| Mera Naam Joker: Sejarah Nasyid

Jumat, 04 Januari 2013

Sejarah Nasyid


KEDATANGAN Agama Islam ke Nusantara membawa bersama Seni dan Kebudayaan Arab yang
menarik hati masyarakat Islam khususnya pada keindahan lagu-lagu Arab yang didengar dan
diterima melalui bacaan Al-Quran dan alunan lagu Qasidah Tawasyih, Ibtihal  dan nasyid serta
selawat dari nuzum syair marhaban dalam memuji dan mengucapkan selawat kepada Nabi
Muhammad s.a.w.
Lagu Arab tersebut dibawa secara langsung oleh pendakwah Arab yang datang ke Nusantara
untuk mengembangkan Islam . Masyarakat Islam di Tanah Melayu telah menjadikan nasyid
Tawasyih , Qasidah Majrur  dan bacaan Rawi berzanji dan Marhaban sebagai satu kesenian
dalam setiap Majlis Perkahwinan, Majlis Khatam al-Quran, Majlis Berkhatan , Majlis Menyambut
Kelahiran Bayi dan Majlis Menyambut Maulidur Rasul S.A.W.
 SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI INDONESIA.
Di Indonesia Qasidah Rebana telah mula berkembang di sekitar Pulau Jawa khususnya di Jakarta
dan sekitarnya selepas tumbangnnya Parti Komunis Indonesia sekitar tahun 1966/1967,
dikatakan hampir seluruh lingkungan
wilayah dan kampung mempunyai kumpulan
Qasidah Rebana. Pada kebiasaanya Qasidah
Rebana hanya diiringi dengan alat rebana
dan tamborin.
Pada awal tahun 1970-an Qasidah Gambus
mula berkembang seiring dengan Qasidah
Rebana. Qasidah Gambus diiringi dengan
alat muzik yang biasanya terdiri dari
Gambus, Biola, Seruling, Gendang, Tabla
dan sebagainya dan biasanya mereka
membawakan lagu-lagu dakwah atau lagu
yang bertemakan keagamaan, dengan melodi dan irama ala Timur Tengah. Pada masa yang
sama juga wujud Orkes Gambus yang biasanya membawakan lagu-lagu asli Timur Tengah. 
Diantara Orkes Gambus yang amat terkenal pada awal tahun 70- an ialah Orkes Gambus
El-Surayya di bawah pimpinan Almarhum Prof Ahmad Baqi yang terus mengembangkan sayap
seni nasyid di sekitar Indonesia. Allahyarham Prof Ahmad Baqi yang dilahirkan pada tahun 1920
adalah tokoh terkenal yang membangunkan seni nasyid bukan sahaja di Indonesia tetapi di
Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. 
Orkes Gambus El-Suraya yang amat terkenal dengan lagu Selimut Putih yang telah dinyayikan
oleh Ibu Atikah Rahman  terus mendapat tempat hingga ke hari ini kerana liriknya yang amat

menyentuh hati dan mampu menitiskan airmata bagi yang mengamatinya.
Sekitar tahun 70-an juga wujudnya kumpulan Qasidah Pop, namun ia hanya diminati oleh
golongan elit. Sementara pada pertengahan tahun 80-an perkembangan Qasidah Indonesia
turut
menyaksikan Qasidah Dangdut yang telah diperkenalkan oleh kumpulan Nasidaria dari Samarang
dan pada tahun 1990 Qasidah Rebana Plus turut menyajikan lagu-lagu nasyid dengan diiringi
alat
muzik seperti gitar, piano dan sebagainya disamping wujud juga Qasidah Salawatan iaitu lagu
yang berintikan selawat yang diiringi dengan instrumen muzik yang lembut seperti nasyid
yang dipopularkan oleh Hadad Alawi dan Sulis.
Muzik dan Irama nasyid terus berkembang di Indonesia dengan wujudnya Festivel Nasyid
Indonesia (FNI), Festivel Nasyid Nusantara (FNN) dan gerakkan kebangkitan nasyid Indonesia
yang digiatkan oleh Fatahillah Manajemen Indonesia(FMI)
  SEJARAH  NASYID DI MALAYSIA.
Malaysia turut menerima perkembangan nasyid secara serius pada sekitar tahun 70-80 an.
Sehingga berjaya melahirkan kumpulan nasyid yang merakamkan album seperti kumpulan nasyid

Al-Jawaher yang terkenal dengan nasyid seperti Assalamuaikum, Kembara di Tanah Gersang
, Mohon Pada-Nya dan sujud pada-Nya. Selain itu terdapat juga artis-artis yang merakamkan
lagu nasyid secara solo seperti Ahmadi Hassan.
Negeri Sabah turut melalui perkembangan
yang sama, di mana penghijrahan
pendakwah dari Medan Indonesia yang
berkhidmat dengan Majlis Agama Islam
Sabah iaitu Tuan Haji Umar Sidik telah
menubuhkan kumpulan nasyid Gelora
Dakwah pada tahun 1975 dan murid
Allahyarham Prof Ahmad Baqi iaitu Tuan
Haji Jalidar bin Abd Rahim telah
menubuhkan kumpulan nasyid Noor
El-Kawakib pada tahun 1978 yang telah
berjaya merakamkan kaset dan piring
hitam. Diantara lagu yang dimuatkan dalam album pertama kumpulan ini ialah Kekalkan Islam
di bumi bertuah, Nabi Akhir zaman, Bersatu Baru Islam Sempurna dan sebagainya.  
Perkembangan nasyid turut diwarnai dengan penganjuran pelbagai pertandingan nasyid
sekitar tahun 1980-an, di mana RTM turut mengendalikan pertandingan Nasyid
Peringkat Kebangsaan. Sementara pada tahun 1991 Festivel Nasyid Kebangsaan
telah diurusetiakan oleh Bahagian Hal-Ehwal Islam (BHEAIS) Jabatan Perdana Menteri yang
kini di kenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM telah mengurusetiakan
Festivel ini (1991-2006) sebanyak 17 kali disamping menguruskan Festivel nasyid peringkat
MABIMS (ASEAN) yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1996. Kategori nasyid yang
dipertandingkan pada masa ini secara umumnya di bahagikan kepada kategori tradisi dan
moden.
Pada tahun 1997, kemunculan kumpulan nasyid kontemporari pertama di Malaysia iaitu
kumpulan Raihan merupakan perintis kepada era kegemilangan nasyid kontemporari di Malaysia
. Seiring itu, muncul pula kumpulan nasyid Rabbani, Hijjaz dan Saujana dengan bentuk hiburan
yang bermesejkan ketuhanan serta menerapkan nilai-nilai Islam yang murni bertujuan mendidi
k masyarakat. Hingga kini irama nasyid terus berkembang subur di Malaysia dengan kelahiran
ramai anak-anak muda yang terus memperjuangkan irama nasyid sebagai medium dakwah yang
turut diterima oleh masyarakat Brunei dan Singapura.

Nasyid (Arab: أناشيد) merupakan nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah, dan yang seumpamanya.Nasheed (Arabic: kata akar/tunggal نشيد , kata jamak أناشيد; juga disebut Nasyid di Malaysia dan Indonesia; manakala di Bosnia and Herzegovina: Ilahija) lagu kebudayaan Islam. Mengikut tradisinya, Nasyid dinyanyikan secara a cappella, yakni nyanyian mengikut cara ini hanya diiringi dengan daff. Lagak Muzik ini digunakan oleh kebanyakan Ilmuan Muslim kerana mereka menafsirkan bahawa ajaran Islam adalah melarang penggunaan Instrumen alatan muzik kecuali untuk sesetengah Alatan Muzik Asas (Percussion). Kebanyakan masyarakat pula mengagumi ketulenan dan kesederhanaan dalam muzik.
Generasi terbaharu dalam arena muzik "Nasheed" yakni dari kalangan artis menggunakan kepelbagaian instrumen muzikal dalam seni mereka. Hal ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi dikalangan komuniti Islam kerana kebanyakan dari pihak Ilmuan Islam berpendapat pilihan ini adalah suatu kewujudan(Bidaah) keatas Muzik Dalam Islam. Nasheed moden juga turut dilihat melangkaui kumpulan aliran utama muzik Nasheed seperti kumpulan Outlandish, Aman, dan artis nasheed solo seperti Dawud Wharnsby Ali, Sami Yusuf, Slave of Allah dan Idris Phillips, yang dikatakan mampu menarik hati dan pandangan banyak masyarakat Muslim serta, ia mampu menjadi pemimpn kepada persembahan artis di Festival Kebudayaan Islam, Konferensi, Konsert dan Pertunjukan (seperti ISNA, Celebrate Eid, Young Muslims). Artis-artis dan organisasi lain seperti Noor Media pula 100% tidak menggunakan instrumen muzik dlam penerbitan album Nasheednya.
Peningkatan penjualan bahan hiburan berdasarkan produk Nasheed adalah dilihat lebih didorong oleh para penerbit profesional yang dapat menghasilkan media hiburan Nasheed dalam bentuk klip video dan trek lagu. Sebagai contoh Madinah Tun-Nabi oleh Aashiq al-Rasul Al Mu'allim, Meditation, Hasbi Rabbi (semuanya oleh Sami Yusuf), Du'a oleh Seven 8 Six, Mercy like the Rain oleh SHAAM & Our World oleh Zain Bhikha.

Pada awalnya nasyid membawakan alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni.
Selalunya nasyid lebih gemar didendangkan dengan alat muzik tanpa tali, namun mengikut beberapa pendapat ulama fiqh perkara memainkan alunan nyanyian nasyid dengan alat muzik bertali seperti gitar dan piano adalah dibenarkan.

Comments
0 Comments