| Mera Naam Joker: Datuk Bandar AS Peluk Islam

Kamis, 15 Desember 2011

Datuk Bandar AS Peluk Islam

Ketika Jack Ellis memeluk Islam pada Disember 2007, pengislamannya menghiasi ruang media masa AS dan juga mendapat liputan antarabangsa. Tidak hairanlah jika keputusannya memeluk Islam menjadi buah mulut masyarakat global, kerana pada ketika itu Ellis masih memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Macon, negara bahagian Georgia, AS.

Ellis yang pada asalnya menganut agama Kristian, berhijrah menjadi seorang Muslim setelah bertahun-tahun mempelajari dan mengkaji al-Quran. Beliau mengucapkan dua kalimat syahadat dalam sebuah upacara kecil di Senegal, Afrika Barat. Setelah masuk Islam, Ellis menukar namanya dari Jack Ellis menjadi Hakim Mansour Ellis. Ia tetap menggunakan nama keluarganya atas permintaan anak perempuannya.

Ellis pertama kali dipilih sebagai Datuk Banar Macon pada 14 Disemberr 1999 sehingga tahun 2003. Beliau kemudian sepenggal lagi untuk menjadi Datuk Bandar Macon sehingga bulan Desember tahun 2007. Ellis adalah warga kulit hitam pertama yang terpilih sebagai Datuk Bandar Macon sepanjang 176 tahun sejarah kota itu.

“Saya kembali ke fitrah saya selepas bertahun-tahun melakukan kajian dan pemerhatian,” kata Ellis ketika ditanya mengapa ia memilih Islam sebagai pegangan hidupnya.

Beliau bertegas, “Mengapa seseorang menganut Kristian? Kamu melakukannya kerana anda rasa agama itu benar. Bagi saya, ini bukanlah persoalan yang besar. Tapi ramai orang ingin tahu apa yang anda yakini dan percaya.”

Ellis memberitahu yang beliau mempelajari al-Quran selama bertahun-tahun dan dapat merasai tujuan hidupnya dalam Islam ketika dia berkunjung ke Senegal, Afrika Barat. Menurut Ellis, nenek moyangnya sudah memeluk agama Islam sebelum mereka dibawa ke Amerika Utara sebagai hamba abdi oleh orang-orang Kristian.

Setelah menjadi seorang Muslim, ayah dari lima anak ini mulai membiasakan diri untuk menunaikan solat lima waktu dan secara rutin berkunjung ke Islamic Center di Bloomfield Road. Ellis mengaku bangga dengan kebebasan beragama di AS.

“Kami meyakini Rasulullah, Muhammad saw sebagai Nabi terakhir, seperti kami meyakini Musa sebagai seorang Nabi,” ujar Ellis.

Hakim Mansour Ellis lahir tanggal 6 Januari 1946 di Macon. Beliau memperoleh sarjana di bidang seni dari St. Leo College di Florida. Ellis pernah bertugas di pejabat ketenteraan AS selama dua tahun dan juga dihantar ke Perang Vietnam dalam division ke-101 Angkatan Udara AS dengan pangkat sarjan. Atas jasa-jasanya dalam ketenteraan, Ellis mendapatkan beberapa penghargaan antara lainnya tiga penghargaan Bronze Star dan penghargaan Purple Heart.

Ellis mengaku jiwanya merasa tenang dan aman setelah masuk Islam. Ellis juga tidak mahu menyembunyikan keislamannya dari masyarakat yang telah memilihnya sebagai Datuk Bandar Macon, walaupun keputusan untuk memeluk Islam adalah keputusan yang sangat peribadi.

“Ini adalah keputusan yang sangat peribadi, tetapi saya juga faham bahawa saya seorang "public figure". Sebagai Datuk Bandar, saya fikir masyarakat berhak untuk tahu apa yang saya yakini sekarang adalah Islam,” jelas Ellis.

Selama memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Macon, Ellis dikenal sebagai individu yang memberikan sumbangan besar bagi kemajuan kota itu. Ellis menggunakan bantuan dari Pusat untuk memberi latihan kerja bagi anak-anak muda, program pengubahsuaian sekolah dan program untuk mengurangkan jumlah jenayah di bandar itu.

“Saya tetap berterima kasih kepada komuniti Macon yang mendukung saya ketika saya masih seorang Kristian dan masih mempercayai saya sehingga sekarang. Saya masih orang yang sama meskipun saya menukar nama saya,” jelas Ellis.


Comments
0 Comments