Bai’at = Ketaatan Kepada Khalifah
Hadis: “Siapa sahaja mati dan di pundaknya tiada baiat, maka matinya dalam keadaan mati jahiliyah.”
(Riwayat Imam Muslim)
Pemerintah Melayu beri baiat kepada Khalifah
(Dr. Michael Francis Laffan, Universiti Leiden, Holland)
Penyebaran Islam di Alam Melayu
Pakatan antara Khilafah dengan KeSultanan Acheh, Melaka, Filipina, Johor
3 Mac 1924 – Khilafah Dimusnahkan dan reaksi di Alam Melayu
Pasca Keruntuhan Khilafah
Usaha Kembalikan Khilafah
Pandangan Barat Tentang Khilafah
Kerajaan Hindu Lenyap dengan Bantuan Khilafah
Kerajaan Majapahit Hindu terakhir di Jawa merosot antara tahun 1513 dan 1528 akibat tentangan beberapa buah wilayah Islam
Kejatuhan empayar Hindu Majapahit tidak akan tercapai tanpa peranan Khilafah Uthmaniyah yang menyekat penjajah Portugis dan kirim bantuan seperti pendakwah, askar, dan senjata ke nusantara.
“MELAKA” dari perkataan Arab ‘Mulaqat’ = tempat pertemuan / pusat perdagangan
1471, Sultan Mahmud ke2 (Khilafah Uthmaniyah) ikat perjanjian dengan Sultan Mansur Shah.
Khilafah bantu Melaka dengan senjata, askar
Melaka jadi Pusat Dakwah
Ulamak dihormati di Melaka,
Hari ini ulamak dicaci
Sultan Melaka aktif menyebarkan Islam
Undang-undang Melaka (Abad 15 – Awal Abad 16)
Hukum bunuh ke atas muhsan yang berzina (Fasal 2)
Qisas – Bunuh dibalas bunuh (Fasal 5)
Potong Tangan – Mencuri (Fasal 7)
Ekonomi - Haram ambil riba’ (Fasal 30)
Hukuman Murtad – Jika tak taubat dibunuh (Fasal 36)
1511 Portugis jajah Melaka
1519, Portugis di Melaka cemas ura-ura berita tentang kiriman armada Khilafah Uhtmaniyah bantu Muslim di Melaka.
Portugis hancurkan kapal Turki di pantai di Yemen yang disyaki akan ke Melaka
Acheh ganti Melaka sebagai kuasa Islam terkuat di Alam Melayu selepas Melaka dijajah Portugis 1511
Nenek moyang para sultan Acheh adalah orang Arab yang dikirim oleh Khilafah Uthmaniyah untuk sebar Islam di Acheh
1530an Sultan Al-Qahhar (Acheh) dapat bantuan Khilafah Uthmaniyah.
160 orang Turki, askar Habsyah, askar Gujarat (India/Pakistan) yang jumlahnya tak terhitung, dan 200 askar Malabar (India) tiba di Acheh untuk tolong Muslim
1564 Khilafah beri Acheh 500 meriam. Teknologi meriam Khilafah adalah yang tercanggih di dunia.
Askar Acheh berbilang bangsa - tiada Nasionalisme
Khilafah Uthmaniyah adalah kuasa terkuat di dunia pada masa itu.
Kekuasaan Khilafah Uthmaniyah berpunca dari tenteranya yang tahan lasak
Lakaran pelukis Portugis
Kapal Acheh kepung Portugis di Melaka
Lebih 300 tahun Acheh terselamat
Hubungan akrab di antara Acheh dan Khilafah Uhmaniyah pertahankan kemerdekaan Acheh selama lebih 300 tahun.
Bila Acheh tidak dapat dibantu Khilafah, Belanda kalahkan Acheh awal abad 20
Hadis: “ Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu adalah perisai
Akhbar The New York Times, 5 Julai 1873
Belanda minta Acheh Putuskan semua hubungan Acheh dengan Khilafah Uthmaniyah;
dan tukar Bendera Acheh –Bintang Bulan– seperti Turki dengan Bendera Belanda.
(Bendera Indonesia sekarang adalah bendera Belanda yang diubahsuai)
Bendera Belanda
Bendera Perang Acheh
Abdullah Munshi bukanlah wira
Melayu tulis sejarah rujuk Inggeris
Abdullah Munshi (1796 – 1854)
Tokoh Malaysia pertama yang serah dan kerjasama dengan barat
Abdullah bantu padri dan mubaligh kristian terjemah injil ke bahasa Melayu
Abdullah belajar “kebebasan berfikir” dari padri
Inggris gelar beliau “Abdullah Padre”
(Rujukan: Dr. Abdul Rahman Abdullah, USM)
Hubungan Erat Johor dengan Khilafah
Johor dari perkataan Arab ‘Jauhar’ bermakna permata
1879 – Lawatan pertama Sultan Abu Bakar ke Istanbul
1893 – Sultan Abu Bakar lawat Istanbul kali ke2
Sultan Abdul Hamid kurniakan 2 wanita Turki, Khadijah Hanim untuk nikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqayah Hanim untuk nikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar).
Ruqayah ibu kepada Dato’ Onn Jaafar
1894, kapal perang Khilafah ‘Attughrul” datang ke Johor.
Pegawainya dirai oleh Sultan Abu Bakar.
Raja Ali Kelana (Mufti Johor)
Menghubungkan Alam Melayu dengan Khilafah
Raja Ali Kelana ke Turki pada 1883, 1895 ,1899 dan 1913 minta bantuan Khalifah perangi Belanda dan bebaskan dunia Melayu dari penjajah, yang telah jatuhkan takhtanya kerana sikapnya yang anti-Belanda.
Raja Ali kerjasama dengan Syeikh Ahmad al-Fathani untuk satukan Melayu dengan Khilafah
Misi Raja Ali itu gagal (Khilafah `Uthmaniyyah ketika itu lemah)
Raja Ali lari ke Johor dan dilantik oleh Sultan Johor sebagai Syeikhul Islam sehingga beliau mati pada 1927.
Raja Ali = ulama Riau dan Johor adalah waris kesultanan Riau-Lingga,
1892 – Di Negeri Sembilan, Syed Hamid (Tunku Besar Tampin) & Penghulu Inas, minta panglima tentera laut Khilafah yang lawat Singapura bantu umat Islam di Tanah Melayu ‘ketepikan Britain’.
Majlis Negeri atas desakan Britain singkir Penghulu Inas.
Britain serba salah untuk hukum Syed Hamid.
Syed Hamid tokoh yang amat penting & Britain tidak berani ambil tindakan drastik ke atasnya.
Pembesar-pembesar Sungai Ujong, Datuk Kelana & Datuk Bandar gaduh .
Datuk Kelana lawat Gabenor Singapura dan pada 21 April 1874, menandatangani persetiaan menerima perlindungan British dan meletakkan Simpang dan kawasan-kawasan dari Simpang ke Permatang Pasir di bawah kuasa British.
Datuk Kelana kibar bendera British
Sekumpulan orang kibar bendera Khilafah telah kelihatan untuk menentang bendera British yang dikibarkan oleh Dato Kelana, dan mencerminkan gerakan Pan-Islam yang ditaja oleh Khilafah (h. 189, Sejarah Malaysia, Barbara Watson Andaya)
10 Oktober 1874, Datuk Bandar lancarkan penentangan terhadap Datuk Kelana tetapi Datuk Kelana menang dengan bantuan British.
Akibatnya Sungai Ujong dijajah British.
Julai 1892, DiPahang – Dato’ Menteri Pahang telah melakukan perbincangan di Singapura dengan Sir Cecil Clementi Smith, Pesuruhjaya Tinggi Britain.
Cecil dakwa punca kekacauan di Pahang adalah kerana seorang Sayid Arab menjelajah negeri-negeri selatan minta pemimpin-pemimpinnya tandatangani dokumen minta bantuan Khalifah di Turki usir Britain keluar dari Tanah Melayu. (h. 71, William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, Oxford University Press, 1994)
Khilafah Hargai Ulamak Melayu
Syeikh Daud Abdullah al-Fatani
Lahir di Gerisik, Pattani, pada 1133H (1721).
Kerana ilmunya yang mendalam, beliau melayakkan diri mengajar di Masjidil Haram.
Khilafah Uthmaniah lantik beliau jadi Sheikh Haji dan merupakan orang Melayu pertama memegang jawatan tersebut
Khilafah Terbit Buku Islam dalam Bahasa Melayu untuk Sedarkan Umat Islam
1884 - Di bawah penyeliaan Khilafah Uthmaniyah, sesi percetakan bahasa Melayu pertama telah ditubuhkan di Makkah dan diletakkan di bawah tanggungjawab Syeikh Wan Ahmad bin Mohamad Zain al-Fatani
1890an – 1908
Usaha Khilafah Untuk Selamatkan
Kelantan, Terengganu, Patani & Kemboja
Usaha dibuat pada 1890an setelah Syeikh Wan Ahmad Fathani pergi ke Istanbul untuk suarakan keinginan Muslim bersatu dengan Khilafah.
Syeikh Wan Ahmad telah menemui dan berbincang dengan para pemimpin Khilafah di Istanbul menyebabkan Khilafah telah menghantar 2 orang perutusan rasmi.
Seorang daripadanya pergi ke Patani dan singgah di Bangkok merundingkan perkara ini dengan pegawai-pegawai Siam sementara seorang lagi pergi ke Kelantan dan singgah di Singapura merundingkan perkara yang sama dengan Inggris. Rancangan ini tidak berjaya kerana Barat terutama Inggeris begitu kuat mempengaruhi politik orang Melayu (h. 117, Mohd. Zamberi A. Malek, Patani Dalam Tamadun Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994)
Cubaan itu tidak berhasil.
Syeikh Wan Ahmad meninggal dunia 1908.
Syeikh Wan Ahmad (1866-1908M), ulamak Pattani.
Beliau seorang pembesar di Mekah dan orang kepercayaan Khilafah.
Dia bertungkus lumus dengan rakannya untuk sedarkan Muslim dan menyatukan alam Melayu dengan Khilafah
Sultan Abdul Hamid 2 jemputnya datang ke istananya di Turki.
Syeikh Wan Ahmad karang buku tentang sejarah Khilafah Uthmaniyah
Bangsa Melayu menyimpan harapan yang tinggi bahawa Daulah Khilafah (Khilafah Uthmaniyyah) akan mampu melindungi mereka dan menyelamatkan mereka dari penjajahan Eropah.Beliau ditugaskan oleh Khalifah untuk ke nusantara bagi meninjau keadaan penjajahan Belanda di Indonesia dan Inggeris di Tanah Melayu.
Beliau hidup di bawah naungan Khilafah selama 54 tahun.
Sultan Muizuddin pemerintah Sulu, Filipina (abad ke 18) hubungi Khilafah Uthmaniyyah untuk minta bantuan perangi Sepanyol
Sembahyang & khutbah diadakan di Zamboanga untuk doakan kesejahteraan Khalifah di Istanbul (Rujukan: Cesar Adib Majul)
Februari 1904, putera-putera Sultan Riau memutuskan untuk minta bantuan Khilafah Uthmaniyah supaya kembalikan kedudukan Yamtuan.
Di Singapura, 20,000 dolar Singapura dikumpulkan untuk biayai misi itu.
Oktober 1904, Raja Ali Kelana, ditemani Syed Syeikh Al-Hadi, pergi ke Timur Tengah bawa beberapa surat daripada arkib diRaja serta perjanjian yang dilakukan antara Belanda dan Riau apabila Belanda gulingkan sultan pada 1857.
Julai 1905, Khalifah minta Ratu Belanda supaya tidak serang Muslim di nusantara tapi ditolak Belanda
Sayyid Mohd Alsagoff, tokoh terkenal Singapura (1880-1890an) cuba satukan alam Melayu dengan Khilafah
Untuk projek landasan keretapi al-Hijaz (di Arab Saudi), penduduk Singapura sumbangkan 4 ribu pound sterling kepada Khilafah Uthmaniyah
Akibat tiada perlindungan Khilafah, Singapura dijajah
Perang Balkan (1912-1913) – Khilafah lawan Bulgaria, Serbia, Greece, Montenegro
Ia dilihat oleh orang Melayu sebagai perang salib baru.
Akhbar-akhbar Melayu, Neracha (1911-1915), yang juga dikenali sebagai al-Mizan, dan Tunas Melayu beri liputan bersemangat terhadap perkembangan membabitkan Khilafah Uthmaniyah dalam peperangan itu.
1912, Neracha satu-satunya akhbar yang beri liputan meluas tentang Khilafah Uthmaniyah yang pertahankan dirinya dari serangan askar Itali di Libya.
Neracha (1911-1915) yang miliki pembaca hingga ke Indonesia, Makkah dan Kaherah, kritik Melayu yang sibuk dengan pertandingan bola, dan tidak peduli nasib umat Islam.
Akhbar itu lancarkan tabung bantu Khilafah Uthmaniyah dapatkan senjata dan peluru, minta pembaca menyumbang $1.00 seorang.
Orang-orang Melayu di Perak dan juga Muslim di Indonesia, anjurkan kempen kumpulkan dana untuk Persatuan Bulan Sabit Merah di ibukota Khilafah, Istanbul.
Kempen serupa dilancarkan sebelum itu untuk Muslim di Tarablus (Tripoli, Libya) ketika serangan Itali.
Neracha seru Melayu dan semua Muslim tentang tanggungjawab mereka untuk sokong Khilafah, ingatkan mereka jika Khilafah Uthmaniyah kalah, ia akan malukan mereka.
Ketika Peperangan Dunia Pertama, ulama Terengganu berkobar-kobar untuk nyatakan sokongan mereka terhadap Khilafah ketika perang. (J. M. Gullick)
Keyakinan Melayu bahawa Khilafah akan menang kuatkan semangat Terengganu untuk menolak penasihat British (A. Gordon)
Britain ugut Terengganu
(Sultan Terengganu ke11 Sultan Zainal Abidin (1881 – 1918)
Britain sedar Muslim taat kepada Khalifah
Britain sekat berita tentang peperangan Dunia Pertama yang menyaksikan Khilafah menentang Britain.
Akhbar Neracha ditutup secara paksa oleh Britain dalam tahun 1915 dan akhbar Tunas Melayu juga ditutup oleh Britain
Februari 1915, penentangan askar Islam diSingapura yang berkhidmat dengan Britain melakukan penentangan.
Askar Muslim dapat berita mereka akan dihantar untuk perangi Khilafah.
815 askar India dan 100 askar Melayu menentang Britain.
33 askar Britain dan 18 pegawai Eropah mati.
Peniaga Singapura Kassim Ali Mansor, dihukum bunuh kerana dituduh mengetuai penentangan. Kassim satukan askar Melayu dengan Khilafah
Askar-askar Muslim ditembak mati oleh British
3 Mac 1924 Khilafah dibubarkan
Fatwa Mufti Brunei:
“Demikian juga orang Islam apabila lebih mirip kepada Barat dengan membuang dan membelakangi agama sendiri dan memilih sekularisme sebagai dasar dan pemerintahan negara sebagaimana berlaku di Turki bilamana perlembagaannya telah memasyhurkan sekularisme sebagai dasar pemerintahan.
Mulai 1924 tumbanglah Khilafah Islamiah.
Mustafa Kamal Ataturk buang undang-undang Khilafah dan gantinya dengan yang baru.
Diambilnya undang-undang dari Switzerland, Itali, dan Jerman.
Bahkan juga kemuliaan dan kehormatan al-Quran juga turut dicabuli dengan merumikannya.”
Selepas Khalifah dibubarkan sebuah pertubuhan di Pulau Pinang yang namakan dirinya sebagai Perhimpunan Khalafah keluarkan pengisytiharan tentang tanggungjawab setiap umat Islam supaya hidupkan kembali Khilafah.
Tok Kenali (1870 – 1933)-Berdakwah Bangkitkan Kesedaran
Dirikan Majlis Ulama Islam Kelantan
Tok Kenali terbitkan majalah Pengasoh yang melaporkan perkembangan tentang Khilafah dan minta Melayu prihatin terhadapnya
Sultan Johor hantar 2 wakil ke Persidangan Khilafah 1926
Syed Hasan dan Syed Abu Bakar al-Attas hadiri Persidangan Khilafah di Kaherah 1926 sebagai wakil Sultan Johor.
Syed Muhammad Aqil, anak saudara beliau, Syed Ahmad bin Omar dan 2 anak lelaki Syed Ahmad (Syed Muhammad Ali dan Syed Abdullah) hadiri persidangan itu
Jumlah wakil dari Malaya ke Persidangan Khilafah = 6 orang
Jawatankuasa Persatuan Kebajikan pelajar-pelajar Malaysia Al-Difa’ Al-Watani (Pertahanan Kebangsaan) hantar wakil ke Kongres Dunia Islam di Mekah pada 1926 untuk bincang tentang Khilafah, dan
2 wakil bertolak dari Tanah Melayu. rujukan (William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism)
Kongres umat Islam Indonesia ke3 di Surabaya – Disember 1924.
Keputusan penting Kongres adalah libatkan diri dalam gerakan khilafah dan kirim utusan sebagai wakil umat Islam Indonesia ke kongres dunia Islam.
Tokoh pertubuhan Sarikat Islam, Tjokroaminoto (foto), berkata, khalifah bukan Cuma untuk Muslim di jazirah Arab, tetapi juga bagi umat Islam nusantara.
Beliau kiaskan umat Islam laksana 1 tubuh. Bila umat Islam tiada khalifah maka “seolah-olah badan tidak berkepala”
Sekularisme, Nasionalisme & Patriotisme Hancurkan Perpaduan Umat Islam Seluruh Dunia
1905 – Istilah ‘Tanah Air’ (Patriotisme) diperkenalkan dalam kamus Melayu supaya umat Islam lebih cinta tanah airnya daripada mencintai Islam. (Dr. Michael Francis Laffan, Universiti Leiden, Holland)
Nasionalisme = Bersatu atas dasar bangsa yang sama adalah ikatan yang bersifat emosional
Ia tidak manusiawi kerana menimbulkan pertentangan dan perselisihan sesama manusia
Dalam tempoh antara Perang Dunia 1 dan 2, nationalisme Melayu dimasuki ideologi sekularisme dan perpaduan Islam (pan-Islam) hilang. Sumber: Buku bertajuk ‘Malaysia’ karya J. M. Gullick, Ernest Benn Limited, London, 1969
Umat Islam dilalaikan oleh penjajah dengan NASIONALISME, SEKULARISME, Kebebasan
Umat Islam di nusantara berpecah belah kepada beberapa buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand
Tiada siapa selamatkan umat Islam yang ditindas di selatan Thailand & selatan Filipina
Alam Melayu Menuju Khilafah
Kebangkitan Umat Islam drastik di Indonesia
Pasca 11 September 2001 – Amerika serang umat Islam
Penulis Free World Academy dalam artikelnya “FUTURE OF SOUTH EAST ASIA” kata “Sejak September 2001, semangat Islam makin meningkat. Gelombang Islam bertujuan mewujudkan sebuah Khilafah yang perkasa termasuk Indonesia, Malaysia dan kawasan selatan Thailand dan Filipina.”
Selatan Thailand – umat Islam dizalimi
Selatan Filipina – umat Islam diserang
Muslim dibunuh di selatan Thailand
Hanya Khilafah yang boleh selamatkan mereka
Ramalan Agensi Perisikan Amerika, CIA
Laporan ‘Mapping The Global Future’ oleh National Intelligence Council (agensi CIA)
- Khilafah akan tegak semula pada 2020
- Khilafah akan cabar Amerika
- Alam Melayu akan diperintah oleh Khilafah
- How Many Divisions Has the Caliph(Khalifah)? (Akhbar TCS Daily).James Pinkerton , 18 Jan 2006
- Pembantu Presiden Reagan & Bush-“Bolehkan Khilafah disatukan semula ?
Ini nampaknya suatu prospek yang sedang meningkat. Orang terkenal seperti presiden Bush pada 6 Oktober 2005 mengatakan jika Amerika kalah di Iraq, akibatnya Khilafah Baru akan muncul”
Lee Kuan Yew kata pada Disember 2002 bahawa
100 kumpulan Islam “mahu tegakkan Khilafah yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura”
Humme, 1877 -“Jangan lupa: setiap orang Islam adalah musuh anda!”
“…kemudian Dia akan menaikkannya kemudian menurunkannya; kemudian akan muncul khilafah rasyidah yang sesuai kaedah kenabian, kemudian dia (nabi SAW) diam." (Musnad Imam Ahmad 4/273).
Peranan Khilafah dalam alam Melayu dalam banyak buku sejarah diabaikan malah kadangkala diselewengkan
Sejarah Alam Melayu di bawah naungan Islam bukan perkara asing kerana ia telah berjalan selama 1300 tahun lamanya
Penyatuan umat Islam bukan khayalan atau mimpi kerana Allah dan RasulNya berjanji ia akan jadi kenyataan
Melayu tidak akan berjaya jika ketepi Islam
Pertahankan Islam jika Islam difitnah
Sebarkanlah Islam secara AMAN.
Islam tidak akan bangkit dengan hanya menunggu dan menganggap 'kekhalifahan Islam' akan terjadi dengan sendirinya sebagai hadiah dari Allah sepertimana pendapat-pendapat mereka yang berfikiran dangkal. Sedangkan Rasulullah saw sendiri (Pesuruh Allah yg.bermukjizat) ditentukan oleh Allah terpaksa berhempas-pulas menghadapi pelbagai pahit getir untuk mendirikan kedaulatan kerajaan Islam di Madinah.
KEKUASAAN DITANGAN UMAT,
KEDAULATAN DITANGAN SYARAK.