| Mera Naam Joker: Nicole Queen - Muslim Convert

Minggu, 18 Desember 2011

Nicole Queen - Muslim Convert





Nicole Queen, sebelum mengenali agama Islam adalah seorang wanita yang bekerja sebagai jurukamera kelab malam di Dallas, Texas. Kerana kerjayanya itu, dia mempunyai ramai kenalan dari beberapa pemilik kelab, pengunjung kelab, DJ, bartender dan semua yang berkaitan dengan dunia kelab malam.

Pada suatu malam, dia bertemu dengan seorang lelaki keturunan Arab di sebuah kelab. Mereka berkenalan dan saling bertukar nombor talifon. Ada sesuatu yang membuatkan Nicole kepeningan, lelaki arab ini tidak meminum arak seperti kebanyakan lelaki lain di kelab malam. lelaki itu hanya memesan  jus biasa, perkara kecil inilah yang membuat Nicole ingin mengetahui lebih jauh mengenai lelaki tersebut.

Kerana keserasian antara mereka, mereka memutuskan untuk mengadakan perhubungan yang lebih serius. Dengan dua budaya yang berbeza, tentunya sering terjadi pergaduhan. Walau bagaimanapun mereka saling mengalah disebabkan saling menyayangi antara satu sama lain. Nicole selalu perhatikan lelaki ini sangat dekat dengan agama nya iaitu Islam, dan seringkali berfikir tentang arti kehidupan.

Suatu ketika Nicole bertengkar dengan lelaki itu, “mengapa kamu kadang kadang menyakiti hatiku? Banyak orang yang mahukan diriku. Aku seorang yang popular”. Lalu lelaki tersebut membalas, “siapa orang-orang itu?, apa yang membuat kamu berbeza dari mereka?“. Kata-kata inilah yang membuat Nicole berfikir panjang tentang erti kehidupan, sehinggakan dia mengalami mimpi buruk mengenai masih ramai orang yang kelaparan di dunia ini sedangkan dia dapat menghabiskan $100 hanya untuk berhibur semalaman di sebuah kelab.

Melalui rakan yang berasal dari Bangladesh, dia mula mempelajari tentang Islam. Secara diam-diam Nicole belajar mendalami agama Islam tanpa dikatahui oleh teman lelakinya itu. Ini disebabkan Nicole tidak mahu teman lelakinya berfikir dia memeluk Islam kerana atas dasar cinta.

Akhirnya Nicole mengucapkan dua kalimah Shahadat di sebuah masjid tempatan di Dallas. Dia dikejutkan oleh kedatangan kekasihnya beserta ahli keluarganya. Beberapa bulan selepas itu, mereka berkahwin dan Nicole mengakui dia kehilangan beberapa kawannya, tetapi Nicole berkatar “ i really dont care about what they thinks about me anymore “.
Comments
0 Comments