| Mera Naam Joker: Satu Pengabungan Agama Untuk Semua Manusia

Jumat, 06 Mei 2011

Satu Pengabungan Agama Untuk Semua Manusia


 
Semua agama didunia – Judaism, Kristianiti, Islam, Hinduism, Buddhism, dan lain lain –
telah terlalu dikorupkan melalui innovasi innovasi, tradisi dan pemujaan terhadap para nabi dan
para walli.
 
Rancangan Allah yang telah ditulis didalam Old Testament (Malachi 3:1), The New Tetament
(Luke 17:22, & Mattew 24:27), dan Kitab terakhir (Quran – 3:81), telah menghantar Rasul
Allah yang Dijanjikan setelah kesemua kitab kitab telah disampaikan kepada manusia. Fungsi
utama bagi Rasul Allah yang Dijanjikan adalah untuk menyucikan kitab kitab Allah dan untuk
menyatukan semua manusia kepada satu universal mesej dari yang Maha Pencipta dan
Mengekalkannya untuk dunia.
 
Ramalan bagi kitab utama ini telah disahkan. Rasul Allah yang Dijanjikan telah pun tiba,
dan telah disokong oleh bukti nyata yang amat mengkagumkan (lihat Appendik Dua).
Proses Penyucian dan Penyatuan telah pun bermula. Perancangan Allah telah disokong oleh
kekuatan gaib. Dimensi yang terbesar bagi perancangan yang suci ini, adalah demi untuk
menunjulkan agama agama yang palsu, dan untuk membebaskan dari anti kebebasan yang telah
menguasai manusia berkurun kurun lamanya seolah olah menjadi penghalang saperti Berlin Wall,
tabir besi dan juga tabir bamboo.
 
Demikian itulah, hanya satu agama saja yang diterima oleh Allah – Penyerahan Diri
Hanya Kepada Allah Sahaja (Islam). Sesiapa saja yang mengabdikan diri diri mereka kepada
Allah Sahaja, biarpun mereka itu Yahudi, Kristian, Buddhist, Hindu ataupun Muslim, sesungguhnya, mereka itulah orang orang yang telah menyerahkan diri diri mereka kepada Allah Sahaja (Islam).   
 
Agama yang diterima oleh Allah adalah Penyerahan diri dengan sepenuhnya kepada Allah
Sahaja (Islam).  [3:19]
 
Sesiapa yang mencari agama yang lain selain dari Penyerahan diri kepada Allah Sahaja (Islam),
Tidak akan diterima darinya, diAkhirat kelak dia akan menjadi orang orang yang rugi.  [3:85]
 
 
 
(Rashad Khalifa November, 1989).
 
 
Nabi sepertiku akan dilantik oleh Allah, Tuhan kamu untuk kamu dari kalangan orang orang
kamu, kepadanyalah kamu mesti mendengarkan. (Moses di – Deuteronomu 18:15)
 
Aku akan melantik untuk mereka seorang nabi sepertimu dari kalangan orang orang mereka,
dan akan meletakkan perkataan perkataanKu kedalam mulutnya;  dia akan memberitahu mereka
segala apa yang Aku perintahkannya. Jika sebarang manusia tidak akan mendengarkan perkataan
perkataanKu yang dikatakan olehnya dari namaKu, Aku Sendiri akan membuatnya dipertanggung
jawabkan.  (Deuteronomy 18:18-19).
 
Aku akan memintakan kepada Bapa, dan Dia akan memberikan kamu Roh Suci yang lain –
untuk sentiasa berada dengan kamu: ROH YANG BENAR.      (Isa didalam John 14:16-17).
 
 Apabila ROH YANG BENAR datang kepada kamu, dia akan membimbing kamu kepada
semua kebenaran, dan akan mengumumkan kepada kamu sesuatu yang akan mendatang.
(Isa didalam John 16:13)
 
 
Rasul Allah Yang Dijanjikan
 
Lo, Aku menghantar rasulKu untuk bersedia kejalanKu; tiba tiba akan datang dikuil Tuhan
yang kamu cari, dan rasul yang dijanjikan yang kamu semua inginkan. Ya, dia sedang datang,
berkata Tuhan bagi tuan rumah. Tetapi siapakah yang akan dapat menahan hari kedatangannya?
Dan siapa yang boleh menentang akan kemunculannya? Kerana dia adalah seperti penapis api….
Dia akan menyucikan…….   (Malachi 3:1-3)
 
 
 
39:45 Apabila Allah Sahaja disebutkan, hati hati orang orang yang tidak percayakan Akhirat
   merasa kecut dengan kebencian. Tetapi apabila saja yang lain disebutkan disampingNya,
   mereka merasa puas hati.*   [Quran – 39:45]
 
 
 
 
 
 
Pada 27th malam Ramadan, 13 B.H. (Sebelum Hijrah) (610 A.D.), nabi Muhammad
(Roh – manusia sebenar – bukanlah tubuhnya) telah dihadapkan ketempat penghujung
yang tertentu dan tertinggi, berjuta juta tahun suria dari planet Bumi, dan Quran ini
telah diletakkan didalam hatinya (2:185, 17:1, 44:3, 53:1-18, 97:1).
 
Kemudian, Quran ini telah dipindahkan kedalam ingatannya, dengan diberi penghafazannya
oleh Jibril, selama 23 tahun, 610 hingga 632 A. D. (17:106). Pada masa diturunkan,
Muhammad menulis dengan tangannya sendiri dengan penuh prihatin (Appendik 28).
Apa yang Muhammad tinggalkan adalah Quran yang telah disempurnakan oleh beliau,
Ditulis mengikuti kronologi revelasi yang berurutan, dengan penjelasan yang penuh
bagi meletakkan revelasi revelasi kedalam berurutan sebagaiman yang telah didekrikan
oleh Allah.
 
Dimasa proses penyusunan semula, jurutulis yang memuja Nabi telah menambahkan dua
ayat diakhir Surah 9, surah terakhir yang diturunkan diMedinah. Kekufuran ini telah
menyebabkan peperangan selama 50 tahun diantara Ali Ibn Abi Taaleb dan penyokongnya
dan penentangnya. Peperangan ini berakhir apabila Hussein ibn Ali dan keluarganya telah
mati shahid diKarbala.
 
Umayaad pemimpin Marwan Ibn Al-Hakam (mangkat pada 684 AD) yang telah
memusnahkan Quran Asli yang telah ditulis oleh tangan Muhamaad sendiri, kerana
“takut akan timbulnya perselisihan yang baru.”
 
Rasul Allah yang Dijanjikan telah mengutarakan bukti yang amat mengkagumkan yang
9:128-129 tidaklah dari Quran (Appendik 24). Dengan terkeluarnya dua ayat ayat palsu
ini,  akhirnya Quran telah disempurnakan. Generasi kita adalah generasi pertama yang
menerima Quran yang suci, dan cukup sempurna (lihat Appendik 1 dan 28).  

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 
Ini adalah mesej Allah yang terakhir kepada manusia. Kesemua para nabi Allah telah datang
kedunia ini, dan semua kitab kitab telah disampaikan. Masanya telah tiba untuk menyucikan,
mengumumkan dan menyatukan kesemua mesej mesej yang diturunkan oleh Allah kepada
para nabiNya untuk dijadikan kepada satu mesej, dan mengumumkan sesungguhnya hanya
satu agama saja yang diterima oleh Allah, “Penyerahan diri kepada Allah Sahaja” (Islam)
 (3:19, 85).“Penyerahan diri kepada Allah Sahaja” (Islam) agama sebenarnya yang dapat
meyakinkan kita bahwasanya Allah SAHAJA yang mempunyai segala kekuasaan;
tidak ada entiti yang mempunyai sebarang kuasa sebebas Allah. Kesedaran sedemikian
yang biasanya menyentuh kehidupan kita adalah demi untuk mengabdikan diri kita sebenar
benarnya kepada Allah SAHAJA. Ini adalah perintah yang pertama didalam semua kitab
kitab, termasuk Old Testament, The New Testament, dan Kitab Terakhir (Quran).
 
 
Dengarkan, Wahai bani Israil! Tuhan kita adalah Tuhan yang Satu!
Dari itu kamu mestilah memuja Allah, Tuhan kamu
dengan sepenuh hati kamu,
dengan sepenuh jiwa kamu,
dengan sepenuh minda kamu,
dan dengan sepenuh kekuatan kamu.      [Deuteronomy 6:4-5, Luke 12:29-30, Quran 3:181
 
Marilah kita bertaffakur kepada Tuhan, kegemilangan sifat sifatNya
yang adanya asas bagi sekelian dialam semesta ini sebagai Penciptanya,
yang layak disembah yang Maha Wujud, yang Maha Berkuasa, yang Maha Mengetahui
dan yang wujud dengan sendirinya dan yang sedar,
yang menghilangkan semua kejahilan dan ketidak sucian dari minda
dan menyucikan dan menajamkan kecerdasan kita.          [Gayatri Mantra, Yajur Veda] 
 
Sementara setiap agama telah dikorupkan dengan innovasi innovasi, tradisi dan doktrin yang
palsu, mungkin ada juga orang orang yang “Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah” disetiap
agama. Mereka itu mungkin orang orang (yang menyerahkan diri kepada Allah sepenuhnya),
dari kalangan Kristian, Yahudi, Muslim, Hindu, Buddist, ataupun lainnya, yang telah diberikan
penekanannya pada thema dimuka depan buku ini. Semua manusia yang menyerahkan diri
kepada Allah SAHAJA, yang tidak mengada adakan pujaan pujaan disamping Allah, maka
Allah menebus dosa dosa mereka dan akan berkekalan disampingNya (2:62). Kriteria bagi
orang orang yang menyerahkan diri mereka kepada Allah SAHAJA adalah mereka itu tidak
akan menentang apa yang ada didalam Quran.  
 
Merujuk kepada Testament ini, mesej Allah kepada dunia dimasa ini telah pun sempurna.
kita sekarang telah menerima jawaban yang lama telah kita tunggu tunggukan bagi soalan
soalan yang sangat penting -  siapakah kita, tujuan kehidupan kita, bagaimanakah dapat kita
datang kedunia ini, dimanakah akan kita pergi dari sini, agama mana satukah yang benar,
adakah ianya evolusi ataupun ciptaan, dll.
 
Ada yang befikir, “Kenapa Allah menunggu sehingga sa’at ini untuk menyatukan mesejNya?
Bagaimana pula manusia yang mulanya dari Adam tidak menerima kitab yang sempurna?”
Patut diingatkan yang Quran telah pun menjawab soalan ini 20:52, dimana ini tidak sampai
kepada 7,000,000,000. Dari sekarang hinggakan akhirnya dunia,2280 AD. (Appendik 25)
ianya telah dijangkakan total bilangan penduduk akan berlebihan kepada 75,000,000,000.
Lantas, bilangan majoriti manusia akan ditakdirkan menerima mesej yang suci ini dan
yang telah disatukan oleh Allah (lihat gambar rajah)
 
 
 
 
 
Bilangan penduduk dunia dari sekarang (1990) hingga akhirnya dunia (2280)
                    [Bahagian hitam menunjukkan bilangan penduduk semenjak Adam]
 
Sebelum Genesis
 
Ia semuanya berlaku berbilion tahun dahulu apabila sekumpulan makhluk Allah yang berpangkat
tinggi Syaitan, telah menimbulkan keangkuhan idea yang dianya dapat menguasai dominion ini
dengan bebasnya disamping Allah. Dakwaan ini adalah untuk mencabar kekuasaan Allah bukan
saja satu kekufuran, bahkan ianya juga adalah rancangan yang amat jahat. Syaitan sangatlah jahil
tentang fakta yang sebenarnya bahwa Allah Sahaja yang mempunyai keupayahan untuk menjadi
tuhan, dengan mempercayai yang dia boleh menguasai dominion ini sebagai tuhan, mempunyai
kefahaman yang dia mampu untuk mengawalnya dari penyakit, penderitaan, peperangan,
kemalangan dan huru hara. Golongan majoriti dari makhluk Allah tidak setuju dengan Syaitan.
Namun golongan minoriti dari kalangan egotis yang bersetuju dengannya adalah dari beberapa
peringkat yang menjadikan mereka berbilion. Lantas, persengketaan yang nyata berlaku
diMasharakat Atasan (38:69). Penentangan yang tidak dapat dijustifikasikan telah mencabar
autoriti Allah yang sebenar, kemudiannya diselesaikan dengan cara yang terbaik. Setelah
memberikan para penentang itu peluang yang cukup untuk meninggalkan jenayah mereka dan menyerahkan diri diri mereka kepadaNya, Allah bercadang untuk menghantarkan para penentang
yang ingkar itu kekapal space ini yang dinamakan Bumi, untuk memberikan mereka peluang
sekali lagi supaya dapat mereka menebuskan dosa dosa mereka. 
 
Jika kamu mendakwa yang kamu boleh menerbangkan kapal terbang, cara yang terbaik untuk
menduga kebolehan kamu adalah dengan memberikan sebuah kapal terbang supaya kamu
menerbangkannya. Inilah sebenarnya apa yang Allah bercadang untuk merespons kepada
dakwaan Syaitan yang dia boleh menjadi tuhan; Allah telah melantiknya sebagai tuhan sementara
diatas setitik Bumi ini (2:30, 36:60). Bagi sesiapa yang bersetuju dengan Syaitan, mereka telah
diberikan peluang sekali lagi supaya membunuh ego mereka dan menyerahkan diri diri mereka
kepada autoriti Allah yang sebenarnya. Sementara golongan majoriti dari manusia mengambil
kesempatan akan peluang ini, yang menakjubkan adalah sebahagian kecil dari makhluk yang
berjumlah lebih kurang 150 bilion telah gagal untuk mengambil kesempatan berkenaan
tawaran ini (33:72).
 
   Bahagian putih menunjukkan golongan majoriti yang tidak setuju dengan Syaitan    
 
Bahagian kelabu menunjukkan golongan majoriti yang menyerah kepada Allah
 
Persengketaan diMasharakat Atasan telah menjadikan klasifikasi bagi makhluk Allah kepada
katigori yang berlainan:
 
(1)   Para Malaikat
 
Makluk yang tidak pernah menyoal kekuasan Allah telah diklasifikasikan sebagai para
malaikat; mereka tahu Allah Sahaja yang mempunyai kuasa dan qualiti untuk menjadi
tuhan. Golongan majoriti dari makhluk Allah -  tidak terkira bilangannya – didalam
kategori ini. Bilangan bagi para malaikat tidak terhingga banyaknya, sedangkan malaikat
itu sendiri tidak tahu berapa banyakkah bilangan mereka; hanya Allah sahaja yang tahu
bilangan mereka (74:31).
   
(2)   Binatang Binatang
 
Walaupun para malaikat mencadangkan yang para penentang dan ketua ketua mereka sepatut
-nya dikeluarkan dari kerajaan Allah (2:30), dengan kehendak yang Maha Penyayang untuk
memberikan para penentang itu peluang supaya meninggalkan jenayah mereka, bertaubat dan
menyerah kepada autoritiNya dengan sepenuhnya (33:72). Sebagaimana yang ditunjukkan
digambar rajah diatas, golongan majoriti yang besar para penentang telah mengambil kesempatan
dari tawaran belas dari Allah untuk berada semula dikerajaan Allah. Mereka bersetuju untuk
membunuh ego mereka, datang kedunia ini untuk melakukan amalan suci dengan menyerahkan
diri diri mereka sepenuhnya kepada Allah, makhluk ini telah diterima kembali kedalam kerajaan
Allah yang berkekalan (6:38). Kuda, anjing, pokok, matahari, bulan, bintang bintang, begitu juga
dengan anak anak yang cacat adalah diantara makhluk makhluk yang mempunyai kecerdasan
yang telah meninggalkan jenayah mereka dan bertaubat:
 
18.     Tidakkah kamu sedar kepada Allah sahajalah sujud setiap satu yang disekelian cekrawala dan
bumi, matahari dan bulan, bintang bintang, gunung gunung, pokok pokok, binatang binatang
dan kebanyakan manusia? Banyak lagi dari kalangan manusia yang akan dikomitkan kepada
kebinasaan. Sesiapa saja yang telah diaibkan oleh Allah, tidak ada sesiapa pun dapat
       memuliakannya. Kesemuanya itu menurut kehendak Allah. [22:18].
 
6.        Bintang bintang dan pokok pokok tunduk sujud. [55:6].
 
Kuda tidak mempunyai ego. Tuan kuda itu boleh jadi kaya ataupun miskin, tinggi ataupun
pendek, gemuk ataupun kurus, muda ataupun tua, dan kuda akan sentiasa mengabdikan
dirinya kepada tuannya. Anjing juga tidak mempunyai ego; ianya akan menggoyangkan
ekornya kepada tuannya biarpun tuannya itu kaya ataupun miskin. Matahari menyinar setiap
hari pada waktu yang tepat sebagaimana yang telah diaturkan oleh Allah. Bulan berjalan
selaras melalui orbitnya dengan mengililingi bumi, tidak sedikitpun keingkaran. Tubuh manusia - 
pakaian sementara – adalah kepunyaan Bumi; yang sedemikian itu telah menyerahkan dirinya
kepada Allah. Hati, peparu, ginjal ginjal dan organ organ yang lain, menjalankan tugas mereka,
berfungsi dengan tidak dikuasai oleh kita.
 
(3)   Manusia
 
Penentang yang paling jahat – manusia dan para jin – enggan meninggalkan jenayah mereka,
dan memilih untuk bersaksikan dakwaan Syaitan. Makhluk yang bersifat egoistik ini telah
gagal untuk menyerahkan diri diri mereka dengan sepenuhnya kepada autoriti Allah, walaupun
telah diberikan peluang untuk menerimanya -  telah menjadi manusia yang diklasifikasikan.
Walaupun mereka itu mencurigai dakwaan Syaitan, tetapi mereka telah gagal untuk membuat
keputusan yang tegas berkenaan autoriti Allah yang sebenarnya. Ini adalah kerana ego mereka
yang telah menahan mereka dari mensyukuri kekuasaan Allah yang telah ditawarkan kepada
mereka (33:72), dan juga ego yang berdiri diantara kita itulah yang menghalang kita dari
menempatkan diri diri kita kedalam kerajaan Allah (25:43). Inilah sebabnya kenapa “Bunuhlah
ego kamu” adalah satu dari perintah yang utama didalam Quran (2:54).
 
  
(4) Para Jin
 
Separuh dari makhluk yang bersalah, adalah mereka yang bersandar kepada pendapat Syaitan
dan yang menunjukkan ego yang terbesar, telah diklasifikasikan sebagai para jin. Adalah
rancangan Allah untuk memberikan seorang jin sebagai teman kepada setiap kelahiran manusia
hinggalah sampai kepada kematian mereka. Teman jin mereka merupakan syaitan yang sentiasa membisikkan pendapatnya (50:23, 27). Para jin dan manusia telah diberikan masa yang tidak
ternilai untuk mendidik mereka semula, meninggalkan egoistik mereka, dan menebuskan dosa
dosa mereka dengan menyerahkan diri diri mereka kepada autoriti Allah dengan sepenuhnya.
Apabila saja manusia dilahirkan, jin juga akan dilahirkan dan ditugaskan kepada manusia yang
baru lahir. Kami pelajari dari Quran yang jin adalah keturunan syaitan (7:27, 18:50). Apabila
jin telah dilahirkan, maka dianya akan ditugaskan untuk kekal bersama sama manusia sehinggalah
manusia itu mati. Barulah jin itu bebas, dan akan berterusan hidup hingga kebeberapa centeri.
Kedua dua manusia dan para jin telah perintahkan supaya menyembah Allah Sahaja (51:56). 
 

Allah Tidak Berkehendakkan Robot Robot

 
Persengketaan diMasharakat Atasan sebagaimana yang telah dinyatakan 38:69 dan yang telah
diberikan contohnya diatas bahwa makhluk Allah telah diberikan hak kebebasan untuk memilih;
mereka mempunyai minda minda mereka sendiri. Penentang bagi minoriti yang terkecil sekali
dari makhluk Allah telah diberikan kesempatan untuk menyaksikan bahwasanya fakta yang hebat
sekali ialah makhluk Allah yang mengabdikan diri diri mereka kepadaNya rela melakukannya
oleh kerana mereka itu sangat mensyukuri keindahanNya yang tidak terbatas. Dengan tidak
adanya penentang, kita tidak akan dapat mengetahui yang kebebasan adalah anugerah Allah
kepada makhlukNya.
 

Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang

 
Sedangkan dimensi keduniaan, sebarang syarikat mengharapkan pekerjanya menta’ati
dan menumpukan kesetian kepada syarikatnya. Jika pekerja itu tidak sungguh sungguh
mendedikasikan dirinya kepada syarikatnya, ataupun menunjukkan keta’atan yang berbelah
bagi, dia akan dibuangkan kerja dengan serta merta. Bila saja manusia dan para jin
menyebelahi Syaitan, dan mengingkari tawaran Allah untuk meninggalkan penentangan
mereka, para malaikat mengharapkan supaya Syaitan dan sekutu sekutunya diusir keluar
dari kerajaan Allah (2:30). Dari belas kasih Allah yang teramat sangat lalu Dia telah
memberikan kita peluang tambahan ini untuk meninggalkan jenayah yang kita telah
lakukan dan kembali kepadaNya untuk membersihkan diri diri kita segala dosa.
 
Untuk menjalani rancangan pengampunan ini Allah “menciptakan mati” (67:1-2). Rancangan
ini adalah untuk membawa para penentang kepada kewujudan yang lain, dimana mereka
tidak akan mengingati persengketaan atasan. Keadaan dikehidupan ini, manusia dan para
jin menerima kedua dua mesej dari Allah dan Syaitan, dan telah diberikan kebebasan untuk
memilih diantara keduanya. Dengan cadangan yang sedemikian, mereka bebas untuk
mengikuti kejalan Allah ataupun bersama sama Syaitan buat selama lamanya.
  

Penguasaan Syaitan Yang Sementara

 
Untuk menegaskan ucapan Syaitan yang telah memprojekkan kekuasaan yang tidak
bermakna itu, Allah telah menciptakan bilion galaksi, bilion trilion bintang bintang,
didalam cekrawala yang jangkau luasnya bilion tahun cahaya. Jika kita pengembara
menuju matahari (93.000,000 batu) dengan jarak kelajuan cahaya, kita akan sampai
selama lapan minit. Jika kita teruskan perjalanan, kita akan sampai dipinggir bimasakti
selepas 50-70,000 tahun pada kelajuan cahaya. Untuk sampai kegalaksi yang terdekat,
ianya mengambil masa 2,000,000 pada kelajuan cahaya. Lebih kurang 2,000,000,000
galaksi “dialam alam semesta kita.” Melalui teleskop yang paling kuat, bumi ini betul
betul tidak kelihatan dari penghujung galaksi kita, ianya dibiarkan sendiri dipenghujung
galaksi kita .Tetapi galaksi kita ini tidaklah cukup luas, maka Allah telah menciptakan
enam lagi, biarpun galaksi yang lebih besar mengililingi alam semesta kita (2:29, 67:3).
Kemudian Allah memberitahukan Syaitan setitik Bumi yang terkecil dan terdalam
sekali dialam semesta ini, telah diberikan kuasanya kepada (Syaitan). Allah bercadang
dengan meletakkan para jin dan manusia didalam alam semesta ini oleh kerana kesemua
makhluk tidak akan dapat tahan kewujudan Allah (7:143). Lantas, Syaitan menguasai
kerajaan yang sengkat ini jauh dari fizikal kewujudan Allah, tetapi ilmu PengetahuanNya
dan kekuasaanNya yang penuh itu, menyebabkan bumi ini tidak terhindar dari perhatianNya.
Perlu diingatkan bilangan besar dari para penentang tidak akan dapat menetap diplanet ini,
oleh kerana, kebanyakan dari makhluk binatang binatang yang melebihi manusia telah berada
diplanet ini. Bumi ini tidak dapat menampung semua para penentang yang telah bertaubat.
Oleh yang demikian tempat bagi bilangan yang tidak terkira ini – decilion makluk Allah telah
ditempatkan dispace luaran.
 
Adam dan Hawa
 
Tubuh bagi manusia yan pertama telah dibentukkan dibumi bagi para malaikat Allah,
dengan mengikuti arahan Allah (7:11). Lalu Allah meletakkan manusia pertama kedalam
tubuh itu – Adam. Apabila Allah memberitahukan para malaikat yang mereka akan
berkhidmat kepada manusia disepanjang masa masa percubaan – membimbing mereka,
menghantarkan angin angin, membahagikan hujan juga peruntukkan peruntukkan, dll –
Syaitan sahajalah yang enggan “jatuh sujud” (2:34, 15:31, 38:74). Pasangan Adam adalah
dari hasil perklonan. Dengan membentukannya sebagai feminin daripada Adam sendiri,
dan Allah meletakkan manusia kedua kedalam tubuhnya. Sementara tubuh tubuh yang
kosong (tidak bernyawa) bagi Adam dan Hawa ditempatkan dibumi ini, orang yang
sebenar tinggal diSyurga. Adam dan Hawa tinggal diSyurga sepanjang masa selagi mereka
mendukung perintah Allah. Apabila saja mereka menurut perintah Syaitan, mereka telah
menunjukkan kelemahan manusia yang ada pada diri kita semua, dan dengan serta merta
mereka dibawah kekuasaan Syaitan yang berada dibumi ini – “tubuh tubuh mereka telah
dilihatkan kepada mereka berdua” (7:20, 20:121). Seterusnya adalah sejarah.
 

Syaitan: Bapa Bagi Segala Jin

 
Para jin dan manusia dijadikan percubaan untuk menentukan yang Syaitan mesti membiak.
Apabila manusia dilahirkan. Sebagaimana yang telah disebutkan diatas, bila saja manusia
dilahirkan jin pun akan dilahirkan juga untuk menjadi teman rapat kepada manusia itu sendiri.
Setiap manusia telah dikuasai kepada pujukan yang berterusan dari wakil syaitan yang tinggal
didalam tubuh yang sama dari lahir hingga kemati. Wakitl syaitan cuba meletakkan pendapat
-nya bahwa Tuhan sahaja tidak mencukupi. DiHari Pengadilan kelak wakil Syaitan akan
menjadi saksi terhadap manusia yang didudukinya (43”38:, 50:23,27). Banyak juga wakil
 
wakil jin yang bersama dengan teman manusianya telah menerima petunjuk Allah melalui
teman mereka.
 
Allah tidak pernah meninggalkan manusia tanpa persediaan. Untuk menolong manusia
dari peluang terakhir ini supaya meninggalkan kekufuran mereka, setiap manusia telah
dilahirkan dengan naluri menyembah Allah SAHAJA., tidak lain, bahkan hanya Dia
sahaja Tuhan dan Tuan (7:172-173). Para jin tidak diberikan ilmu serupa ini, tetapi
mereka telah diberikan umur yang panjang dan kebolehan yang besar untuk mempelajari
tanda tanda Allah melalui alam semesta yang terdalam ini. Semenjak mereka mewakili
pendapat Syaitan, naluri mereka kuat sekali bersandar kepada menyebelahi politeisme,
melebihi naluri kita yang hanya menyembah Allah Sahaja, Allah telah menghantarkan
para rasul untuk menebus dosa dosa kita. Memandangkan unsur unsur yang bertentangan
ini, kita tentu sekali merasa bersyukur bahwa fakta yang sebenarnya kesalahan yang tidak
terampun (jika diamalkan sehingga mati) adalah pemujaan: mempercayai sesiapa saja
disamping Allah yang mempunyai sebarang kuasa.
 

Empat Puluh Tahun Masa Yang Matang

 
Manusia telah diberikan empat puluh tahun untuk menuntut ilmu, renungkan, dan periksa
semua pendapat sebelum mengambil keputusan yang amat penting ini – untuk mendukung
pandangan Syaitan, ataupun autoriti Allah yang sepenuhnya. Sesiapa yang mati sebelum
empat puluh tahun telah mendapat pengampunan dari Allah dan ditempatkan diSyurga
dengan sebab sesuatu keadaan hanya diketahui oleh Allah sahaja (46:15, Appendik 32).
Kadang kala Belas Kasih Allah yang amat sangat ini membuatkan walau orang orang yang
percaya dengan Quran sekalipun menghadapi kesukaran untuk menerima keputusan
yang sedemikian.
 
Rasul Allah telah membawa berita berita yang baik tentang anugerah Allah bagi peluang
untuk menebus diri kita, dan ianya telah disokong oleh tanda tanda yang nyata. Apabila Musa
bertemu Fir’aun dia telah diberikan tongkat yang bertukar menjadi ular sebagai mukjizat. Isa
mencipta burung hidup dari tanah liat dengan izin Allah, pulihkan penyakit lipesi dan buta
dengan izinNya, dan menghidupkan orang yang sudah mati dengan izinnya. Nabi Muhammad,
rasul Allah yang menerima Kitab yang Terakhir (Quran), tidak menunjukkan sebarang mukjizat
(10:20). Quran sendiri adalah mukjizat untuk menyokong misi Muhammad (29:50-51). Adalah
hikmah (kebijaksanaan) yang mulia kerana memisahkan Mukjizat Quran dari Muhammad
selama 14 centeri. Sekarang barulah kita faham betapa pentingnya dimensi bagi mukjizat
matematika yang didalam Quran (Appendik 1), kami menyedari berjuta juta manusia akan
memuja Muhammad sebagai Tuhan jelmaan sekiranya Mukjizat ini diberikan kepadanya. 
 
Bukti Ketulenan:

Fizikal, Ketara, Yang Tidak Boleh Dinafikan

 
Dengan bangkitnya zaman komputer, kami telah menemui Quran kod matematika
sebagai “Satu dari mukjizat yang besar” sebagaimana yang telah dinyatakan diayat
74:30-35. Sementara mukjizat yang diberikan kepada para rasul terdahulu adalah
terbatas mengikut masa dan tempat, tetapi mukjizat Quran ini adalah untuk selama
lamanya. Hanya segelintir manusia saja yang menyaksikan mukjizat dari Musa dan
Isa, tetapi mukjizat Quran dapat disaksikan oleh semua manusia disebarang waktu.
Tambahan pula, mukjizat Quran ini didokumentasikan dan dapat membuktikan
kesemua mukjizat mukjizat yang telah lalu (5:48).
 
Penjelasan diAppendik 1, menunjukkan bahwa mukjizat bagi matematika Quran ini adalah
berasaskan dari nombor “19.” Untuk berkongsi bersama pembaca tentang mukjizat yang
mengkagumkan ini, perkataan “Allah” telah dituliskan sepanjang buku tek English dalam
huruf tebal dan nombor nombor kumulatifnya yang tepat telah dipaparkan pada bahagian kiri
dibawah setiap halaman buku ini.Total yang tepat bagi kegenapan perkataan yang penting
ini telah ditunjukkan dimuka surat yang terakhir berjumlah 2698. Total ini boleh dibahagikan
dengan 19. Begitu juga jika kita letakkan setiap ayat dimana perkataan “Allah” ditulistkan,
totalnya menjadi118123, juga boleh dibahagikan dengan 19 (19 x 6217). Jumlah kumulatif
bagi nombor nombor ayat dimana perkataan “Allah” dituliskan telah ditunjukkan disebelah
bawah kanan setiap muka surat. Fakta fizikal yang mudah ini adalah senang dikenali
oleh pembaca, dan cukup untuk membuktikan kebijaksanaan semula jadi manusia
bagi komposisi matematika Quran.
 
Total perkataan “Allah yang dikira                                 Total perkiraan bagi nombor nombor
(tercatet dibawah kiri setiap muka surat)                         ayat (tercatet dibawah hujung kanan)     
                2698 (19 x 142).                                                                 118123 (19 x 6217).
 
 
Bukti Ketulenan Mesti Di-Kaji Semula Oleh Pembaca
 
Penambahan untuk komposisi matematika Quran yang luar biasa ini, kita telah dapati fakta yang
besar bagi bukti ataupun teori berkenaan modern sains didalam Quran.
Disini ada beberapa contoh bagi sains yang terkemuka untuk maklumat seterusnya:
1.        Bumi adalah berbentuk telor (39:5, 79:30).
2.        Bumi tidak tetap; ianya sentiasa bergerak (27:88).
3.        Matahari adalah sumber cahaya, sementara bulan memantulkan cahayanya (10:5, 25:61, 71:16).
4.        Bahagian besar oksigen menghilang apabila kita memanjat menuju kelangit (6:125).
5.        “Teori Letupan Besar” telah disahkan (21:30).
6.        “Teori Keluasan bagi Alam Semesta telah disahkan (51:47).
7.        Alam Semesta telah dimulakan sebagai kepulan bergas (41:11).
8.        Evolusi adalah satu fakta;  telah diberi didalam spesies, evolusi adalah proses bimbingan
yang teratur (21:30, 24:45, 32:7-9, 18:37, 15:28-29, 7:11, 71:13-14, Appendik 31).
9.        Air mani lelaki menentukan gender bayi (53:45-46).
 

Kata Kata Yang Tidak Bermakna

 
Quran tidak mempunyai sebarang kekarutan. Ianya adalah sangat bermakna untuk menupaskan
kuasa kuasa kejahilan dan kekarutan dizamam revelasi Quran ini. Sebagai contoh, tuntutan yang
sangat dihormati diantara tradisi Muslim Ibn Kathir, Coretan yang sangat popular beberapa
centeri selepas Nabi, kita telah baca yang bumi ini dipikul oleh kerbau yang terbesar dengan
mempunyai 40,000 tanduk dikepalanya, yang berdiri diatas ikan paus yang terbesar
(tafsiran bagi ayat 68:1). Pada tahun 1975, locasi yang sama dimana Quran telah diturunkan,
presiden bagi
Islamic University of Medina, Saudi Arabia, Sheikh abdul Aziz Ben Baz, mengumumkan
yang bumi ini rata dan berdiri tetap:
 
Penterjemahan dari buku Ben Baz , halaman 23: “Jika bumi ini bertukar sebagaimana yang
mereka mendakwakan, negeri negeri, gunung gunung, pokok pokok, sungai sungai, dan
samudera, samudera tidak akan mempunyai bawahan dan manusia akan melihat negeri negeri
timur bertukar kebarat dan negeri negeri barat bertukar ketimur.”
 
 
Kebahagiaan Yang Sempurna:
Sekarang dan Selama Lamanya.
 
Salah satu objektif yang sukar bagi setiap manusia adalah “Kebahagiaan.” Quran telah
menerangkan rahsia untuk mendapatkan kebahagiaan yang sempurna dikehidupan ini
dan diAkhirat. Kita telah pelajari didalam Quran bahwa kebahagiaan adalah  kualiti
eksklusif bagi jiwa kita. Lantas tubuh yang berjaya mendapatkan semua kebendaan yang
diinginkan – wang, kuasa, kemasyhuran dll. – selalunya dipunyai oleh orang yang tidak
menikmati kebahagiaan. Kebahagian terletak sepenuhnya dijiwa, orang orang yang benar.
Quran memberikan penjelasan aturan untuk menuju kepada kebahagiaan yang sempurna
bagi keduanya tubuh dan jiwa, keduanya didunia ini dan diAkhirat (Appendik 15).
 
Didalam kebanyakan ayat ayat melalui kitab yang terbukti ini (Quran) Allah sendiri
memberi jaminan kepada orang orang yang percaya, sekarang dan selama lamanya:
 
 
25.     Tentu sekali, pihak yang berikatan dengan Allah tidak ada apa yang mesti ditakutkan, dan
tidak juga mereka mesti bersedih.
 
26.     Mereka adalah orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar.
 
27.     Untuk mereka, kegembiraan dan kebahagiaan didunia ini, dan juga diAkhirat. Inilah perintah
Allah yang tidak pernah berubah. Demikian itulah kemenangan yang terbesar. [10:62-64]
 

Semua Yang Percaya

Membentuk Satu Agama Yang Dapat Di-Terima
 
Diharapkan dari mesej akhir dari Pencipta, satu dari thema yang terpenting adalah Quran
yang menyeru semua orang orang yang percaya bersatu, dan dilarang dari membeza bezakan
para rasul Allah. Jika objek bagi penyembahan adalah sama, tentu sekali kedapatan penyatuan
diantara orang orang yang percaya. Adalah fakta manusia yang merosakkan keimanan mereka
dengan mengabdikan diri diri mereka kepada manusia yang tidak mempunyai kuasa seperti
Isa, Muhammad dan para walli, lantas menyebabkan pembahagian kepada sekta sekta, lalu
dengan pembahagian ini timbullah rasa benci dan peperangan diantara orang orang percaya
yang tidak mendapat bimbingan. Orang orang percaya yang mendapatkan petunjuk hanya
menyembah Allah Sahaja, akan merasa gembira apabila melihat lainnya menyembah Allah
Sahaja, biar apa pun nama nama yang diberikan terhadap mereka.
 
62.    Sesungguhnya,orang orang yang percaya, sesiapa dari kalangan Yahudi, Nasrani dan Sabiin
       (mu’alaf), sesiapa yang,
1)       percaya kepada Allah,
2)       pada Hari Akhirat,
3)       mengerjakan kebaikan semasa hidupnya didunia ini akan menerima ganjaran dari TuhanNya.
       Mereka tidak perlulah merasa takut, ataupun merasa sedih.
 
 

Rasul Allah Yang Di-Janjikan

 
Sebagai penjelasan diAppendik 2, penerbitan bagi buku ini menandakan kedatangan
Era baru -  era dimana mesej mesej Allah, yang disampaikan oleh semua para nabiNya
telah disatukan menjad satu agama dari Allah, “Penyerahan diri kepada Allah Sahaja”
akan menguasai kesemua agama (9:33, 48:28, dan 61:9). Hari ini semua agama yang telah
dikorupkan: Judaism, Kristiniti, Hinduism, Buddhism, dan Islam, tentunya tidak akan
berkesan lagi dan “Islam – Penyerahan diri kepada Allah Sahaja” akan mengatasi
kesemuanya ini. Ini bukanlah hanya angan angan manusia ataupun cara penerimaan manusia;
Tetapi ini adalah undang undang Allah yang tidak boleh dicabul (3:19, 9:33, 41:53, 48:28,
61:9, 110:1).
 
 
Rashad Khalifa
Tucson
Ramadan 26, 1409*
 
*Draf yang terakhir ini telah dicetakkan dengan sempurna pada Malam Destini 1409.
Jika kita campurkan hari, bulan dan tahun dan tahun bagi haribulan ini, kita akan mendapat
1444, ataupun 19 x 19 x 4. [Ramadah 26, 1409: 9 + 26 + 1409 = 1444.]
                                    

  
Comments
1 Comments