| Mera Naam Joker: 10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jumat, 23 November 2012

10 Sifat Calon Suami Yang Baik


Kadang-kadang kita tersilap. Kita menilai seorang lelaki yang baik berdasarkan kerjayanya. Hakikatnya lelaki yang baik itu sebenarnya terletak pada agamanya. Ramai yang mengetahui perkara ini tetapi beranggapan lelaki beragama itu mestilah seorang ustaz, imam masjid, pelajar agama dan seumpamanya. Sebenarnya perkara ini juga tidak benar.  Ramai dikalangan ahli agama yang sering memukul isteri, bersifat kasar, tidak pandai melayan isteri dan sebagainya.  Jadi ini juga bukanlah ciri-ciri seorang lelaki yang baik sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah. Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Di bawah disenaraikan 10 sikap lelaki yang baik.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masakecemasan.
Semoga 10 sikap ini dapat diamalkan oleh kita semua wahai lelaki yang mencari redha Allah. Buat wanita solehah yang mencari pasangan yang soleh, cubalah anda perhatikan 10 sifat yang dinyatakan di atas pada setiap lelaki yang anda kenal. Jika ada sikap-sikap ini pada mereka. Cubalah untuk menjadi buat hati mereka. Walau bagaimanapun, tidak semestinya mahu ada kesemua sikap di atas, jika terdapat 5-6 sikap itu juga sudah memadai. Manusia boleh berubah. InsyaAllah sifat-sifat baik yang lain akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.
Wassalam…



Comments
0 Comments