa nenek-moyang kita dahulukala sudah mengamalkan perkahwinan campur dengan pelbagai bangsa asing seperti India, Cina, Parsi, Arab, Khmer serta Melayu Srivijaya dari Sumatera. Hasil dari perkahwinan campur inilah, lahirnya kita semua hari ini yang memiliki warna kulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan.
Mungkinkah rupa asal nenek-moyang orang Melayu
di Semenanjung Tanah Melayu seperti ini?
Menurut Tarikh Patani juga, perkahwinan campur di antara orang Melayu Langkasuka dengan bangsa asing dipercayai telah berlaku sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi. Berikut adalah petikan ayat yang membuktikannya:

“Inilah kisah riwayat hikayat Raja Langkasuka.
Raja (me)merintah hukumah (kerajaan) ini agamanya Hindu dan Brahman.
Ibu ‘ashimah (ibu kota) (terletak) di negeri Kedah waktu sekarang.
Kita, nahnu (kami), tiada tahu bila mula,
lakin (tetapi) kata setengah-setengah orang tua,
(se)belum Nabi ‘Isa anak Mariam zahir (lahir), 
orang-orang Cina (sudah) datang bertijarah (berdagang) di negeri ini.”

Perenggan ayat di atas telah membuktikan bahawa amalan perkahwinan campur di antara penduduk pribumi Langkasuka dengan bangsa asing telah pun berlaku sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu. Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi warna kulit orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, yakni daripada warna asalnya (hitam) kepada warna sawo matang.

Sebelum mengakhiri topik ini, Penulis ingin membuat EMPAT kesimpulan berdasarkan bukti-bukti pensejarahan di atas iaitu:
  1. Nenek-moyang orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada asalnya berkulit hitam.
  2. Orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah mengamalkan perkahwinan campur dengan pelbagai bangsa asing sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu, yakni sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi.
  3. Orang Melayu di Kepulauan Sumatera dan Kepulauan Borneo sememangnya berkulit sawo matang sejak dari dahulu lagi. Ini membuktikan bahawa mereka TIDAK serumpun dengan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang pada asalnya berkulit hitam.
  4. Ini sekaligus membuktikan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu BUKANlah kaum pendatang dari Kepulauan Indonesia, sepertimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu. Sebaliknya, orang Melayu (dan juga masyarakat Orang Asli) adalah penduduk asal di bumi Semenanjung yang bertuah ini.
    Sumber Rujukan

    • Pensejarahan Patani.
    • Tarikh Patani.
    • Zhí Gòng Tú (Potret-potret Persembahan Terbitan Berkala - Dinasti Liang).
    • Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP.

    Rabu, 01 Mei 2013

    Parameswara


    (Kepada orang Melayu Islam) Kalau cakap kang kita keturunan Tamil, kita marah. Kalau cakap kang banyak ikut Hindu, kita tersinggung. Tapi masih minat tengok cerita Hindi, masih bersanding-sanding masa kahwin, make up mashaAllah, ribu riban duit habis, masih tabur beras kunyit dan sebagainya. Jadi mengakulah kita ada darah Tamil. Tanah Melayu juga dahulu pernah dikuasai oleh Empayar Srivijaya, dan sultan Melaka pun berasal dari Majapahit yang beragama Hindu. Benarkah sultan Melaka berasal dari putera raja beragama Hindu?


    Parameswara dikatakan membuka Melaka setelah melihat keberanian pelanduk menendang anjng buruannya.
    Siapa Parameswara?
    Dalam buku The Malay Sultanate of Malacca, dengan meneliti pelbagai sumber yang membicarakan mengenai Melaka tradisional dan kesultanannya, Muhammad Yusoff Hashim membuat kesimpulan bahawa pengasas kerajaan tersebut ialah Parameswara, suatu nama besar dalam hal politik orang Melayu. Putera itu datang secara terus dari Palembang dan berasal daripada keturunan ‘orang ternama’ (raja) dalam kerajaan Srivijaya. Pada mulanya, Parameswara telah memerintah di Singapura selama beberapa tahun. Setelah meninggalkan pulau tersebut, Parameswara akhirnya telah mengasas, membentuk dan menerajui kesultanan Melayu Melaka bermula di sekitar tahun 1399-1400. Menurut Emanuel Godinho de Eredia, putera dari Palembang yang disebutnya sebagai Permicuri telah melarikan diri daripada serangan Majapahit ke atas pusat pemerintahannya. Baginda telah menyeberang ke Ujontana atau Semenanjung Tanah Melayu, dan selanjutnya telah menuju ke Singapura.
    Parameswara terpaksa melarikan diri dari Palembang-Jambi apabila diserang oleh orang-orang Majapahit disebabkan baginda tidak mahu diletakkan di bawah kekuasaan betara Majapahit yang baru dilantik, dan tidak mahu Palembang-Jambi terus menjadi negeri yang bernaung di bawah kerajaan empayar tersebut. Berikutan dengan itu baginda telah menyeberang ke Singapura dan menjadi pemerintah di sana.
    Parameswara tidak lama memerintah di Singapura kerana sekali lagi baginda telah melarikan diri dari pulau tersebut, pada masa itu akibat daripada serangan Raja Pahang pula. Raja Pahang dikatakan mendendaminya kerana Parameswara telah membunuh saudara raja tersebut, iaitu Xabandar (atau Syahbandar), pentadbir Singapura agar membolehkannya menjadi raja di sana. Wajar diingat bahawa pada masa itu Singapura merupakan tanah jajahan takluk Pahang (dikenali juga sebagai Pam atau Indera Pura yang difahami sebagai seluruh bahagian selatan tanah besar Semenanjung), manakala pada masa itu Pahang merupakan tanah jajahan naungan kerajaan Siam. Sesungguhnya Xabandar merupakan wakil Raja Pahang untuk menguruskan aktiviti perdagangan laut di sana dan beliau malahan adalah saudara kepada raja tersebut.
    Ekoran daripada serangan Pahang itu tadi, sekali lagi Parameswara telah melarikan diri lalu berlepas ke tanah besar Semenanjung dan akhirnya baginda tiba di sebuah petempatan nelayan yang terletak berhampiran dengan kuala Rio Aerlele (Sungai Air Leleh) yang berpunca dari Buquet China (Bukit Cina). Di petempatan itu Parameswara menitahkan supaya dibangunkan sebuah negeri dan dinamakannya Melaka. Perkataan Melaka diambil daripada nama sejenis pokok, iaitu Myrobalans menurut sebutan orang Portugis ataupun nama tempatannya disebut sebagai Melaka.
    Berhubung Parameswara, sejarawan mutakhir cuma mencatatkannya sebagai ‘putera dari Palembang’, atau kadangkala sebagai ‘Raja Malayu’ yang berpusat di Palembang-Jambi, dan ada masanya sebagai ‘permaisura, suami kepada puteri Majapahit’. Maklumat mengenai individu yang digelar Parameswara sungguh banyak tetapi pengenalan diri serta susur-galur keturunannya tetap kabur dan tidak begitu jelas. Berhubung dengan perkara tersebut, maklumat-maklumat yang dicatatkan oleh individu-individu dan juga para pengkaji sejarah mutakhir dari beberapa sumber dan kemudian dilakukan interpolasi tarikh, nama, peristiwa, tempat atau yang seumpamanya, akan dapat ditelusuri semula genealogi anak raja Palembang itu. Seandainya dapatan dalam bentuk genealogi yang dikonstruksi nanti kemungkinannya tidak begitu tepat, tetapi dapat menokok tambah gambaran mengenai asal-usul individu itu.
    Tinjauan wajar dimulakan dengan menelusuri zaman kejatuhan kerajaan Srivijaya di Palembang-Jambi, Sumatera dan mengaitkannya pula dengan sejarah kejumudan kerajaan Singosari dan terbentuknya kerajaan Majapahit di Pulau Jawa. Wajar ditegaskan bahawa sejak abad ke-14, bermula dengan Kertanegara dari kerajaan Singosari, kekeluargaan raja-raja Srivijaya, Singosari dan Majapahit saling terjalin melalui perkahwinan. Keturunan Parameswara/Permaisura pun dipercayai berpunca daripada susur galur kekeluargaan diraja Srivijaya yang bersemenda dalam kekeluargaan diraja Majapahit. Dalam hal tersebut, keturunan Parameswara dalam kekeluargaan Srivijaya ternyata dari nasab ibu yang bermula dengan Dara Petak dan Dara Jingga manakala dalam kekeluargaan Majapahit pula dari nasab bapa bermula dengan Vijaya ataupun Kertarajasa Jayavarddhana.
    Pada tahun 1292, Kertanagara (keturunan daripada Ken Anggrok atau Rajasa, betara Singosari bersama permaisurinya Ken Dedes) telah dibunuh oleh Jayakatwang, seorang putera dari kerajaan Kediri. Berikutan dengan itu Jayakatwang telah menaiki singgahsana Singosari buat seketika pada tahun yang sama (1292) tetapi baginda telah disingkirkan oleh Vijaya tiada berapa lama setelah itu.
    Pada hayat Kertanagara dahulu, baginda mempunyai empat orang puteri sebagai ‘anak angkat’; dua orang daripadanya adalah puteri dari Palembang, anak Maulivarmadeva yang dibawa bersama oleh   angkatan perang Pamalayu yang kembali ke Pulau Jawa setelah menyelesaikan misinya menyerang Palembang-Jambi. Seorang lagi puteri itu didatangkan dari Campa manakala  seorang lagi tidak dikenali dan tidak pula terkenal.
    Kertanagara telah mengahwinkan Dara Petak dengan Vijaya, raja di Brantas yang telah menyingkirkan Jayakatwang dan berjaya merampas semula singgahsana Singosari. Vijaya telah menggantikan mentuanya (Kertanagara) dengan gelaran Kertarajasa Jayavarddhana (1293-1309) dan sekaligus mengasaskan kerajaan Majapahit. Apabila baginda mangkat, anaknya yang dilahirkan oleh Dara Petak, Jayanagara (1309-1328) pula menggantikannya sebagai betara Majapahit yang kedua.
    Selain mengahwini Dara Petak, Kertarajasa turut berkahwin dengan seorang lagi puteri angkat Kertanagara, iaitu Gayatri. Dari perkahwinan itu lahir Tribhuvana (1328-1350) yang kemudiannya menggantikan saudara tirinya (Jayanagara) di atas singgahsana Majapahit mulai tahun 1328. Tahun 1350, Tribhuvana telah menyerahkan singgahsana kepada anaknya Hayam Wuruk yang diberikan gelaran Rajasanagara (1350-1389).
    Seorang lagi puteri angkat Kertanagara ialah Dara Jingga yang didakwa telah melalui perkahwinan menurut ‘upacara-bhairava’ dengan   Kertarajasa  juga dan kemudian puteri tersebut telah dihantar semula ke Malayur (Jambi) untuk dikahwinkan selanjutnya dengan raja Srivijaya, Visvarupakumara yang dikatakan seorang daripada anak kepada Maulivarmadeva. Pada masa itu Visvarupakumara berada di atas takhta kerajaan Srivijaya menggantikan ayahnya Maulivarmadeva.
    Pada kurun yang ke-13, kerajaan Srivijaya mula mengalami kejatuhan kerana digugat oleh serangan pihak Tai dari lembahan Menam dan juga pihak Singosari (Jawa Timur). Keadaan menjadi semakin buruk akibat kemerosotan perdagangan di pelabuhan Palembang-Jambi kerana terpaksa bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan di bahagian utara Pulau Sumatera seperti Samudera, Lamuri dan Perlak. Pada waktu itu barang-barang dagangan dari sebelah Lautan Hindi sangat kurang sampai ke pelabuhan Palembang-Jambi, dan tambahan lagi pedagang-pedagang Cina memperoleh hampir kesemua barangan dari atas angin itu tanpa perlu melalui pelabuhan Palembang-Jambi.
    Pada masa dinasti Ming mula-mula menaiki takhta empayar Cina, Palembang telah menghantar utusan kepada Maharaja Cina dalam tahun 1374 bagi mendapatkan pertolongan untuk melepaskan Palembang-Jambi daripada naungan Majapahit. Selanjutnya dalam tahun 1377, Maharaja Cina telah menghantar utusan balas untuk mengiktiraf kedaulatan Raja Palembang-Jambi. Sebelum utusan itu tiba di Palembang, pihak Majapahit telah memintas dan menangkap utusan tersebut lalu dibawa ke Pulau Jawa dan mereka telah dibunuh di sana. Menurut sejarawan mutakhir, Raja Palembang-Jambi yang hendak diberikan surat pengiktirafan sebagai pemerintah kerajaan Srivijaya ialah Adityavarman yang menggantikan ayahnya Visvarupakumara.
    Seyogia diingat, Adityavarman adalah putera yang dilahirkan oleh Dara Jingga yang berkahwin pada mulanya menurut ‘upacara-Bhairava’ dengan Kertarajasa dan kemudian dihantar semula ke Palembang untuk dikahwinkan buat kali kedua dengan Visvarupakumara. Pada masa itu pusat pemerintahan Visvarupakumara terletak di Palembang dan baginda disebut sebagai Raja Palembang. Walau bagaimanapun Adityavarman dikatakan memerintah sebahagian besar Pulau Sumatera tetapi masih berada di bawah naungan kerajaan Majapahit.
    Sekalipun Adityavarman secara rasmi diiktiraf oleh Maharaja Cina sebagai Raja Malayu tetapi baginda tidak berjaya mengembalikan kegemilangan kerajaan Srivijaya dan memajukan semula pelabuhan-pelabuhan Palembang dan Jambi.  Akibatnya,  kerajaan Srivijaya semakin jumud dan terus berakhir. Baginda tidak lagi mengekalkan takhta kerajaan tinggalan ayahnya Visvarupakumara dan datuknya Maulivarmadeva di Palembang tetapi sebaliknya telah memindahkan pusat pemerintahan ke Jambi dan baginda bergelar Raja Malayu. Di pusat pemerintahan yang baru itu, Adityavarman lebih menumpukan perhatiannya kepada memperluaskan pengaruh ke wilayah-wilayah di pedalaman Pulau Sumatera atau tegasnya kawasan orang Minangkabau.
    Dua dekad kemudian atau lebih tepat lagi dalam tahun 1397, Majapahit telah mengisytiharkan secara rasmi kepada Maharaja Cina tentang ketuanannya ke atas Palembang-Jambi. Pihak Cina mendapati bahawa kota Jambi telah dimusnahkan sama sekali semasa orang-orang Majapahit melaksanakan penaklukan ke atas pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya hingga menyebabkan raja yang memerintah di sana lari untuk menyelamatkan diri dengan menyeberang ke tanah besar Semenanjung. Jika peristiwa pelarian itu dikaitkan dengan sejarah raja-raja di Pulau Jawa, nyatalah serangan ke atas Jambi telah dilakukan oleh Vikramavarddhana; manakala Raja Malayu yang diserang dan melarikan diri meninggalkan pusat pemerintahan di Jambi sewajarnyalah Adityavarman.
    Serangan Majapahit ke atas Jambi pada tahun tersebut berpunca daripada persengketaan antara Vikramavarddhana dari Majaphit dan iparnya Virabumi di Jawa Timur. Untuk memahami latar belakang terjadinya persengketaan itu wajar ditinjau terlebih dahulu senario kerajaan Majapahit dari era pemerintahan Hayam Wuruk (Rajasanagara).
    Hayam Wuruk tidak mempunyai anak gahara yang layak menggantikannya di atas singgahsana kerajaan Majapahit. Sebaliknya baginda mempunyai seorang anak yang dilahirkan oleh permaisuri dari keturunan orang kebanyakan ataupun gundik diraja, iaitu Virabumi. Oleh sebab Virabumi bukan anak gahara untuk dilantik menjadi betara Majapahit bagi menggantikannya, Hayam Wuruk sebaliknya telah meletakkan puteranya itu di Jawa Timur untuk memerintah di sana.
    Pada masa yang sama, Virabumi telah dikahwinkan dengan sepupunya, iaitu adik kepada Vikramavarddhana. Di samping itu Vikramavarddhana telah berkahwin dengan kakak kepada Virabumi yang juga sepupu dan iparnya tetapi puteri tersebut diyakini adalah kelahiran permaisuri biasa yang bukan bertaraf Ratu Majapahit. Disebabkan tidak ada putera mahupun puteri anak gahara yang dilahirkan oleh Permaisuri Utama atau Ratu Majapahit, oleh yang demikian Vikramavarddhana telah mendapat peluang yang besar untuk menggantikan ayah saudara yang juga mentuanya sebagai betara Majapahit.
    Apabila Vikramavarddhana menggantikan Hayam Wuruk, iparnya Virabumi yang memerintah Jawa Timur enggan mengakui ketuanannya dan tidak mahu tunduk di bawah kekuasaan kerajaan Majapahit. Pada kesempatan itu Adityavarman dari kerajaan Srivijaya pun dikatakan turut mengikut jejak langkah iparnya (Virabumi) lalu mengisytiharkan keengganannya  untuk terus taat setia kepada Vikramavarddhana serta tunduk di bawah kekuasaan kerajaan Majapahit. Akibat daripada tindakannya itu pusat pemerintahannya telah diserang dengan hebat, dan menurut pemerhatian orang-orang Cina, Jambi telah musnah sama sekali, manakala Raja Malayu terpaksa melarikan diri ke tanah besar Semenanjung.
    Walau bagaimanapun, tidak pula dapat dipastikan dengan tepat tentang kaitan antara Adityavarman dengan Vikramavarddhana dan juga Virabumi. Adalah diandaikan bahawa Adityavarman telah berkahwin dengan salah seorang anak Hayam Wuruk, sama ada puteri yang sama seibu dengan isteri Vikramavarddhana ataupun puteri daripada permaisuri yang lain, atau puteri anak gundik. Andaian ini dibuat kerana sejarawan mutakhir mendakwa bahawa sesungguhnya Adityavarman adalah suami kepada seorang ‘puteri Majapahit’.
    Genealogi
    Daripada maklumat ringkas tentang sejarah Srivijaya/Singosari/Majapahit yang di atas tadi menurut sebagaimana yang dikemukakan oleh sejarawan mutakhir, oleh yang demikian dapatlah ditelusuri genealogi betara-betara dan raja-raja ketiga-tiga buah kerajaan itu tadi.
    Berpandukan kepada genealogi raja-raja Srivijaya/ betara-betara Singosari dan Majapahit itu tadi, dapatlah ditelusuri susur galur kekeluargaan Adityavarman. Sebelum ini telah pun disebutkan bahawa Adityavarman telah menjadi pelarian bermula dari tahun 1397-98. Hal tersebut bertepatan dengan peristiwa Parameswara yang melarikan diri dari Palembang-Jambi dan malahan pada tempoh masa yang hampir sama. Dalam hal ini, mungkinkah Adityavarman itu Parameswara? Seandainya perkara tersebut benar, adalah diandaikan bahawa Adityavarman telah menanggalkan namanya itu dan menggelarkan dirinya sebagai Parameswara sahaja, barangkali untuk mengelirukan orang-orang Majapahit dan sekaligus melindungi dirinya daripada terus dihambat oleh Vikramavarddhana.
    Jika  hipotesis  itu  boleh  diterima,  tidaklah  menghairankan melihat sumber Portugis seperti tulisan Emanuel Godinho de Eredia yang menyebutnya sebagai Permicuri (ataupun Paramjcura oleh Tome Pires), dan sejarawan mutakhir seperti Wang Gungwu, O.W. Wolters (dan lain-lain lagi) mendakwa bahawa Parameswara menjadi raja di Palembang selama tiga tahun (1388-89, 1390-91) sebelum melarikan diri ke Singapura (ibid.) setelah diserang oleh iparnya (atau biras, tetapi Eredia menyatakan sebagai ayah mentua), Vikramavarddhana yang menggantikan Hayam Wuruk sebagai betara Majapahit dalam tahun 1389.
    Namun begitu, seandainya bukan Adityavarman yang mengasaskan Melaka tradisional di sekitar tahun 1402, oleh yang demikian pelarian dari Jambi yang menyeberang ke tanah besar Semenanjung dahulu pastilah individu lain, atau tegasnya ‘Parameswara’ sebagaimana yang dikenali hampir semua sejarawan mutakhir. Walau bagaimanapun terdapat satu lagi nama, iaitu Raja Iskandar Syah sebagaimana yang dicatat oleh Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu dikatakan telah membuka Melaka tradisional. Apakah Parameswara itu Raja Iskandar Syah, ataupun dua orang individu yang berlainan, tetapi bukan Adityavarman yang mungkin melarikan diri ke tempat lain dan tidak semestinya ke tanah besar Semenanjung?
    Parameswara-Raja Iskandar Syah: Versi Tun Seri Lanang
    Tun Seri Lanang telah menggunapakai nama Raja Iskandar Syah sebagai individu yang didakwa telah mengasaskan Melaka tradisional, dan tidak pernah walaupun sekali beliau menyebutkan nama Parameswara/Permaisura atau yang seumpamanya. Demikian juga sebaliknya, sejarawan mutakhir yang mengkaji tentang anak raja yang berkaitan itu cuma mengguna pakai gelaran Parameswara atau yang sebanding dengannya seperti Paramesvara/Permaisura/Permicuri/ Paramjcura atau sebagainya menurut keserasian sebutan masing-masing, dan mereka tidak mahu menyekutukan nama Raja Iskandar Syah sebagai pengasas Melaka yang asal.
    Akhir-akhir ini, barulah terdapat sejarawan mutakhir menggunapakai nama atau gelaran Parameswara/Permaisura yang diinspirasikan daripada sumber-sumber orientalis Barat, dan di samping itu turut menggunapakai nama Raja Iskandar Syah secara silih berganti apabila merujuk sumber-sumber tempatan seperti Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu. Biarpun demikian masih tidak dapat dipastikan dengan tepat dan sahih sama ada Raja Iskandar Syah dan Parameswara/Permaisura yang didakwa sebagai anak raja dari Palembang-Jambi itu adalah individu yang sama. Ada kemungkinan pengasas Melaka tradisional itu dikenali dengan dua nama berbeza tetapi merujuk kepada seorang individu sahaja, ataupun sebaliknya. Sejarawan mutakhir lebih selesa menyebutnya sebagai Parameswara manakala Tun Seri Lanang menyebutnya sebagai Raja Iskandar Syah. Seandainya individu yang diperkatakan itu sebenarnya orang yang sama, namun begitu pengisahan tentang dirinya tidak pula sama semuanya dan nyata terdapat beberapa kelainan antara satu dengan yang lain.
    Menurut Tun Seri Lanang lagi, Raja Iskandar Syah sesungguhnya telah melarikan diri dari Singapura ke tanah besar Semenanjung. Walau bagaimanapun sebab musabab baginda meninggalkan pulau tersebut adalah akibat daripada serangan orang-orang Majapahit. Dakwaan tersebut agak berbeza dengan sumber barat (Eredia khususnya) yang mempercayai bahawa serangan tersebut datangnya daripada raja Pahang yang bernaung di bawah kekuasaan Maharaja Siam. Oleh yang demikian ada sejarawan terkini mendakwa bahawa Singapura telah diserang oleh Siam dan ada pula yang percaya bahawa Majapahit yang menyerangnya.
    Tun Seri Lanang mendakwa bahawa sebab musabab betara Majapahit menyerang Singapura berpunca daripada angkara belot Penghulu Bendahari di istana Raja Iskandar Syah, iaitu Sang Rajuna Tapa yang telah membukakan pintu kota Singapura untuk memudahkan orang Majapahit masuk dan menyerang. Sikap belot Sang Rajuna Tapa adalah disebabkan beliau mendendami Raja Iakandar Syah yang menyula atau lebih tepat lagi ‘mempercanggaikan’ anak perempuannya di hujung pasar. Hukuman yang dijatuhkan oleh Raja Iskandar Syah itu adalah kerana anak Sang Rajuna Tapa yang dipakainya sebagai ‘gundik raja’ telah difitnah oleh gundik-gundik yang lain kononnya gundik tersebut telah berbuat jahat dengan orang lain.
    Selanjutnya, Tun Seri Lanang menyatakan bahawa Raja Iskandar Syah berketurunan daripada keluarga diraja Singapura manakala moyang-moyotnya berasal daripada keluarga diraja Srivijaya di Palembang-Jambi yang bermula dengan Seri Teri Buana (menurut Sulalatus Salatin) ataupun Sang Sapurba Taramberi Teribuana (menurut Sejarah Melayu). Tun Seri Lanang menyatakan bahawa dalam suatu pelayaran dari Palembang, Seri Teri Buana (Sang Nila Utama atau Sang Sapurba Taramberi Teri Buana) telah singgah ke Bintan dan telah berkahwin dengan Wan Seri Beni. Setelah itu, baginda menjelajah lagi hingga tiba di Tumasik dan menamakan pulau itu sebagai Singapura. Dengan itu bermulalah dinasti diraja di pulau tersebut dan didakwa sebagai jalur keturunan Raja Iskandar Syah.
    Apabila diusut susunan raja-raja Singapura (menurut catatan dalam Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu) seperti yang tertera di atas, dinasti yang berkenaan telah bermula dengan Seri Teri Buana. Setelah baginda mangkat, anaknya Raja Kecil Besar menggantikannya di atas takhta kerajaan dengan gelaran Paduka Seri Pikrama Wira manakala adiknya Raja Kecil Muda menjadi bendahara dengan gelaran Tun Perpatih Permuka Berjajar yang menurunkan jalur keturunan bendahara-bendahara bagi kerajaan Singapura tua dan Melaka tradisional.
    Genealoginya dapat ditelusuri seperti berikut:
    Setelah itu, Paduka Seri Pikrama Wira telah digantikan oleh anaknya Raja Muda dengan gelaran Rakna Wikrama (Seri Rana Wikrama menurut Sejarah Melayu) dan setelah itu Damia Raja pula diangkat menjadi raja Singapura dengan gelaran Paduka Seri Maharaja. Apabila Paduka Seri Maharaja mangkat, telah diangkat pula Raja Iskandar Syah menjadi raja Singapura yang kelima dan yang terakhir. Berikutan dengan perbuatan belot Bendahari Sang Rajuna Tapa dan diikuti dengan serangan orang-orang Majapahit, Raja Iskandar Syah telah melarikan diri ke tanah besar Semenanjung dan akhirnya telah mengasaskan Melaka tradisional.
    Agak menarik jika diimbas secara sepintas lalu tentang keterangan yang diberikan oleh Tun Seri Lanang mengenai peristiwa menamakan sebuah petempatan sebagai Melaka. Pada masa Raja Iskandar Syah ‘membaruh’ dari Sening Ujung atau Kuala Penajuh (yang sekarang dikenali sebagai Kuala Linggi) menghala ke selatan tanah Semenanjung dan tiba di sebuah petempatan nelayan orang Seletes di kuala Sungai Bertam, baginda pun berburu di kawasan tersebut.
    Dalam Sulalatus Salatin, ada dinyatakan bahawa pada masa itu Raja Iskandar Syah menyaksikan anjing perburuannya telah dihambat oleh seekor pelanduk yang terdesak kerana diasak hingga menyebabkan anjing tersebut terjun ke dalam sungai. Pada firasat baginda, dan secara simboliknya petempatan itu amat baik untuk dijadikan sebuah negeri. Baginda pun bertanya kepada Orang Besar-besar yang berada dalam kumpulan penghijrah berkenaan, “… ‘Apa nama kayu itu?’ Maka sembah orang, ‘Kayu Melaka namanya, tuanku.’ Maka titah Raja Iskandar Syah, ‘Jika demikian, Melakalah nama negeri ini.’…”.
    Bermula daripada peristiwa tersebut, petempatan nelayan yang dimaksudkan itu mula dikenali sebagai Melaka. Walau bagaimanapun ada beberapa pihak yang menyebutnya dalam pelbagai bunyi. Orang-orang Cina (khususnya Amoy Hokkien) menyebutnya Mo-la-ka, orang-orang Eropah kebiasaannya menuliskan Malaca, Melequa, Melacha, Malacca, Melacca atau Mallaqua. Selain itu, pedagang-pedangang Arab menyebutnya sebagai Malakat (bererti tempat pertemuan) ataupun Mulakat (bererti pasar untuk memperdagangkan barangan). Walau apa dan bagaimana sekalipun Melaka disebut dan dituliskan, namun begitu tidak diragukan lagi bahawa ia merujuk kepada Melaka yang wujud di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu yang ada sekarang ini.
    Tidak kiralah siapa pun yang mengasaskannya, sama ada Parameswara/Permaisura sebagaimana yang didakwa oleh sejarawan mutakhir (atau Adityavarman jika ia suatu hakikat) ataupun Raja Iskandar Syah sebagaimana yang didakwa oleh Tun Seri Lanang; tetapi yang ingin diperkatakan dalam buku ini ialah tentang peranan yang dimainkan oleh individu yang tersebut dalam pembukaan sebuah negeri yang bernama Melaka. Sesungguhnya baginda telah meletakkan asas yang amat kukuh apabila mendirikan kesultanan Melayu yang dibawa pada mulanya dari Palembang-Jambi, kemudian ke Singapura dan akhirnya berakar-umbi di negeri baru yang dinamakan Melaka itu.
    Negeri Melaka serta kesultanan yang diasaskan oleh Parameswara/Raja Iskandar Syah bukan sahaja bertapak dan mengukuh di Melaka tradisional, bahkan selanjutnya pewaris-pewaris takhta kerajaan tersebut terus memperkasakannya lagi. Melaka telah berkembang dengan lebih luas lagi apabila ia berjaya menakluk beberapa buah kerajaan di wilayah-wilayah lain dan sekaligus meletakkan kerajaan-kerajaan/negeri-negeri tersebut di bawah ketuanan kesultanan Melayu Melaka sebagai kerajaan/negeri naungan.
    Bertolak daripada hakikat bahawa Melaka tradisional telah pun diwujudkan di kuala Sungai Bertam di sekitar tahun 1400, selanjutnya akan diusut pula kaedah atau proses yang diambil oleh raja-raja, para pembesar serta rakyatnya dalam membina sebuah empayar Melayu Melaka di tanah besar Semenanjung.
    Keterangan lanjut mengenai sejarah Melaka sila dapatkan buku Pembinaan Empayar Melaka ditulis oleh Ismail Azman Omar

    Parameswara (परमेश्वर) adalah sebuah nama yang berasal dari bahasa Sansekerta. Parama berarti “paling berkuasa”, dan Iswara berarti “raja”. Parameswara juga merupakan nama lain untuk Siwa, salah satu dewa utama dalam agama Hindu.

    Menurut Sejarah Melayu, garis keturunan ayah Parameswara adalah dari Kerajaan Sriwijaya. Sang Nila Utama, penerus raja Sriwijaya, memiliki putra bernama Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386). Sri Pakerma kemudian memiliki putra bernama Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Parameswara adalah putra dari Seri Rana Wira Kerma.

    Pada tahun 1025, Rajendra Chola, raja Chola dari Coromandel, sebuah kerajaan Tamil Dravida yang memerintah di wilayah selatan India hingga abad ke-13, dapat menaklukkan Kedah dari Kerajaan Sriwijaya dan menguasainya. Raja Chola meneruskan penyerangan dan penaklukannya selama 20 tahun berikutnya ke seluruh imperium Sriwijaya. Tanda-tanda kebesaran Sriwijaya di Palembang musnah. Serangan ini mengakibatkan berpindahnya keluarga kerajaan beserta para pengikutnya ke Kerajaan Melayu Kuno (Melayu Tua), yang lokasinya terletak di Provinsi Jambi sekarang.

    Sejak tahun 1286, bekas wilayah Kerajaan Sriwijaya termasuk Palembang dan Jambi resmi menjadi taklukan Kerajaan Singasari. Pada tahun 1293, wilayah tersebut menjadi bagian dari Kerajaan Majapahit, kerajaan penerus Singasari. Parameswara merupakan seorang putera raja dari Palembang. Pada tahun 1390, baginda telah berkahwin dengan seorang puteri kepada Maharaja Majapahit dan menjadi pendukung setia kepada bapa mertuanya. Tidak lama kemudian, Parameswara telah mengingkari janji setianya kepada Maharaja Majapahit, yang terus menghantar panglima perangnya untuk menghalau Parameswara dari Sumatera. Parameswara melarikan diri ke Tumasek, iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya. Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Singapura dan pulau-pulau di sekelilingnya. Parameswara telah memerintah Singapura selama lima tahun dengan cara pemerintahan seumpama seorang ketua lanun.

        Pada pertengahan kurun ke-14, Kerajaan Siam yang pada ketika itu sedang mengembangkan kuasa jajahannya di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu hingga ke negeri Pahang, telah gagal untuk meluaskan kekuasaannya di Singapura walaupun beberapa percubaan telah dibuat untuk menyerang Singapura. Ini adalah kerana pada ketika itu kerajaan Majapahit berada di kemuncak kekuasaannya dan kekuatannya pula ditakuti oleh kerajaaan lain di kepulauan Melayu. Beberapa negeri di sepanjang Selat Melaka termasuk Tumasek atau sekarang ini Singapura, berada di bawah kekuasaan Majapahit. Sebuah angkatan laut Jawa dari Majapahit pernah menyerang Singapura semasa pemerintahan Parameswara. Setelah mengalahkan Singapura, mereka telah kembali ke tanah Jawa. Adalah dipercayai bahawa serangan yang dilakukan oleh Majapahit ke atas Singapura bukanlah faktor kejatuhan kerajaan Singapura dan larinya Parameswara dari Singapura tetapi sebaliknya Parameswara terus memerintah kerajaannya yang semakin merosot.

        Apabila Parameswara gagal menubuhkan sebuah kerajaan di dua buah tempat di Muar, iaitu di Biawak Busuk dan Kota Buruk, baginda telah membawa pengikutnya ke suatu tempat yang bernama Sening Ujung atau sekarang ini dikenali sebagai Sungei Ujong. Parameswara meneruskan perjalanannya hingga sampai ke muara Sungai Bertam, di mana baginda telah menubuhkan kerajaan Melaka dan menjadi pemerintah pertama sekitar tahun 1394. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, Parameswara masih lagi menganut agama Hindu. Justeru, penubuhan kerajaan Melayu di Melaka merupakan kesinambungan daripada kerajaan Melayu di Singapura yang telah jatuh.

        Selepas Melaka ditubuhkan, Parameswara mula membangunkan kawasan itu dan mengarahkan penduduknya untuk bercucuk-tanam dengan tanaman pisang, tebu, ubi keladi dan lain-lain tanaman sebagai sumber makanan. Baginda sendiri turut menjalankan perniagaan di Melaka. Dalam masa yang singkat, berita tentang kota Melaka telah tersebar ke seluruh Malaya, Sumatera, Jawa dan India, yang menyebabkan ramai pedagang datang ke Melaka untuk berdagang. Dua tahun selepas Parameswara membuka Melaka, penduduknya telah berkembang seramai dua ribu orang.

        Tidak lama kemudian, berita tentang kota Melaka yang menjadi sebuah pusat perdagangan telah sampai ke China. Yung-Lo, Maharaja China yang memerintah dari tahun 1402 sehingga tahun 1424, telah menghantar utusannya yang bernama Ying Ching ke Melaka pada tahun 1405. Kedatangan Ying Ching telah membuka jalan dalam membentuk hubungan persahabatan di antara Melaka dan China. Pedagang-pedagang Cina mula singgah di pelabuhan Melaka dan mereka boleh dikatakan antara pedagang yang paling awal menubuh pengkalan di Melaka. Ketika perwakilan dari Melaka mengadakan lawatan hormat kepada Maharaja China, baginda telah memuji Parameswara dan mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah yang sah di Melaka. Maharaja Yung Lo kemudiannya menghadiahkan Parameswara dengan sebuah lambang kebesaran, sutera dan sekaki payung kuning sebagai tanda kerabat diraja, serta sepucuk watikah pelantikan Parameswara sebagai pemerintah Melaka. Melaka seterusnya diiktiraf sebagai sebuah kerajaan oleh Maharaja China. Perwakilan tersebut telah pulang ke Melaka bersama sebuah angkatan kapal yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ho, orang Cina yang pertama berlayar dan mengembara ke kawasan selatan ini.

        Pada zaman pemerintahan Parameswara inilah, ramai orang Jawa, India, Cina, Burma dan lain-lain telah datang untuk menetap di Melaka. Pada tahun 1409, Parameswara telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Parameswara Iskandar Syah. Dua tahun kemudian, pada tahun 1411, Parameswara Iskandar Syah bersama permaisurinya, puteranya serta rombongan diraja seramai 540 orang telah berangkat ke China mengikuti Laksamana Cheng Ho untuk mengadakan lawatan hormat kepada Maharaja Yung Lo.

        Pada tahun 1414, Parameswara telah mangkat dan makamnya dipercayai terletak di puncak sebuah bukit di Tanjung Tuan, yang juga dikenali sebagai Cape Rachado. Parameswara telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang maju sepanjang pemerintahanannya selama dua puluh tahun. Baginda juga telah menjalinkan hubungan yang kukuh dengan Maharaja China dengan menghantar seramai enam orang utusan/perwakilan ke China.