PANTANG LARANG DALAM MASYARAKAT MELAYU SEKARANG
-Sekarang,masyarakat melayu tidak behitu aktif dengan mengamalkan pantang larang.Apabila mereka mendapat tahu bahawa pantang larang dicipta semata mata untuk memberi petunjuk dan kadang kala menakutkan,mereka sudah merubah persepsi dan mengaggap bahawa pantang laranmg itu tidak benar.Bukan semua tetapi segelintir sahaja.Ada juga beberapa pantang larang yang telah diubah.
MENGAPAKAH PANTANG LARANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT
DAHULU?MENGAPA PANTANG LARANG DICIPTA?
-Pantang larang diamalkan oleh masyarakat melayu dahulu adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.Ia juga diamalkan kerana pantang larang adalah seperti harta pusaka nenek moyang mereka dan bagi mereka mereka bertanggungjawab untuk mengamalkannya dan menurunkan tradisi itu kepada anak-anak atau cucu-cucu mereka.Di dalam sebuah pantang lrang mempunyai erti sendiri yang akan memberi manfaat dalam hidup masing-masing.
kumpulan satu rejuvenating
Definisi Pantang-Larang
Dalam kehidupan masyarakat Melayu ada 1001 jenis pantang-larang. Tidak semua pantang-larang itu dapat diterima akal, namun tetap indah dan berseni, terutama dalam membentuk struktur kehidupan yang sempurna.
Walaupun banyak beranggapan pantang-larang tidak sesuai digunakan terutama menghadapi kehidupan alaf baru, tiada tanda pantang-larang akan dipinggirkan begitu sahaja. Yang pasti, masa beredar, agama Islam menjadi kukuh dan tunjang kehidupan masyarakat Melayu mampu mengubah pantang-larang agar lebih bersesuaian dengan cara hidup masyarakat beragama. Hanya pantang-larang yang berunsur animisme warisan lama, perlahan-lahan terhakis dan ditolak tepi.
Tiga contoh pantang-larang
1. Anak dara dilarang berdandan malam dan melihat wajah pada cermin.
Dikhuatiri wajah yang selalu dibelek pada malam hari, tiada seri dipandang orang. jauh dilihat manis, didekati tidak secantik mana. Larangan ini ada rasionalnya, anak dara tidak beralasan berhias malam.
2. Anak dara dilarang tidur di tiang seri rumah atau muka pintu.
Kononnya hal ini menyebabkan penyakit berat menimpa. Ada pula beranggapan pinangan orang tergendala.
3. Kepala ikan dilarang makan trutama bagi kanak-kanak.
Dikhuatiri sukar mengingat pelajaran atau lambat khatam Al-Quran.
Contoh-contoh Pantang-Larang
- Tidak boleh bermain sembunyi pada waktu malam
- Tidak boleh sikat rambut pada waktu tengah malam
- Tidak boleh membuka payung di dalam rumah
- Tidak boleh berangan pada waktu maghrib
- Tidak boleh tidur pada waktu maghrib
- Dilarang mempercayai dengan tok bomoh
- Dilarang menyembah berhala
- Dilarang bergantung di telefon pada waktu maghrib
- Dilarang keluar pada waktu malam
- Dilarang membuang air kecil di pokok
Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.
Pantang larang | Sebab pantang larang wujud |
---|---|
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. | Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan. |
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. | Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain. |
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak | Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak. |
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. | Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta. |
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap. | Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan |
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan | Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan |
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul | Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung |
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang | Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah. |
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta | (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak (b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan |
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis | ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran |
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua. | untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi. |
[sunting]Pantang larang sebelum perkahwinan
Terdapat 44 pantang larang kepada bakal pengantin. Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi apa-apa jika pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
Pantang larang | Sebab pantang larang wujud | |||
---|---|---|---|---|
Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul. | Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. | |||
Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu. | Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga. | |||
Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. | Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama. | Untuk menghalang dari melakukan perkara tidak baik semaa dalam tempoh pertunangan. | Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. | |
Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. | Petai dan Jering mempunyai bau yang kuat. Dibimbangi akan berbau yang tidak enak semasa berhadapan dengan tetamu. | Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. | ||
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. | Terdapat hadis dalam perkara ini. | |||
Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis. | Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan. | |||
Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama. | ||||
Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. | ||||
Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) | ||||
Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki). | ||||
Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid. | ||||
Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. | ||||
Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. | ||||
Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin. | ||||
Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. | ||||
Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri. | ||||
Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. | ||||
Elakkan minum minuman keras dan merokok. | ||||
Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. | ||||
Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin. | ||||
Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan. | ||||
Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. | ||||
Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. | ||||
Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). | ||||
Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat. | ||||
Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. | ||||
Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama. | ||||
Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan. | ||||
Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang. | ||||
Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi. | ||||
Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. | ||||
Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar. | ||||
Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. | ||||
Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. | ||||
Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. | ||||
Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. | ||||
Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. | ||||
Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. | ||||
Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. | ||||
Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. | ||||
Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar. |
Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.
Pantang larang orang Melayu adalah sebagai panduan dan juga untuk mendidik tidak kira tua atau muda kearah yang lebih baik. Ada pantang larang yang masih kita ikut kerana mungkin terjadi secara kebetulan. Diantara yang penulis selalu nasihatkan kepada anggota wataniah yang baru. Sebelum masuk kedalam hutan jangan cakap besar. Jangan buang tuala wanita dan kencing merata-rata. Baca doa keselamatan dan doa perjalanan. InsyaAllah selamat pergi dan balik menjalani latihan hutan. Bukan senang nak jaga anggota sukarela yang terdiri dari pelajar-pelajar Politek dan Kolej. Itu cerita empat tahun yang lalu.
Pantang larang orang Melayu merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.
Diantara pantang larang melayu yang selalu emak kita "sound" pada kita.
1. "Jangan duduk di atas bantal, nanti akan naik bisul di ponggong". Sebenarnya kita dilarang sama sekali duduk di atas bantal kerana bantal ialah tempat kita meletakkan kepada sewaktu tidur. Memang tidak senonoh perangai meletakkan ponggong di atas bantal. Dengan menggunakan ponggong kita duduk di merata tempat tidak kira tempat itu kotor atau bersih. manusia juga mengeluarkan najis menerusi lubang di anatara kedua-dua belah ponggong.
2. "Orang perempuan jangan menyanyi di dapur, kalau menyanyi di dapur akan dapat suami tua". Kalau difikirkan secara logik perempuan muda tidak akan hendak bersuamikan orang-orang tua. Tapi jika dapat Tan Sri dan Dato-Dato yang loaded apa salah.. Mertua pun tumpang senangkan..kan..kan. Menerusi pantang larang ini orang perempuan dilarang menyanyi di dapur kerana sewaktu menyanyi boleh terleka. Manusia sukar untuk melakukan dua perkara dalam satu masa dengan sempurna. Jika menyanyi sewaktu menghiris bawang dibimbangi jari terluka. Jika menyanyi sambil memasak makanan ditakuti ada rencah-rencah tertentu yang tidak dibubuh dalam masakan. Akibatnya makanan yang dimasak tidak sempurna. Kesannya ahli keluarga atau sesiapa yang makan makanan tersebut akan tidak berselera.
3. "Orang mengandung jangan memukul ular, nanti anak yang dilahirkan akan cacat atau tidak sempurna sifatnya". Bini penulis tak mengandung pun tengok gambar ular pun dah melatah. Orang perempuan yang mengandung tidak boleh melakukan perkara yang lasak contohnya memukul ular. Jika seseorang memukul ular dia akan pukul dengan penuh geram dan sekuat hati. Jika perbuatan ini dilakukan oleh perempuan yang mengandung dibimbangi anak yang berada dalam kandungan akan mengalami keguguran. Ditakuti juga orang yang mengandung akan terjatuh. Akibatnya akan berlaku kecederaan kepada ibu dan mungkin juga kepada anak dalam kandungan.
4. "Jangan makan waktu senja, nanti semangat padi akan hilang". Maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada orang Melayu ialah Seisi keluarga hendaklah makan bersama-sama iaitu selepas sembahyang Maghrib. Dengan cara ini akan mengeratkan tali selaturahim sesama ahli keluarga. Anak yang masih remaja dilarang makan awal dibimbangi lauk tidak mencukupi untuk ahli keluarga yang lain. Lauk yang ada perlu dikongsi bersama. Masyarakat Melayu zaman dahulu jarang menyediakan lauk yang banyak kerana ingin berjimat. Pendapatan yang diperolehi tidak lumayan. Mereka perlu menabung duit untuk pergi ke tanah suci Makkah.
Pantang Larang Wanita Hamil. Yang ini banyak terjadi secara kebetulan atau pembalasan.
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
Pantang Larang Ke Atas Lelaki. Ini pun kadang-kadang terjadi secara kebetulan juga.
1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.
Pantang Larang Bayi.
1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ’semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.
2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.
5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.
6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.
7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.
8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.
Pantang Larang Ketika Berdiri
1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.
2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.
Pantang Larang Ketika Makan
1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.
Pantang Larang Sewaktu Tidur
1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.
2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.
3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.
5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.
Pantang Larang Ke Atas Perempuan
1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.
Pantang Larang Kanak-Kanak
1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.
Pantang Larang Di dalam Hutan
1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.
Pantang Larang Di Sungai
1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.
Pantang Larang Ketika Duduk
1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.