Bagi
menjaga budaya agama Judais agar tidak dipengaruhi oleh arus sekular
global, para Rabbi Yahudi Orthodoks memutuskan bermacam-macam peraturan
yang ketat di daerah majoriti mereka di Mea Sharim. Sebahagian besar
peraturan adalah yang sudah sedia terkandung dalam kitab Taurat.
Fatwa 1 : Mengharamkan HDTV
Menurut
para Rabbi Orthodoks, terjahan visual gambar yang begitu realistik dan
melampau akan merosakkan pemikiran masyarakat. Visual jenis High
Defination (HD) yang luar biasa boleh mengkhayalkan seseorang yang
melihat.
Mereka
bimbang penampilan visual-visual luar biasa dari HDTV akan menyebabkan
golongan muda tidak lagi berminat hadir ke kelas-kelas pengajian Taurat
dan Mishnah. Ini kerana mereka akan sibuk menghadap televisyen sepanjang
masa.
Bagi
membendung gejalan ini, kempen-kempen yang keras dijalankan secara
meluas, demonstrasi dan bantahan secara terbuka dilakukan hampir setiap
hari. Tidak cukup dengan itu, mereka menerbitkan pula iklan TV yang menjalankan kempen mengharamkan penggunaan HDTV.
Fatwa 2 : Pengharaman Memakan Babi
Golongan
Yahudi ultra Orthodoks di Israel sering bersengketa dengan kelompok
Yahudi Sekular (Zionis) tentang makanan. Para Rabbi Ultra Orthdoks
menegaskan agama Judais mengharamkan penganutnya memakan babi.
Kesatuan
Rabbi bersepakat membawa penguatkuasaan pengharaman memakan babi ke
peringkat parlimen. Ketika itu Presiden Israel ialah Yitzak Shamir yang
memimpin Parti Likud.
Lima
pertubuhan Rabbi utama di Israel meminta agar dikuatkuasakan
undang-undang peringkata persekutuan agar melarang semua penganut Judais
dari memakan babi. Menurut mereka, penganut Judais perlu kembali kepada
ajaran asal Taurat.
Larangan bukan sahaja tertakluk kepada memakan babi, tetapi juga menjual, membawa atau menyentuh binatang itu.
Cadangan
undang-undang itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati golongan
sekular Yahudi yang berfahaman Zionis. Mereka juga mendesak agar
kerajaan Israel tidak melayan tuntutan Rabbi-Rabbi itu.
Kempen ini bermula pada Julai 1990.
Fatwa 3 : Wajib Menutup Aurat Bagi Lelaki dan Perempuan
Peraturan
pakaian di Mea Sharim, daerah ultra-Orthodoks di Jerusalem amat ketat
dan mesti mengikut lunas-lunas syariat agama Judais. Peraturan pemakaian
yang ketat itu tertakluk kepada lelaki dan perempuan.
Lelaki- wajib memakai baju berlengan panjang
- memakai stokin putih
- Berkasut penuh yang bertumit tinggi
- Berkot hitam
- Memakai topi hitam
- Tidak dibenarkan memakai rantai leher atau gelang tangan
- memakai stokin putih
- Berkasut penuh yang bertumit tinggi
- Berkot hitam
- Memakai topi hitam
- Tidak dibenarkan memakai rantai leher atau gelang tangan
Perempuan- Memakai tudung kepala menutup keseluruhan rambut. Jika orang Islam dipanggil ‘anak tudung’.
- Tidak boleh memakai rantai leher yang keterlaluan
- Memakai baju berlengan panjang
- Memakai skirt panjang hingga bawah lutut
- Wajib memakai stokin
- Tidak boleh make-up wajah dengan berlebihan
- Diharamkan memakai pakaian yang berwarna garang dan menonjol yang boleh menarik perhatian lelaki.
- Tidak boleh memakai rantai leher yang keterlaluan
- Memakai baju berlengan panjang
- Memakai skirt panjang hingga bawah lutut
- Wajib memakai stokin
- Tidak boleh make-up wajah dengan berlebihan
- Diharamkan memakai pakaian yang berwarna garang dan menonjol yang boleh menarik perhatian lelaki.
Peraturan
pemakaian bukan setakat ke atas masyarakat ultra-orthodoks sahaja,
malah mereka juga melarang mana-mana individu yang memakai pakaian
sekular agar tidak berjalan-jalan di kawasan mereka.
Fatwa 4 : Mengharamkan Pembakaran Mayat
Para
Rabbi ultra-Orthodoks menentang keras proses pembakaran mayat yang
sering diamalkan oleh agama-agama lain. Pembakaran mayat juga diamalkan
oleh para penganut zionis di Israel.
Pada
akhir tahun 2007, telah berlaku suatu kejadian kebakaran Chomotarium di
Mea Sharim Pihak berkuasa tempatan percaya ia dilakukan oleh kumpulan
ekstremis Ultra Orthodoks.
Semenjak
Chomotarium itu dibina oleh kerajaan tempatan, ia sering menerima
bantahan daripada penduduk Ultra-Orthodoks di Mea Sharim.
(Chomotarium = rumah pembakaran mayat)
Fatwa 5 : Mengharamkan Menyertai Tentera
Rabbi Orthodoks tidak menggalakkan anak-anak muda
mereka menyertai agensi pertahanan kerana ia adalah amalan yang
melibatkan keganasan. Penyertaan itu dianggap bertentangan dengan ajaran
Taurat yang mementingkan kehidupan yang harmoni.
Fatwa 6 : Digalakkan menyimpan janggut dan misai
Amalan
menyimpan janggut dan misai dikira amalan yang mendapat pahala
dikalangan penganut agama Judais. Amalan ini bukan sahaja diamalkan oleh
Orthodoks di Israel tetapi juga diseluruh dunia termasuk negara-negara
arab.
Namun
begitu, lelaki Yahudi Ultra-Orthodoks yang mempunyai janggut yang
panjang, berpakaian kota hitam dan bertopi hitam amat dibenci oleh
masyarakat Yahudi Sekular.
Sekiranya
lelaki Ultra Orthodoks berjalan-jalan ke bandar Jerusalem atau Tel
Aviv, mereka akan dipandang sinis dan sering menerima ejekan masyarakat
setempat. Tindakan diskriminasi ini timbul ekoran anggapan bahawa amalan
tersebut hampir menyamai amalan sunat umat Islam.
Fatwa 7 : Mengharamkan Penggunaan Handphone Berkamera
Para
Rabbi Ultra-Orthodox peringkat tertinggi sepakat mengharamkan handphone
berkamera digunakan oleh masyarakat Yahudi ultra-orthodoks. Bagi
menghalang handphone berkamera dibeli, pertubuhan Ultra Orthodoks telah
melarang kedai-kedai handphone di Mea Sharim menjual produk yang
mempunyai kamera.
Tujuan
pengharaman adalah untuk menjaga maruah dan keselamatan golongan wanita
Yahudi Orthodoks dari terdedah kepada tingkahlaku-tingkahlaku tidak
bermoral.
Bagi
menghalang penularan jualan telefon berkamera di daerah kediaman Ultra
Orthodoks, para rabbi mereka mendesak agar telefon khusus untuk Yahudi
Orthodoks dicipta.
Bagi
merealisasikan ‘fatwa’ mereka, para Rabbi Orthodoks telah menghantar
surat memorandum desakan kepada CEO syarikat Mirs Communication iaitu
Abrasya Brustyn. Syarikat ini adalah wakil tunggal penjualan handphone
jenis Motorola di Israel.
Desakan
yang dibuat ialah pihak pengeluar harus membuang fungsi kamera kecil
pada telefon. Selain itu, telefon itu juga haruslah mempunyai filter
(penapis) bagi sebarang “sexual contents” yang mudah dicapai di talian
internet.
Akhirnya
sebuah telefon yang digelar “Kosher Phone” dikeluarkan. Telefon yang
mempunyai fungsi panggilan keluar-masuk, simpanan mesej teks, memori
buku telefon dan fungsi-fungsi asas.
Fatwa 8 : Mengharamkan penjualan MP4 Player
Pemain
MP4 diharamkan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi Orthodoks kerana ia
dikatakan boleh merosakkan akhlak penganut Judais khususnya golongan
muda. Kempen ini dijalankan dengan cara mengedar poster-poster larangan
membeli MP4.
Poster-poster
kempen tidak sahaja diedarkan kepada masyarakat di Mea Sharim tetapi
mereka juga turut berkumpul di kedai komputer di bandar tersebut. Bukan
setakat itu sahaja, kempen diluaskan lagi melalui radio rasmi mereka
iaitu Kointrass.
Menurut
editor berita di Radio Kointrass iaitu Rabbi Henri Khan, mereka tidak
kisah jika alatan moden itu hendak dijual tetapi mereka perlulah
menjualnya di luar kawasan Orthodoks. Mea Sharim dihuni oleh 99 % Yahudi
Orthodoks, jadi mereka tidak mahu pengaruh budaya luar merosakkan
akhlak masyarakat mereka.
Fatwa 9 : Mengharamkan rakaman gambar secara terbuka
Masyarakat
Yahudi Ultra Orthodoks tidak suka wajah dan tingkahlaku mereka diambil
gambar atau dirakam menggunakan kamera video. Perbuatan tersebut
dianggap menghina maruah komuniti mereka.
Situasi
ini bagaimanapun hanya berlaku di Mea Sharim, Jerusalem dan tidak di
lain-lain negara di dunia. Sesiapa sahaja yang mengambil gambar-gambar
mereka kemungkinan besar akan dicederakan termasuk pelancong asing.
Fatwa 10 : Mengharamkan penubuhan negara Israel
Para
rabbi orthodoks percaya penubuhan negara Israel adalah agenda jahat
kerajaan Zionis yang dipimpin oleh Yahudi suku Ashkenazi dan Sephardi.
Bagi para Rabbi Orthodoks, konsep ideologi Zionis tidak wujud di dalam
agama Judais dan ia bukanlah ajaran sebenar Nabi Musa.
Fatwa 11 : Mengharamkan tingkahlaku Homoseksual dan Lesbian
Semenjak
menularnya pengaruh ideologi Zionis di kalangan masyarakat Yahudi
Orthodoks pada 1897 dahulu, para Rabbi juga bimbang akan gejala-gejala
sosial yang dipromosikan oleh kerajaan Zionis.
Rabbi
Dr. Aaron L. Mackler, profesor dari Pittsburg University telah
membentangkan dengan panjang lebar kertas kerja berkenaan larangan
homoseksual dan lesbian.
Kertas kerja beliau yang bertajuk “The Conservative Movement and Homosexuality : Finding a Middle Path”, menjelaskan mengapa setiap penganut Yahudi perlu berkahwin dan menjauhkan gejala homoseks dan lesbian.
Pada 1992, Comittee of Jewish Laws and Standards
(CJLS) sebulat suara memutuskan akan perlunya setiap umat Yahudi yang
beragama Judais mengelakkan sebarang aktiviti homoseks dan lesbian.
Namun
begitu, kempen ini tidak berjaya. Umat Yahudi sejak dari zaman Nabi Lut
memang sudah sebati dengan perilaku sejenis ini. Walaupun Bandar Sodom
dan Gemorah sudah dimusnahkan oleh Allah. Darah hawa nafsu Syaitan itu
tetap mengalir segar.
Akhirnya
pada 2006, empat orang ahli jawatankuasa tertinggi CJLS sendiri telah
meletak jawatan dan keluar dari CJLS kerana tidak senang dengan
peraturan melarang aktiviti homoseksual dan lesbian ini.
Mereka ialah Rabbi Joel Roth, Rabbi Leonard Levy, Rabbi Meyer Rabinowitz dan Rabbi Joseph Prouser.
Kesimpulan
Walaupun
golongan ultra orthodoks kelihatan begitu tegas mempertahankan
hukum-hukum dalam Taurat, itu tidak bermakna mereka tidak mempunyai
perasaan benci kepada Islam.
Selain
itu, Agama Islam juga dianggap sebagai musuh utama kerana semakin ramai
pemuda-pemudi Ultra Orthodoks di Mea Sharim yang kini memeluk Islam
secara senyap-senyap.
Wallahu’alam…