| Mera Naam Joker: Petikan Film Labu Dan Labi

Minggu, 02 Januari 2011

Petikan Film Labu Dan Labi

Judul filem:
Labu dan Labi
Judul Bahasa Inggeris: Labu and Labi
Jenis cerita: Komedi
Bahasa: Melayu

Tayangan Tarikh mula tayangan umum: 29 Ogos 1962
Teknikal Corak filem: Hitam Putih
Tempoh tayangan: 103 minit
Kaitan filem Filem sambungan:
Nasib Si Labu Labi (1963)

Dialog "Sekarang mari kita cerita pasal Haji Bakhil. Haji Bakhil tu memang orang kaya, rumah dia besar, kereta dia pun cukup cantik! Nak tengok keretanya? Tu.. di hujung sana... Cantik bukan? Macam setan!" - Labi

Lagu & lirik Judul lagu: Yang Mana Satu
Penyanyi: Saloma & P. Ramlee

Judul lagu: Bila Larut Malam
Penyanyi: Saloma & Pancha Sitara

Judul lagu: Singapura Waktu Malam
Penyanyi: Saloma
VCD & Soundtrack
Video CD

Pengedar: Music Valley
No. Siri: MVM 2002.028


Gambar & dialog
 
Kereta Haji Bakhil
Sawan Si Labu

"Allah, pecah juga harta aku Labu..." - Haji Bakhil
"Yang sebetulnya encik, saya ada sawan encik. Bila terpekik saja, sawan saya datang encik" - Labu
"Kerana penyakit sawan kau tu.. papa lah aku Labu" - Haji Bakhil
"Tidak encik, lain tahun nanti sawan saya kasi kaya encik" - Labu
"Bodoh! Setan!" - Haji Bakhil

(Labi muncul dari luar) "Apa engkau ini Labu.. angkat itu pun tak larat ka? Bodoh!" - Labi
"Diam!! Kau pun setan juga" - Haji Bakhil

(Labu menyampuk) "Ya encik.. setan! Setan gondol encik. Bodoh! Baghal!" - Labu
"Diam!" - Haji Bakhil
Haji Bakhil 'cucuk' mata Labu

"Encik, encik, encik! Tengok, Labi bawak lari anak encik" - Labu
"Eh, eh.. kau katakan buta mata kau. Macam mana pula nampak anak aku?" - Haji Bakhil

(Labu tersengih) "Saya buta macam encik pengsan juga" - Labu
"Oh, kau sindir aku hah? Bodoh! Setan!" - Haji Bakhil

(Labi menyampuk) "Bodoh! Setan! Keriing darah encik" - Labi
"Jangan pegang anak aku" - Haji Bakhil
"Sumpah tak pegang" - Labi
"Berdiri di sini!" - Haji Bakhil
"Baik" - Labi

"Setan, kau berdiri" - Haji Bakhil (kepada Labu)

(Labi mengajuk) "Setan, kau berdiri" - Labi
"Ha?" - Haji Bakhil

(Labu pula mengajuk) "Ha" - Labu
Mariani sebagai Manisah
Mimpi jadi orang kaya

"Mahu minum apa Tuan?" - Pelayan kelab (Haji Bakhil)
"Emm.. aa.. Jin and Tonic" - Majistret Labi
"Emm.. aa.. Iblis Tonic" - Doktor Labu

"Iblis Tonic mana ada Tuan"
- Pelayan kelab
"Err.. aa.. give me Setan and Tonic" - Doktor Labu
"Setan lagi tak ada Tuan"
- Pelayan kelab

(Labu marah) "Err.. now bring me Haji Bakhil and Tonic! Get out, get out!" - Doktor Labu
"Tuan..."
- Pelayan kelab
Penyanyi jemputan - Saloma bersama Pancha Sitara
Pelakon jemputan - Seniwati Sarimah
Mimpi jadi 'koboi'

(Labu belum sedar dari mimpi) "Peng!" - Labu

"Ooo... kau 'peng' (tembak) aku ya? Sekali aku 'peng' (lesing) baru kau tahu, budak-budak setan ni. Dah tengah malam belum jugak tidur-tidur lagi. Kau tahu dah pukul berapa sekarang ni?!" - Haji Bakhil
Mimpi 'nak cari kayu..'

"Ooo.. ini dia Haji Bakhil tua kutuk, tua tak sedar diri" - Labu
"Apa? Kau bilangkan aku tua kutuk? Bahalol! Setan!" - Haji Bakhil
"Siapa setan? Aku bukan setan. Aku Haji. Haji Labu. Kau setan. Kau setan bakhil bin kedekut!" - Labu
Pukul 6 pagi, kena ketuk ketampi

(Labu dan Labi pegang telinga)

"Ha, kau dah tahu. Belum aku suruh kau dah bikin. Padan muka kau setannn...." - Haji Bakhil
Sinopsis
Labu dan Labi adalah orang gaji kepada hartawan bernama Haji Bakhil yang mempunyai seorang anak perempuan jelita bernama Manisah. Labu dan Labi jatuh cinta pada Manisah tanpa mengetahui mereka sukakan gadis yang sama.
Haji Bakhil, a miser, have two servants, Labu - the cook, and Labi - the driver. The two of them have secret admiration for Haji Bakhil's beautiful daughter, Manisah. After a hard day's work, Labu and Labi started talking about their girlfriend not knowing that they both admire the same women. During bedtime, they lamented to each other about their life being poor and wondered what would happen if they were rich and famous. Labu pretended that he was a doctor and Labi a magistrate judge...

Pengarah
P. Ramlee

Penulis
S. Kadarisman ... Cerita
S. Sudarmaji ... Lakonlayar
P. Ramlee ... Dialog


Pelakon
M. Zain ... Labu, Doktor, Tarzan, & Jesse Labu
P. Ramlee ... Labi, Majistret, P. Ramlee, Harimau & Sheriff
Mariani ... Manisah
Udo Omar ... Haji Bakhil, Pelayan Kelab, Monyet (Chita), Pelayan Bar
Rahimah Alias ... Isteri Haji Bakhil
Shariff Dol ... Pengurus Haji Labu
Saloma ... Biduanita Saloma
Sarimah ... Peragawati Sarimah
Aziz Satar ... Aziz Satar
Orkest Pancha Sitara ... Penyanyi Kelab
Orkest Puspa Raya .... Pemuzik Kelab
Nyong Ismail ... Bomoh
Babjan ... Penunggu gua
Supa'at ... 


Pekerja (crew)
A. Bakar Ali ... Pengarah Fotografi
AV Bapat ...
Pengarah Seni
HR Narayana ...
Penyunting Filem
Kam Sim Boon ... Penataan Buny
Kassim Masdor ... Penjaga Sambungan
Mustaffa Kamal ...
Penataan Bunyi
P. Ramlee ... Penggubah Lagu
S. Sudarmaji ... Penulis Senikata


Penerbit
Vee Meng Shaw ... Penerbit
Malay Film Productions Ltd
... Syarikat Penerbitan Filem


Lain-lain
Shaw Brothers Ltd ... Pengedar Filem
P. Ramlee Orkestra ... Persembahan Muzik Latar
 



Comments
1 Comments