Contoh kedangkalan sarjana Melayu masakini mengkaji sejarah
Hang Tuah
Hari ini ramai yang mengalami penyakit buta sejarah.Orang yang buta sejarah lebih menyusahkan dari orang yang buta matanya.Orang yang buta sejarah mampu meruntuhkan sejarah dan peradaban sesuatu bangsa.Orang yang buta sejarah mampu menggadaikan tanahairnya kepada orang lain.Jika kita di zaman raja-raja dahulu,orang yang buta sejarah ini mungkin patut disula kerana memporak-perandakan salasilah dan hikayat bangsa.Jika anda bertemu dengan ular dan orang yang buta sejarah pada masa yang sama,anda patut ketuk kepala orang yang buta sejarah ini dahulu ;D
Dalam artikel santai ini,saya akan tunjukkan kepada anda contohnya pendapat orang yang buta sejarah apa kesannya kepada sejarah bangsa.Kita akan kaji satu persatu pendapat mereka.Kemudian saya akan ulas.Dari sini,kita boleh belajar cara-cara berfikir orang yang buta sejarah.Bahasa saya santai dan tidak serius.Tidak semestinya kita belajar sejarah dengan bahasa skema yang terlampau saintifik serius-mius.Janji rock.
; )
; )
Saya petik dari artikel oleh Shahabudeen Jalil di blog Suara Anum:
“Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu”
Ini adalah pendapat yang dangkal dan kurang berpengetahuan luas.Nama tidak semestinya menunjukkan sesuatu bangsa.Nama si penulis sendiri menunjukkan percanggahan yang jelas.’Shahabudeen Jalil’,jika dikaji oleh seorang penulis lain 500 tahun akan datang kemungkinan menganggap beliau ialah seorang lelaki Arab atau dari Timur Tengah,atau dari keturunan Mamak.Bagaimana dengan seorang lelaki Cina yang tinggal di Thailand atau Indonesia?Jeneral Sonthi Boonyaratglin adakah benar-benar seorang Thai?Bob Hassan atau Sudono Salim,adakah seorang lelaki Melayu atau Indonesia?Tidak,mereka adalah ‘Chinese Indonesian’.Bagaimana dengan Agnes Monica?
Bagaimana dengan Parameswara?Adakah beliau seorang lelaki dari India yang menubuhkan Melaka?Srivijaya adalah sebuah kerajaan orang Telegu di Nusantara?Tidak.Dvaravati adalah kerajaan orang Tamil di Thailand Tengah?Bukan,ia kerajaan orang Mon.Adakah Fan Shih Man adalah seorang raja China?Salah,beliau raja Funan.
JADI NAMA TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN BANGSA.Yang penting kita kena kaji dari pelbagai aspek.Jika nama penulis sendiri mampu menyelindungkan keturunannya,bagaimana pula dengan nama-nama orang Melayu lain?Jika nama Munshi Abdullah ada juga di antara kita terkeliru mengenalinya,apatah lagi lelaki bernama Shahabudeen Jalil ini.
“Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya”
Bagaimana Shahabudeen Jalil mengatakan “bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya”,siapa yang kata?Mungkin dari pemikiran dangkal penulis kerana asal-usul Hang Tuah telah diceritakan dalam dua sumber terbesar yang mempopularkannya,iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.Bagaimana si penulis boleh mengakui kewujudan Hang Tuah,namun menolak premis tentang asal-usul Hang Tuah sedangkan sumber cerita Hang Tuah adalah dari punca yang sama?Penulis mengakui kewujudan Hang Tuah namun tentang asal-usulnya,beliau terpaksa mereka-reka cerita lain.Apa motifnya?Kajian hipotesis?Siapa yang jalankan?Sudah pasti Shahabudeen Jalil yang menjalankannya sendiri.Hanya hipotesis sahaja?Hipotesis ialah agak-agakan atau andaian dalam sesuatu eksperimen di mana ia BELUM TERBUKTI LAGI.Sekiranya ia terbukti,ia akan menjadi SATU TEORI.Dan jika ia menjadi satu teori yang sukar disanggah atau mustahil ditumbangkan,ia akan menjadi satu FAKTA.Asal-usul Hang Tuah HANYA dikaji berdasarkan ‘nama’ manusia sahaja?Ini kerja pemalas namanya.Kajilah asal-usul Hang Tuah berdasarkan aspek-aspek lain.Ibu-bapanya,tempat beliau dilahirkan,rakan-rakannya.Jika ibu-bapanya adalah orang Melayu dari Sungai Duyong atau dari keturunan Bugis,takkanlah nak berkeras juga mengatakan bahawa Hang Tuah adalah ‘orang Cina’ semata-mata terdapat nama ‘Hang’ itu.
“Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya”
Inilah hasil karya dari seseorang yang kurang membaca,atau banyak membaca namun hanya membaca majalah gosip dan komik Hong Kong seperti Dewata Raya atau Pedang Setiawan.Bagaimana Shahabudeen Jalil mendapat ‘perbendaharaan’ nama-nama orang Melayu zaman Kesultanan Melaka?Cuba siarkan ‘senarai’ perbendaharaan nama-nama itu kalau ada.Masalahnya si penulis kurang membaca sumber yang juga adalah punca kepada cerita Hang Tuah.Sebenarnya selain Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Kasturi dan lain-lain terdapat juga Hang Isap,Hang Hassan,Hang Iskandar dan sebagainya yang merupakan pahlawan-pahlawan Melaka.Jika ‘Hang Tuah’ Shahabudeen Jalil memusingnya kepada ‘Hang Too Ah’,Hang Lekir kepada ‘Hang Lee Ker’,bagaimana pula ‘Hang Iskandar’?Hang Isap?Hang Ali?
Adakah Hang Ali menjadi ‘Hang A. Lee?’.Encik Shahabudeen Jalil ini sebenarnya amat melucukan!
Shahabudeen Jalil juga menyatakan nama-nama Cina bangsa Cina bermula dari Hang,Tan,Maa dan Lee.Saya nak sentuh tentang ‘Hang’ dan ‘Tan’.Berapa banyak orang Cina pada masa dahulu mempunyai nama bermula dari ‘Hang’?Sila nyatakan satu tokoh Cina zaman monarki yang punya pangkal nama ‘Hang’.Tentang ‘Tan’ pula,bagaimana dengan gelaran ‘Tan’ (digandingkan dengan ‘Sri’) yang dianugerahkan oleh raja-raja Melayu sekarang?Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari contohnya,adakah 500 tahun kemudian,sekiranya ada seorang penulis yang sama spesis dengan Shahabudeen Jalil,akan menyangka beliau adalah berketurunan Cina?
Lihat kedangkalan hipotesis beliau:
“Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya”
Jika sekarang gelaran ‘Tan Sri’ boleh diterima oleh sebagai gelaran pada masa sekarang,bagaimana pula gelaran ‘Hang’ tidak boleh? Adakah menunggu sehingga orang-orang Melayu dahulukala hanya punya pangkal nama ‘Mat’,'Tun’,'Pandak’ dan sebagainya barulah dikatakan benar-benar Melayu? Sumber utama cerita tentang Hang Tuah adalah dari Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah,jadi saya menyeru Shahabudeen Jalil sambil-sambil memborong ke China berusahalah menyelongkar semua arkib-arkib negeri China mencari tokoh bernama ‘Hang Too Ah’ itu (padahal sebenarnya nama itu dicipta sendiri oleh beliau)
“Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika”
Nak petik sumber biarlah sampai habis.Jangan tangkap muat semata-mata buktikan teori dangkal sendiri.Bagaimana dengan Seri Bija Diraja?Tun?Shahabudeen Jalil perlu dihantar kursus belajar sistem gelaran Kesultanan Melaka pada zaman dahulu,atau nama-nama orang Melayu zaman dahulu.Pangkal nama ‘Hang’ kerapkali ditemui pada para pahlawan Melaka.Ini adalah sama seperti kita menyelusuri keturunan pahlawan Bugis yang kerap memakai pangkal nama ‘Daeng’.Ini berbeza dengan sistem nama orang-orang Cina di mana pangkal nama mereka adalah merujuk kepada nama keluarga.Adakah Shahabudeen Jalil tidak tahu tentang ini?Atau buat-buat tidak tahu?Sia-sialah duduk di Malaysia bertahun-tahun bersama-sama dengan kaum Cina di sini.Bertambah sia-sialah berulang-alik ke China memborong barangan namun tidak mahu belajar beza antara pangkal nama orang Cina dengan pangkal nama orang Melayu.Jadi adakah ‘Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew’ adalah adik-beradik ataupun satu keturunan?Bagaimana Maharaja Cina boleh mengumpulkan keturunan ‘Hang’ untuk dihantar ke Melaka?Shahabudeen Jalil bolehlah mengkaji di perpustakaan Beijing sambil-sambil memborong untuk mencari sejarah keturunan ‘Hang’ yang ‘dipaksa’ berkhidmat kepada Sultan Melaka.
Saya petik lagi:
“Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.
Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka”
Ulasan:
Nampaknya kenyataan Shahabuden Jalil menjerat dirinya sendiri.Sungguh melucukan.Beliau berkata tidak pula Paduka Mamat dinamakan Paduka Hang Mamat kerana ibunya adalah Hang Li Po.Jadi katanya,ini membuktikan ‘Hang’ bukanlah gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan (atas alasan untuk menghargai Paduka Mamat kerana ibunya juga dapat gelaran ‘Hang’)
Nampaknya kenyataan Shahabuden Jalil menjerat dirinya sendiri.Sungguh melucukan.Beliau berkata tidak pula Paduka Mamat dinamakan Paduka Hang Mamat kerana ibunya adalah Hang Li Po.Jadi katanya,ini membuktikan ‘Hang’ bukanlah gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan (atas alasan untuk menghargai Paduka Mamat kerana ibunya juga dapat gelaran ‘Hang’)
Saya akan jawab,ada dua sebab mengapa ia tidak jadi demikian:
1)Jika benar pangkal nama ‘Hang’ pada Li Po adalah nama keluarga beliau yang asli,anaknya iaitu Paduka Mamat tidak boleh dinamakan ‘Hang’ kerana nama keluarga (surname) hanya boleh diwarisi dari belah lelaki.Jadi poin “tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po” adalah ‘doesn’t make sense’
2)Sebenarnya ‘Hang’ adalah gelaran yang diberikan oleh Sultan Melaka.’Surname’ puteri dari Cina itu ialah ‘Li’ (Lee).’Surname’ Li adalah satu nama keluaga yang terhormat dalam ranking ‘surname’ masyarakat Cina.Bagaimana pula ada dua ‘surname’ dalam nama orang Cina?Shahabudeen Jalil masih bertatih-tatih rupanya untuk memahami budaya orang Cina.Ini bukan satu ’1Malaysia’ namanya
Lain kali bertegur sapalah dengan jiran Cina sebelah.
Jadi gelaran ‘Paduka’ adalah gelaran yang sesuai bagi anak baginda,bukannya ‘Hang’ kerana ‘Hang’ adalah gelaran yang dianugerahkan untuk orang kebanyakan.Bagaimana pula Sultan mahu menganugerahkan gelaran ‘Paduka Hang’ kepada anak baginda?Ini adalah sesuatu yang janggal dalam sistem gelaran Sultan Melaka.’Paduka’ tidak boleh digandingkan dengan ‘Hang’.Sila nyatakan siapa dalam sejarah Melaka yang punya nama ‘Paduka Hang’ pada pangkal namanya?MEMANG TIADA.Bagaimana pula Sultan mahu menganugerahkan gelaran ‘Hang’ pula menjadi ‘Hang Mamat’?Jatuhlah standard anak Sultan dan orang Melaka pun menjadi keliru.’Paduka’ adalah gelaran untuk keturunan/kerabat raja.’Hang’ untuk orang kebanyakan yang terpilih.
Selepas itu bermulalah aktiviti mereka-reka,menyesuaikan dan mencinakan nama-nama pahlawan Melaka oleh Shahabudeen Jalil:
“Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu”
Ulasan:
Saya nasihatkan supaya berhentilah melakukan kerja-kerja pembohongan ini.Janganlah jadi hamba politik sampai sanggup menjadi alat untuk pihak lain yang punya agenda tertentu.Bagaimana pula Hang Kasturi diragui pula padahal beliau adalah salah seorang kawan seperguruan Hang Tuah?Sebab lebih 3 perkataan,jadi nama Hang Kasturi diragui? Sebenarnya JARANG ORANG CINA PUNYA SURNAME DI DEPAN SURNAME ‘LEE’.Surname ‘Lee’ (atau Li) itu sendiri adalah nama keluarga yang banyak melahirkan tokoh-tokoh dan bijak pandai.Siapa Lee Kuan Yew?Siapa Li Desheng?Amat jarang orang Cina memakai surname ‘Hang’.Cuba google perkatan ‘Li surname’ anda akan dapat keputusan yang amat memberansangkan.Cuba google ‘Hang surname’ anda akan dapat keputusan yang berkisar pasal Hang Tuah!
Jadi ‘Hang’ adalah ekslusif kepada isu Hang Tuah dan Melayu sahaja!
Jadi ‘Hang’ adalah ekslusif kepada isu Hang Tuah dan Melayu sahaja!
Lihat kajian hipotesis yang mencapai tahap merapu komik Dewata Raya:
“Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.
Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.
Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.
Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.”
Ulasan:
Hipotesis pertama adalah umum.Kemungkinan ada orang Melayu yang berkawan dengan rombongan Hang Li Po.Namun MASALAHNYA KISAH HANG TUAH TELAH ADA SEBELUM TIBA PLOT TENTANG KEDATANGAN ROMBONGAN HANG LI PO.Sekiranya dalam Sejarah Melayu menampilkan kisah Hang Tuah lima sekawan selepas cerita rombongan Hang Li Po,mungkin Shahabudeen Jalil ada poin yang bagus.Tetapi realitinya tidak.
Hipotesis pertama adalah umum.Kemungkinan ada orang Melayu yang berkawan dengan rombongan Hang Li Po.Namun MASALAHNYA KISAH HANG TUAH TELAH ADA SEBELUM TIBA PLOT TENTANG KEDATANGAN ROMBONGAN HANG LI PO.Sekiranya dalam Sejarah Melayu menampilkan kisah Hang Tuah lima sekawan selepas cerita rombongan Hang Li Po,mungkin Shahabudeen Jalil ada poin yang bagus.Tetapi realitinya tidak.
Hipotesis kedua amat teruk.Shahabudeen Jalil menulis bagaikan hendak mengarang cerita kanak-kanak untuk darjah dua.Orang Cina tidak sewenang-wenangnya memberi ‘surname’ mereka kepada orang lain.Sesama orang Cina sendiri pun tidak melakukan perbuatan begitu apatah lagi terhadap bangsa lain.Contohnya seorang yang memiliki surname Li tidak boleh sewenang-wenangnya ‘menganugerahkan’ nama keluarga ‘Li’ kepada seorang yang punya nama keluarga Zhao.Jika namanya Zhao Jingshen,dia tidak boleh tiba-tiba digelar Li Jingshen atau Li Zhao Jingshen!
NAMA KELUARGA ADALAH IBARAT MARUAH KEPADA ORANG CINA.
Shahabudeen Jalil kena belajar lagi budaya orang Cina sebelum memporak-porandakan budaya Cina dan sejarah Melayu.
Susah sangatkah menyebut nama Cina sampai terpaksa memberikan nama Melayu kepada ‘Hang Kasturi’?Hipotesis ketiga adalah rekaan yang amat memalukan.Sungguh tinggi imaginasi Shahabudeen Jalil.
Seterusnya penulis hipotesis terus berhipotesis secara melulu dan merapu-rapu tanpa berpijak di bumi yang nyata.Kemudian:
“Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah”
Ulasan:
Shahabudeen Jalil percaya kisah Hang Tuah dan MENGAKU HIKAYAT HANG TUAH lebih banyak kelebihan tetapi menentang asal-usul Hang Tuah seperti yang ditegaskan oleh Hikayat Hang Tuah.Bagaimana kajian secara hipotesis sahaja boleh membuktikan sesuatu?Hipotesis tidak boleh menjadi fakta,ia perlu dibuktikan dahulu.Adakah Hang Tuah telah di ‘Melayu’kan?TIDAK SAMA SEKALI.Hang Tuah memang orang Melayu.Adalah sia-sia sahaja untuk meMelayukan Hang Tuah.Lebih baik pengarang Hikayat Hang Tuah meMelayukan Maharaja Ming atau Laksamana Cheng Ho,sudah tentu ini akan menjadi satu kemegahan yang dasyat
Shahabudeen Jalil percaya kisah Hang Tuah dan MENGAKU HIKAYAT HANG TUAH lebih banyak kelebihan tetapi menentang asal-usul Hang Tuah seperti yang ditegaskan oleh Hikayat Hang Tuah.Bagaimana kajian secara hipotesis sahaja boleh membuktikan sesuatu?Hipotesis tidak boleh menjadi fakta,ia perlu dibuktikan dahulu.Adakah Hang Tuah telah di ‘Melayu’kan?TIDAK SAMA SEKALI.Hang Tuah memang orang Melayu.Adalah sia-sia sahaja untuk meMelayukan Hang Tuah.Lebih baik pengarang Hikayat Hang Tuah meMelayukan Maharaja Ming atau Laksamana Cheng Ho,sudah tentu ini akan menjadi satu kemegahan yang dasyat
Rumusan
Shahabudeen Jalil hanya berhipotesis sahaja.MASALAHNYA ada orang lain yang melihat hipotesis Shahabudeen Jalil sebagai FAKTA.Contohnya Dr. Mujahid Yusof Rawa melihat semua ini sebagai fakta tanpa mengkajinya terlebih dahulu.Apabila ada orang bertaraf Dr. melihat hipotesisnya sebagai FAKTA,Sahabudeen Jalil semakin syok sendiri.Beliau semakin percaya cerita yang direka-rekanya adalah FAKTA kini,dan terlupa bahawa sebenarnya semua itu adalah hipotesis sahaja seperti yang berulangkali diberitahu dalam artikelnya.Dr. Mujahid Yusof Rawa yang memegang Lajnah Perpaduan dalam parti politiknya terpaksa melacurkan sejarah bangsa sendiri demi menarik perhatian orang Cina.Beliau perlu berbuat sesuatu untuk menampakkan ‘kewujudannya’ dalam jawatan yang dipegangnya.Malangnya,demi perpaduan sesama kaum dalam Pas,orang Melayu terpaksa menyerahkan maruah sejarahnya untuk diperkosa habis-habisan.Malangnya yang melacurkan sejarah sendiri adalah orang Melayu juga,kemudian perlahan-lahan bangsa lain tumpang sekaki sama-sama menikmati ‘hidangan’ yang disediakan.
Kerana marahkan Umno,sejarah Melayu dibakar.Melayu dan sejarahnya seolah-olah DOSA dan NODA bagi sesetengah pemimpin Pas dek kerana Umno yang memanipulasikannya.Mungkin selepas Umno di’Cina’kan barulah Melayu dan sejarahnya dibiarkan hidup.
Sudahlah Umno menjadi dungu dan buta sejarah demi politik Ketuanan Melayunya,Pas pula terpaksa melacurkan sejarah bangsa demi mencari sesuap nasi dalam politik negara.Yang rugi adalah Melayu sendiri.Padan muka.
Ini adalah politik Pak Kaduk.Menang sorak,kampung tergadai.Seseorang yang bertaraf Dr. tidak semestinya celik sejarah.Malah buta sejarah mereka kadang-kadang lebih kroniknya daripada mat despatch di ibukota.
Dr. Mujahid dan Dr Hj Mohd Hasyim mahu buat seminar tentang kecinaan Hang Tuah akibat terjangkit penyakit Shahabudeen Jalil.Lepas itu semua orang Cina yang Ultrakiasu (bukan semua ya,yang Ultrakiasu sahaja) akan bangkit semangat mereka untuk sama-sama berganding bahu memporak-porandakan sejarah bangsa.Orang Melayu akan terpinga-pinga.Kemudian kitab-kitab seperti Sejarah Melayu dikatakan fantasi padahal di universiti-universiti luar negara,kitab ini dianggap masterpiece sastera sejarah yang diakui keunggulannya.Apabila Sejarah Melayu dikatakan fantasi,Kesultanan Melaka juga fantasi dan selepas itu orang Melayu adalah fantasi.Kemudian Tanah Melayu dikatakan kepunyaan Maharaja Cina dan sebenarnya orang Melayu itu adalah pendatang…entah dari mana (dari planet Zargus mungkin) yang tiba-tiba merampas Tanah Melayu dari orang Cina.Orang Melayu akan hilang rasa prestijnya,hilang semangat dan maruahnya.Produktiviti dan kreativiti bangsa Melayu semakin menurun.Lama-lama orang Melayu Malaysia akan hilang kuasa politik dan akhirnya menyertai saudara-saudara mereka di Singapura dan selatan Thailand yang dijajah di bumi sendiri.Proses ini tidak berlaku dengan cepat,namun mengambil masa berpuluh tahun.
Apabila cucu-cicit kita membaca sejarah,mereka pasti akan menyumpah-nyumpah kebodohan moyang mereka walaupun moyang mereka bertaraf Dr. ataupun usahawan berjaya.Sebab moyang mereka,akhirnya bangsa Melayu menjadi hina dan dina.
Menariknya dalam medium yang sama,dikhabarkan seorang Cina bernama Kenny Chee telah mengemukakan pendapatnya yang jauh lebih bernas dari hipotesis Shahabudeen Jalil:
“Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua”
dalam perenggan yang lain:
“Mengenai Hang Li Po, puteri dinasti Ming di China itu adalah Li Po sahaja dan panggilan Hang diberi kepadanya oleh Sultan Mansur Shah, yang mengahwininya. Hang adalah panggilan rakyat jelata yang berkhidmat untuk Sultan Melaka menerusi sistem kerah. Ini melibatkan ketua-ketua orang Asli (Melayu Proto) dan orang bukan Melayu, termasuk yang menjadi isteri muda raja-raja Melayu. Anak Sultan Mansur dengan Li Po bergelar Paduka Tun Mamat kerana dilantik sebagai pembesar yang menjaga daerah Kelang (sekarang Selangor moden), satu daripada ibu negeri kedua Melaka, selain daerah Johor.
Hang Tuah bukan pengikut Hang Li Po kerana Hang Tuah adalah menteri pertahanan atau Laksamana Melaka semasa Sultan Mansur Shah melawat negara China untuk meminang puteri Li Po. Hang Tuah mengiringi Sultan Mansur Shah ketika melawat negara China kerana dia adalah Laksamana Melaka, yang anggota tenteranya adalah Orang Laut Bintan”
Adakah Kenny Chee hanya polemik sahaja,padahal sebenarnya artikelnya ditulis oleh seorang Melayu?Jika beliau benar seorang Cina,nampaknya ini amat memalukan Shahabudeen Jalil dan Dr. Mujahid Rawa kerana masih buta sejarah walaupun disedarkan oleh orang Cina sendiri.
Kepada Dr. Mujahid Rawa dan Dr Hj Mohd Hasyim,saya ingin beritahu satu rahsia asal-usul Hang Tuah (jangan beritahu sesiapa ya!)
Hang Tuah sebenarnya ialah Maharaja Ayutthia.
(saya sebenarnya bergurau sahaja,dakwaan Hang Tuah adalah seorang Maharaja Siam adalah teori saudara Anai-anai and the geng,ini pun satu lagi masalah)
Sebab itu pakar sejarah Malaysia (dan Melayu juga!) yang terkenal adalah dari kalangan Cina.Siapa tidak kenal Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim?Ahli sejarah Malaysia yang tersohor.Saya tidak hairan jika Kenny Chee adalah benar-benar orang Cina,kerana orang Melayu sendiri ramai yang buta sejarah bangsa sendiri.Bila orang lain mempertikaikan sejarahnya,mereka mula goyang dan gayat.Kemudian,seperti biasa…mengalami ‘inferiority complex’ perasaan rendah diri yang tiba-tiba.Kemudian meracau-racau.Merapu.Meraban.Kemudian terkeliru sampai diri sendiri pun tidak kenal.Dikata berasal dari orang Cina.Angguk.Dikata dari orang gua.Angguk.Dikata bodoh.Angguk lagi.
Angguk angguk.Geleng geleng.
Sumber: http://mistisfiles.blogspot.com