| Mera Naam Joker: Tanah Israel dari perspektif kaum Yahudi

Sabtu, 15 Januari 2011

Tanah Israel dari perspektif kaum Yahudi

Tanah yang dijanjikan (The Promised Land).

Sejarah kaum Yahudi bermula dengan Abraham(as), dan kisah tentang Abraham(as) pula bermula apabila Tuhan memerintahkannya supaya meninggalkan tanah air, sambil menjanjikan tanah kediaman baru di Canaan untuk beliau dan keturunannya; (Gen. 12). Tanah inilah yang sekarang dikenali sebagai Israel, dinamakan sempena nama cucu Abraham(as), yang keturunannya adalah orang2 Yahudi. Tanah ini selalu dirujuk sebagai ‘Tanah yang dijanjikan’ kerana Tuhan telah beberapa kali berjanji (Gen. 12:7, 13:15, 15:18, 17:8) untuk memberikan tanah itu kepada keturunan Abraham(as).


Di dalam Torah, tanah itu kerap digambarkan sebagai tanah yang baik dan ‘tanah yang kaya dengan susu dan madu’ (a land flowing with milk and honey; Ex. 3:8). Gambaran ini amat bertentangan dengan keadaan padang pasir yang kita lihat di dalam berita TV setiap malam, tetapi perlu diingatkan bahawa tanah ini telah dikuasai oleh penjajah2 yang bersungguh-sungguh ingin menjadikannya sebuah tempat yang tidak boleh didiami oleh kaum Yahudi. Di dalam beberapa dekad selepas kaum Yahudi kembali menguasai tanah itu, bidang pertanian telah mengalami satu perubahan yang besar. Hari ini, Israel mempunyai hasil tuai yang amat tinggi. Kaum Yahudi telah mendiami tanah ini sejak penaklukan pertama oleh Joshua, 3200 tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Bagaimana pun, mereka tidaklah sentiasa menguasainya secara politik, dan mereka juga bukan sentiasa menjadi penduduk majoriti.

Tanah Israel adalah pusat tumpuan Judaisma. Sebahagian besar undang2 Judaisma terikat kepada tanah Israel, dan hanya boleh dikuatkuasakan di sana. Sesetengah rabbis telah “berfatwa” bahawa menguasai Israel dan tinggal di sana adalah satu mitzvah (perintah Tuhan - dengan merujuk kepada Num. 33:53). Talmud menyatakan tanah itu sendiri begitu suci sehinggakan hanya dengan berjalan di atasnya akan memberi seseorang kejayaan di hari akhirat. Doa untuk kembali ke Israel dan Jerusalem adalah sebahagian daripada sembahyang harian, hari2 kelepasan am dan upacara2 khas.

Tinggal di luar Israel adalah sesuatu yang tidak semulajadi bagi seseorang Yahudi. Dunia di luar daripada Israel dirujuk sebagai ‘galut’, biasanya bermakna ‘diaspora’ (perpecahan), tetapi makna yang lebih literal ialah ‘buangan’ atau ‘tawanan’. Apabila kita tinggal di luar Israel, ini bermakna kita hidup di dalam buangan. Selepas dikalahkan oleh kerajaan Rom pada tahun 135 M, kaum Yahudi hidup ‘terbuang’ dan hilang penguasaan ke atas Israel sehinggalah tahun 1948M.

Zionisma dan pembentukan Negara Israel.

Kaum Yahudi tidak pernah berputus asa untuk kembali ke tanah air mereka di Israel. Harapan ini diluahkan di dalam sebuah lagu berjudul Ha-Tikvah (The Hope). Ia menjadi lagu tema kepada pergerakan Zionist dan Negara Israel.

Kol od baleivav p’nima Nefesh Y’hudi homiya

Ul’fa-atey mizrach kadima

Ayin L’Tziyon tzofiya

Od lo avda tikvateynu

Hatikva bat sh’not alpayim

Lih’yot am chofshi b’artzenu

Eretz Tziyon v’yirushalayim.

Lih’yot am chofshi b’artzenu

Eretz Tziyon v’yirushalayim.

As long as deep within the heart

The Jewish soul is warm

And toward the edges of the east

An eye to Zion looks

Our hope is not yet lost,

The hope of two thousand years

To be a free people in our own land

In the land of Zion and Jerusalem.

To be a free people in our own land

In the land of Zion and Jerusalem.

Buat satu jangkamasa yang panjang, harapan ini hanya tinggal harapan, tanpa usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Pada akhir 1800an, Theodor Herzl dan Chaim Weizmann telah mengasaskan Zionisma, yang bertujuan untuk menubuhkan sebuah Negara Yahudi di Israel. Mereka melihat bahawa Negara Israel amat diperlukan untuk menyelamatkan orang2 Yahudi yang ditekan, terutamanya di Rusia, di mana kejadian penghapusan kaum Yahudi berleluasa.

Nama ‘Zionisma’ datang daripada perkataan ‘Zion’, iaitu nama sebuah kawasan di Jerusalem yang menjadi pusat pergerakan mereka. Lama kelamaan, ‘Zion’ dirujuk kepada Jerusalem, dan kemudiannya kepada pemikiran ‘Yahudi sebagai kaum terpilih’. Zionisma bukan sebuah pergerakan agama; ianya lebih bersifat politikal. Zionist yang terdahulu berniat untuk menubuhkan sebuah Negara Israel yang sekular, diiktiraf menurut perundangan antarabangsa. Theodor Herzl, contohnya, adalah seorang wartawan Yahudi yang sangat berpemikiran sekular. Beliau tidak begitu mementingkan peninggalan Yahudinya sehingga dia sendiri terlibat di dalam liputan pembicaraan Alfred Dreyfus, seorang kapten Yahudi di dalam tentera Perancis yang telah dituduh membocorkan rahsia kepada Jerman. Perbicaraan ini telah menyebabkan satu sentimen anti-Yahudi. Ini menyedarkan Herzyl kepada perlunya sebuah negara, khas untuk orang2 Yahudi. Pada satu masa, Zionists begitu terdesak sehingga mereka mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Uganda.

Semasa Perang Dunia Pertama, pergerakan Zionists mendapat sedikit sokongan daripada Great Britain. Di dalam surat bertahun 1917 daripada Setiausaha Luar British kepada Lord Rothschild, seorang penyumbang kewangan Yahudi, kerajaan British menyatakan kesungguhan mereka untuk menubuhkan sebuah Negara Yahudi di Palestin. Surat ini dikenali sebagai ‘Perjanjian Balfour’. Pada masa yang sama, orang2 Arab juga dijanjikan kemerdekaan jika mereka membantu British mengalahkan Empayar Ottoman, yang pada masa itu meliputi sebahagian besar Timur Tengah (termasuk Negara moden Syria, Lubnan, Jordan,

Iraq dan sebahagian daripada Arab Saudi dan Afrika Utara). British berjanji kepada orang2 Arab bahawa mereka akan menghadkan penempatan kaum Yahudi di Palestin, hanya beberapa bulan selepas ‘Perjanjian Balfour’. Selepas Perang Dunia Pertama, satu liga antarabangsa telah memandatkan Palestin sebagai satu wilayah di bawah pentadbiran United Kingdom. Pada asalnya ia meliputi kawasan yang sekarang ini adalah Israel dan Jordan, tetapi kemudiannya, semua kawasan ke Timur dari Sungai Jordan diletakkan di dalam sebuah mandat berasingan yang dikenali sebagai ‘Transjordan’(sekarang, Jordan.)

Dokumen Mandat Palestin memasukkan syarat2 yang terdapat di dalam ‘Perjanjian Balfour’, dan menjanjikan penubuhan sebuah Negara Yahudi di dalam lingkungan wilayah mandat tersebut. Pada awalnya, pemimpin2 Arab sanggup memberikan Palestin kepada Yahudi asalkan tanah Arab yang lain dimerdekakan. Bagi Arab Palestin pula, sudah tentu mereka menentang segala bentuk pendudukan Yahudi dan penubuhan negara Yahudi. Dari sinilah bermulanya semangat nasionalis Palestin (lebih menonjol dari semangat nasionalis Arab secara am). Penentangan yang kerap berlaku di wilayah tersebut menyebabkan British mencadangkan pemisahan pada tahun 1937. ‘Holocaust’ pula menjadikan keperluan untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi sebagai satu fokus penting bagi orang2 Yahudi dan masyarakat dunia. Yahudi yang cuba melarikan diri daripada Nazi Jerman terpaksa dihantar pulang kerana had2 immigrasi di kawasan sempadan negara2 seperti Amerika Syarikat, Britain dan Palestin. Mereka yang dihantar pulang ke Jerman kebanyakkannnya dibunuh secara sistematik.

Pada tahun 1947, oleh kerana tidak berjaya memuaskan Arab dan Yahudi, British akhirnya menyerahkan masalah itu kepada Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB) yang pada masa itu baru ditubuhkan. PBB merancang satu pelan pemisahan Palestin kepada kawasan Yahudi dan kawasan Arab. Pelan itu diluluskan pada November, 1947. Tentera British berundur dari Palestin setelah mandat ke atasnya tamat pada 14 Mei, 1948. Serentak itu Yahudi Palestin mengisytiharkan penubuhan Negara Israel, dan serta-merta diiktiraf oleh beberapa Negara Barat.

Israel hari ini.

Hari ini, kira-kira 5 juta orang Yahudi, lebih daripada 1/3 jumlah penduduk Yahudi dunia, tinggal di Israel. Mereka telah menjadi kaum majoriti terbesar (lebih daripada 80%) dan kini mempunyai penguasaan politik. Orang2 Yahudi terus berhijrah ke Israel dalam bilangan yang besar. Penghijrahan ke Israel dirujuk sebagai ‘Aliyah’ (naik taraf). Di bawah ‘Law of Return’ Israel, sesiapa sahaja dari kalangan orang Yahudi yang tidak menukar agamanya, layak menjadi rakyat Israel secara automatik. Gentiles (bukan-Yahudi) juga boleh menjadi rakyat Israel selepas melalui satu proses ’standard naturalization’, seperti yang diperlukan di Amerika Syarikat.

Kebanyakan Yahudi menyokong kewujudan Negara Israel. Cuma segelintir daripada Yahudi secular yang anti-Zionists dan tidak menyokong. Selain itu, satu kumpulan kecil Yahudi Orthodox yang bersayap kanan juga menentang penubuhan Israel, dengan alasan ianya adalah satu dosa bagi kita menubuhkan Negara Israel sedangkan ‘messiah’ belum tiba. Bagaimana pun, pandangan ini bukanlah pandangan utama Orthodox. Kebanyakkan Orthodox menyokong kewujudan Israel sebagai sebuah tanah air Yahudi
Comments
0 Comments