| Mera Naam Joker: Sihir

Jumat, 05 Agustus 2011

Sihir

Cara untuk menjadi Ahli sihir



Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan jalannya. Iaitu :-

1. Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula.
2. Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi pertolongan.
3. Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkannya.
4. Melalui amalan-amalan dari seni mempertahakan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang yang dipelajari atau ditunututnya.
5. Melalui pertapaan – tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.
6. Meniru tanpa berguru – samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.
7. Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.
Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir
Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti brikut :-
1. Pemujaan Kubur
Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.

Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.
2. Keris, Lembing dan Limau
Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam.

Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.
3. Ancak
Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong.

4. Sanggu
Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi tertentu.

Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.
5. Sangkak
Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka. Kemian dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.
6. Pemujaan Tanduk Kerbau
Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.
Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan dengan agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.
PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. subhanallah.

Rahsia cara memanggil jin


cara 1 : Ambil sekepal terasi asli (gak pake formalin) terus bakar terasi tersebut di tempat yang biasanya dibilang angker. Kalo ditempat tersebut bener2 ada penunggunya biasanya gak berapa lama akan nongol. Harap berhati-hati kalo dah nongol soalnya mereka (jin) nongol dalam keadaan marah. Gmn gak marah terasi kan bau bgt Geto Loch. Dalam melakukan tatacara ini diharapkan dalam keadaan tidak berbicara. Cara ini adalah salah satu dari cara rahasia mendatangkan jin yang cukup ampuh dan terbukti.
Cara 2 : Ambil hati monyet yang masih segar secukupnya terus bakar hati tersebut menjadi arang, tumbuk sampai menjadi halus. Setelah itu oleskan bubuk arang tersebut ke kedua kelopak mata anda. Biasanya setelah itu anda akan lgs melihat hal yang tidak terlihat oleh mata biasa. Cara 3 : Bakar kemenyan arab + hio cina ditempat yang dianggap angker. Jangan berbicara dalam melakukannya.
Cara 4 : Rentangkan kaki anda terus jongkok. Lihatlah kebelakang diantara kedua kaki anda yang sudah terentang tadi. Apabila terlihat penampakan jangan sekali-kali anda berbalik badan untuk melihatnya. Apablia anda melakukannya maka makhluk tersebut akan berada cuman 5 cm dari hadapan anda dan walhasil bisa membuat anda blingsatan (sawan). Apabila anda takut anda bisa berjalan dengan membelakangi makhluk tersebut sambil membaca doa., kalau tidak anda akan terus diikuti kemana pun anda pergi.
Cara 5 : Anda tidak menggunakan sehelai benang pun dan berada sendiri di tempat yang anda anggap angker. Cara ini sangat tidak saya anjurkan, soalnya kalau kepergok satpam ntar dikira orgil.
Cara 6 : Gunakan payung. Buka payung anda dan anda berteduh dibawahnya. lakukan sendiri dan dimalam hari
Cara 7 : Lakukan secara berdua. Anda dan teman anda bercerita masalah hantu di tempat yang anda anggap angker. Biasanya selama anda bercerita makhluk2 halus senang sekali mendengarkan cerita mengenai meraka. Biasanya mereka ada di belakang orang yang bercerita.
Cara 8 : Gunakan minyak pemanggil makhluk halus. Banyak dijual di pasar. Cara ini 50-50. Kadang muncul kadang tidak.
Yang perlu diperhatikan dalam semua cara diatas adalah harus melakukannya seorang diri (kecuali cara 7) dan pada malam hari dengan tidak ada penerangan. Seandainya terjadi penampakan atau fenomena aneh, janganlah anda merasa takut, kalau anda takut maka penampakan tersebut akan semakin jelas.

Memahami Sihir

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:
Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani.
Sihir dalam sejarah masyarakat dahulu
Antara perkara yang dijumpai dalam catatan Mesir purba adalah mentera khusus untuk merawat kecederaan disebabkan kebakaran, seperti kata-kata Isis dalam satu lagenda Mesir “Isis dan Orisis” untuk menyembuhkan kanak-kanak bernama Horus yang dibakar oleh ahli sihir[1]:
Keluarlah, wahai engkau yang datang di dalam gelap dan masuk secara sembunyi-sembunyi! Adakah engkau datang untuk mengucup kanak-kanak ini? Aku tidak mengizinkan mengucupnya. Adakah engkau datang untuk mengambilnya? Aku tidak mengizinkanmu mengambilnya dariku. Aku telah melindunginya darimu dengan rumput apis yang memedihkanmu, dengan bawang yang menyakitkanmu, dengan madu yang manis dirasa oleh makhluk-makhluk yang hidup dan pahit di mulut makhluk-makhluk yang mati, dengan beberapa bahagian yang busuk dari ikan abad dan dengan tulang ikan sungai.
Kisah sihir dalam Quran
* Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.[2]
* Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.
* Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi disihir oleh seorang Yahudi Arab.
* Kisah mengenai takhta Ratu Balqis semasa zaman Nabi Sulaiman yang dapat dipindahkan sekelip mata oleh seorang manusia seperti yang diceritakan dalam Surah An-Naml, ayat 38-42.
Kedudukan sihir dalam Islam
Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah/alam dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah.
Kedua-dua mazhab Sunni dan Shiah melarang penggunaan sihir. Di dalam aliran Sufi bagaimanapun terdapat konsep “barakah” yang merujuk kepada “rahmat” atau “kuasa Tuhan” yang diberikan kepada orang alim. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa. Mazhab Wahhabi bagaimanapun melihat segala penggunaan jin atau makhluk halus walaupun untuk tujuan baik sebagai syirik.
Sihir di Alam Melayu
Ilmu hitam yang dapat diamalkan masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:
1. Melindung diri
1. Kebal
2. Perubatan

2. Mendapatkan kelebihan
1. kesaktian
2. Pengasih – Sejenis ilmu hitam yang dapat membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap seseorang.
3. Perapun
4. Gagah
5. Perangsang
6. Penderas
7. Pukau

3. Mengawal/Memusnahkan musuh
1. Penunduk: Digunakan untuk menundukkan orang lain seperti nasi tangas untuk menundukkan suami.
2. Tuju – Jampi-jampi yang membuat orang sakit. Juga menggunakan alatan lain seperti telur layang (telur yang telah dijampi) untuk menyakiti orang dan boleh membawa maut.
3. Pelalai
4. Cuca – Jampi yang boleh menundukkan musuh atau yang dapat mengubati luka.
5. Meramal masa hadapan
6. Alimun

Sihir yang diamalkan boleh dikelaskan menurut beberapa kelompok seperti berikut:-
1. Saka – Menggunakan jin/shaitan – kadam, toyol, datuk, suruhan, roh orang mati, hantu dll.
2. Azimat
3. Menggunakan mentera,jampi, serapah – ayat-ayat tertentu.

Mereka yang merawat sihir biasanya melalui beberapa kaedah atau cara:-
1. Menggunakan ayat-ayat suci
2. Menggunakan kuasa dalaman atau tenaga batin
3. Menggunakan bantuan makhluk halus lain.

Pengamal perubatan Melayu yang merawat mangsa sihir boleh digolongkan kepada beberapa bahagin seperti:-
1. Pawang -
2. Dukun -
3. Bomoh -
4. Orang alim – melalui penggunaan ayat-ayat Al Quran.

Sihir dalam rujukan budaya pop
Di dalam media barat terutamanya yang ditujukan kepada kanak-kanak, ahli sihir sering digambarkan sebagai wanita tua yang jahat dengan kulit yang berkedut dan topi berbucu tajam, berbaju hitam atau ungu, dengan hidung yang berketuat and kadang-kadang kuku yang panjang.
Ahli sihir selalunya menaiki penyapu terbang seperti dalam cerita Harry Potter dan filem Hocus Pocus. Mereka selalunya didampingi dengan kucing hitam dan terdapat ahli sihir yang baik seperti dalam cerita Bewitched, Charmed dan The Craft.

Susuk – jenis dan kegunaannya


Susuk adalah satu istilah, yang merujuk kepada pemakaian atau penggunaan bahan-bahan tertentu yang digunakan secara batin, yang juga dikenali sebagai “ilmu rahsia diri,” untuk tujuan-tujuan tertentu yang kebanyakannya lebih mengkhusus untuk keperluan diri.
Ada orang yang menggunakan susuk supaya kelihatan cantik dan orang ramai suka memandangnya, untuk memikat seseorang, mengekal kasih seorang suami, supaya disayangi oleh majikan dan teman-teman sekerja.
Selain untuk tujuan di atas, susuk digunakan, dikatakan untuk menghindarkan diri daripada gangguan orang yang dengki, daripada sihir, digunakan untuk pelaris bagi mereka yang terlibat dengan perniagaan, yang dilakukan oleh pengusaha kedai makanan, oleh pelakon-pelakon, penyanyi-penyanyi agar diminati oleh penonton atau orang ramai, malah susuk juga ada digunakan oleh pelacur agar sering dihuni oleh pelanggan.
Ada juga susuk yang digunakan supaya badan menjadi kuat, kebal tidak lut senjata, untuk penggerun, penunduk dan lain-lain tujuan, yang ada kaitan dengan ilmu kebatinan, termasuk susuk yang digunakan untuk menguatkan tenaga batin.
Setiap susuk digunakan menurut kaedah yang digunakan oleh orang-orang tertentu yang terlibat melakukannya, yang menggunakan bahan-bahan tertentu menurut keperluan, yang selalunya disusuli dengan kaedah-kaedah khusus, juga pantang larang yang berlainan yang mesti diikuti, tidak boleh dilanggar sama sekali.
Bahan susuk yang popular dan digunakan oleh kaum wanita ialah susuk daripada bahan emas, berlian atau intan. Susuk jenis ini dimasukkan di bahagian muka disertai dengan cara-cara tertentu termasuk jampi mantera.
Dipercayai dengan berbuat demikian, muka akan menjadi cantik berseri, seperti sifat emas, intan atau berlian, bersinar dan menambat hati orang-orang tertentu, atau setiap orang yang memandangnya.
Susuk jenis ini juga dikenali sebagai “susuk pengasih” di mana caranya ialah dengan memasukkan susuk, iaitu serbuk emas ke muka, atau menusuk emas ke pipi kanan dan kiri. Sebelum diperlakukan sedemikian rupa, air ramuan yang terdiri daripada pelbagai bahan termasuk beberapa kuntum bunga direndam selama sepuluh hari. Bahan ini disimpan dalam molor (bekas kaca). Setelah tiba tempoh air itu dituang sedikit ke dalam piring seramik dan sebutir emas tulen diasah sehingga sebati dengan air tadi.
Sedikit kapas digunakan untuk menggaulkan ramuan dan kemudian ditutup untuk beberapa ketika sehingga air dan bahan tadi terserap dalam kapas. Bedak sejuk bersama ramuan yang terserap pada kapas disapu ke pipi dan seluruh muka sehingga kering. Orang yang berkenaan tidak boleh mandi sehinggalah esok hari.
Ketika ini, ramuan susuk telah menyerap sebati dalam kulit. Pemakai susuk dikehendaki berbedak sedikit sebelum keluar rumah, yang didahului dengan bacaan jampi yang diajar oleh orang yang memasukkan susuk tadi.
Kaedah lain ialah dengan menanam dua butir emas sebesar biji sawi melalui kaedah batin di kedua-dua belah pipi, sebutir di pipi kanan dan sebutir lagi di pipi kiri. Ia dilakukan pada waktu malam ketika bulan mengambang dengan cara-cara tertentu, yang disertai dengan jampi mantera. Perbezaan pada wajah seseorang itu dikatakan boleh berlaku pada keesokan harinya.
Bahan susuk lain ialah jarum emas, yang dimasukkan dalam tubuh dengan kaedah batin juga. Semakin banyak bilangan jarum yang dimasukkan, dipercayai akan lebih berkesan hasilnya. Jarum-jarum ini dimasukkan di bahagian muka, buah dada dan bahagian kemaluan. Kebanyakan pelacur gemar memasukkan susuk di bahagian kemaluan dan buah dada, bertujuan supaya buah dada sentiasa tegang dan sentiasa segar melayani pelanggan, serta dapat memberi kepuasan.
Tidak dapat dipastikan secara khusus bahawa susuk boleh menyebabkan muka seseorang itu pastinya lebih cantik, tidak makan tua, tidak berkedut, digeruni, dikasihi, menjadi kebal tidak mampan senjata atau tenaga batin menjadi kuat, tetapi apa yang jelas amalan susuk, atau yang berkaitan dengannya adalah termasuk dalam kategori amalan yang melibatkan sihir, iaitu melibatkan iblis dan syaitan, ataupun jin-jin.
Amalan susuk adalah rahsia, yang tidak didedahkan kepada umum, untuk difahami rahsia-rahsianya. Tidak dapat diterima oleh akal, bagaimana seseorang yang dimasukkan pada mukanya, serbuk berlian, serbuk emas, jarum emas dan sebagainya, di bahagian kening, bawah dagu dan sebagainya menyebabkan muka seseorang itu dilihat begitu cantik, termimpi-mimpi waktu tidur dan berkhayal ketika hendak lelap.
Semuanya tidak akan berlaku pada pengamatan umum. Tetapi ia boleh berlaku dengan penglibatan iblis dan syaitan, di mana dengan adanya iblis syaitan yang dipanggil menggunakan jampi mantera dan serapah dan sebagainya menyebabkan apa yang dilihat oleh manusia itu boleh berubah.
Mata manusia boleh terpesong atau tersihir, akibat penglibatan iblis dan syaitan itu menyebabkan sesuatu yang buruk, yang normal itu kelihatan cantik, seperti yang berlaku ke atas mereka yang dimasukkan susuk.
Itulah di antara ciri sihir di mana sesuatu yang berlaku itu sebenarnya bukan hakikat, tetapi tipu daya belaka atau “khayali,” yang tidak dapat difikir oleh akal manusia, bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, yang diistilahkan sebagai “khariqu `l-adah” (mencarik adat atau berlaku di luar adat kebiasaan).
Jelasnya pandangan yang cantik, menawan, menakutkan atau menggerunkan menyebabkan orang yang memandang itu tunduk berlaku kerana adanya penglibatan iblis dan syaitan.
Setiap perbuatan atau tindak-tanduk yang disertai atau disokong yang disertai oleh makhluk ini, ia dikategorikan dalam amalan sihir. Sihir termasuk dalam kategori amalan dosa-dosa besar yang boleh membawa syirik, satu dosa yang tidak diampuni.
Fenomena seperti ini sama seperti yang berlaku di kalangan pemain silap mata, yang mencari nafkah di tepi-tepi jalan atau di tempat pertunjukan eksklusif. Di tepi jalan raya pemain silap mata menusukkan pisau tajam menembusi leher kanak-kanak yang dibawa bersama dengannya, yang dilihat dengan jelas oleh mata zahir.
Tidak lama selepas itu, selepas pertunjukan itu tamat, kanak-kanak tadi kelihatan berlari-lari atau mengemas barangan yang ada padanya tanpa ada bekas luka atau darah di lehernya. Apa yang berlaku bukan hakikat, tetapi mata melihat jelas adanya tusukan pisau di leher.
Berdasarkan keterangan ini saya berkeyakinan bahawa apa yang berlaku ke atas saudari, di mana muka saudari kelihatan begitu cantik, hinggakan kawan sesama perempuan pun begitu terpesona dengan kecantikan tadi.
Perantaraan
Tidak mustahil apa yang berlaku hasil daripada susuk yang dimasukkan dalam diri saudari, di bahagian muka ketika berumur 25 tahun, biarpun saudari tidak memahami apa perlunya diperbuat demikian. Inilah yang berlaku kepada sebahagian daripada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan yang menggunakan atau melibatkan jin-jin.
Penggunaan bunga-bunga pelbagai warna, bahan-bahan yang terdiri daripada jarum emas, serbuk intan berlian dan sebagainya itu hanya perantaraan semata-mata, dijadikan iktibar atau lambang, tidak lebih daripada itu.
Betapa indahnya bunga, menawan dan disukai ramai, baik lelaki dan perempuan, maka begitulah ibaratnya pandangan manusia kepada orang yang menggunakan bahan tadi. Begitu juga dengan penggunaan bahan-bahan lain, yang terdiri daripada serbuk emas atau jarum emas, tidak lebih daripada itu.
Faktor utama melahirkan keberkesanan atau natijah yang berlaku pada diri saudari ialah penglibatan jin-jin dalam proses memasukkan bahan susuk dalam tubuh tadi, di mana proses tersebut dikategorikan sebagai proses kebatinan.
Bahan tadi digosok-gosokkan pada bahagian tertentu pada tubuh, lalu bahan tadi meresap hilang menyerap dalam tubuh atau muka. Selain daripada itu jampi mantera juga digunakan. Rangkaian kata ini menjadi perantaraan untuk memanggil datang makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin.
Adapun amalan atau bacaan yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, zikir-zikir ataupun amalan-amalan lain yang dilakukan oleh orang yang memasukkan susuk atau orang yang dimasukkan susuk hanya merupakan unsur-unsur Islam yang diselit-selitkan di celah-celah amalan kebatinan Melayu, yang sama sekali tidak memperlihatkan atau membuktikan bahawa amalan susuk itu salah satu daripada ajaran Islam.
Walaupun demikian apa yang berlaku iaitu dengan adanya unsur-unsur Islam tadi, ia menjadi satu alasan untuk menyatakan bahawa penggunaan tersebut membuktikan amalan ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, salah satu daripada usaha yang dilakukan selaras dengan kehendak Islam. Demikianlah kecelaruan yang wujud dalam amalan kebatinan Melayu, apabila unsur-unsur Islam itu diselit-selitkan dalam budaya hidup manusia.
Allah memberi amaran, seperti yang termaktub dalam al-Quran bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi orang yang beriman. Dalam keadaan apa sekalipun, makhluk ini hendaklah dianggap sebagai musuh, tidak kira sama ada makhluk jin ini boleh menyebabkan seorang itu kelihatan cantik, muka sering berseri, disukai ramai, dipandang manis digeruni, badan menjadi kebal atau tujuan-tujuan lain, untuk kepentingan diri sendiri atau untuk ramai.
Makhluk ini, dalam keadaan apa sekalipun hendaklah dianggap sebagai musuh. Orang yang memasukkan susuk dalam tubuh, dengan cara yang dijelaskan, adalah orang yang mengundang, memasukkan makhluk iblis dan syaitan dalam tubuh. Sayangnya manusia menjadi keliru apabila meneliti amalan zahir yang dimasukkan dalam tubuh ialah serbuk intan berlian atau jarum emas, padahal Allah memberi amaran supaya setiap orang itu menjauhkan diri daripada makhluk ini.
Allah meminta setiap orang itu memohon perlindungan kepada-Nya, memang ada di kalangan manusia yang memohon perlindungan daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan sesuatu, selain daripada lebih menyesatkan.
Tidak mudah bagi syaitan itu menguasai diri seseorang, tetapi apabila syaitan itu diundang masuk, meresap dalam diri seperti melalui amalan susuk, maka bagi syaitan itu jalan-jalan yang luas lagi mudah lalu akhirnya ia akan menyesatkan, menyakiti jasad manusia itu hasil daripada kesilapan diri manusia itu sendiri, biarpun hanya untuk bersuka-suka mengikut apa yang dilakukan oleh kawan ini.

Sihir ikat nafsu suami


KUALA LUMPUR: Takut kehilangan suami, terutama akibat godaan gadis menawan, ramai wanita di negara ini, termasuk artis, mengamalkan pelbagai pendekatan khurafat bagi menundukkan suami supaya rumah tangga sentiasa harmoni tanpa kehadiran orang ketiga.
Antaranya ialah penggunaan nasi kangkang, batang keladi, darah haid hari pertama si isteri datang bulan, air kencing isteri di waktu pagi selepas bangun tidur, tali pusat bayi cukup sifat yang meninggal dunia, air mani selepas bersama pasangan, titisan peluh di celah kangkang si isteri serta seluar dalam kotor.
Berikutan terdesak, tindakan syirik itu tetap dipraktikkan kerana diyakini kononnya mampu dijadikan benteng untuk menjinakkan suami daripada ‘makan luar’.
Pendekatan jijik itu terbongkar apabila beberapa wanita yang ditemui, termasuk seorang pelakon tempatan, mengaku menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional bagi mendapatkan ilmu sihir berkenaan, manakala dua lelaki pula mendakwa menjadi mangsa onar isteri mereka.
PELAKON A, 50-an:
“JUJUR saya katakan, artis juga tidak terlepas daripada isu ini. Malah, beberapa rakan saya pernah mendapatkan khidmat bomoh kerana kurang percaya terhadap suami.
Kebanyakan mereka bertujuan menjaga rumah tangga dan bukan untuk memperbodohkan suami. Lagipun, kerja dalam bidang seni ini menuntut komitmen berpanjangan. Mungkin disebabkan perkara itu mereka tergerak untuk mendapatkan khidmat bomoh supaya suami tidak berpaling kasih.
Terus terang, saya pernah guna khidmat pengamal perubatan tradisional untuk tujuan sama. Sebagai pelakon, masa untuk bersama suami dan keluarga tidak pernah tetap. Malah, saya sering ada di luar kawasan untuk memenuhi jadual penggambaran sehingga berhari-hari tidak berjumpa keluarga. Kerana takut suami menjalin hubungan dengan wanita lain dan lebih teruk, meninggalkan keluarga, saya terpaksa mendapatkan khidmat bomoh bagi mengikat nafsu suami daripada berlaku curang dan tidak memandang wanita lain.
Bagaimanapun, saya tidak guna kaedah nasi kangkang, darah haid dan pelbagai perkara lagi untuk membuatkan suami mengikut kata seperti diamalkan rakan. Hakikatnya, saya tidak tergamak memperbodohkan suami hingga ke tahap itu. Saya hanya guna kaedah batang keladi yang bertujuan mengikat nafsu suami daripada mencari wanita lain. Itu sudah cukup bagi saya. Asalkan suami tidak ambil kesempatan terhadap kesibukan saya sebagai anak seni, ia sudah memadai. Tetapi untuk memperbodohkan suami, ia bukan cara saya.
Namun itu cerita dulu. Kini saya tidak lagi guna kaedah itu kerana ia berdosa. Walaupun tidak guna cara kotor seperti nasi kangkang dan darah haid, saya tetap rasa bersalah. Kini saya bertaubat dan membuang segala ilmu sihir itu. Alhamdulillah, hubungan saya dengan suami dan keluarga masih utuh sehingga kini.”
ZURINA, 27:
“DIPUKUL dan dicampak dari tangga ke lantai menjadi perkara biasa kepada saya. Lebih-lebih lagi saya diperlakukan sebegitu selepas tiga minggu kami sah bergelar suami isteri. Sebelum berkahwin, perangai suami tidak seperti ini. Saya takut perkara ini berterusan. Mungkin sesuatu yang lebih teruk akan menimpa saya jika tidak buat sesuatu. Rasanya kaedah batang keladi cara tepat untuk menjinakkan perangainya supaya kembali menyayangi saya.

Sebenarnya, saya mengambil keputusan menggunakan khidmat perubatan tradisional kerana tidak mahu mahligai yang baru dibina berkecai. Tambahan pula saya berasa perubahan terhadap suami ada kaitan dengan kehadiran orang ketiga. Sewaktu bercinta, dia tidak seperti ini tetapi selepas bergelar suami isteri, macam- macam pula berlaku. Mungkin dia jemu dengan saya, lebih-lebih lagi kami bercinta sejak lima tahun lalu.
Mungkin juga ada wanita lain di hatinya menyebabkan perangainya berubah. Tambahan pula, pekerjaannya yang sering keluar kawasan memberi kesempatan untuknya mencari wanita lain. Saya tidak berniat jahat. Saya masih menyayangi dan menghormatinya sebagai suami. Saya cuma mahukan keharmonian rumah tangga seperti mana keluarga lain. Saya sedar perbuatan ini salah. Mungkin juga ia syirik sebab percayakan sesuatu perkara tahyul. Namun jika tidak mencuba, apa akan jadi kepada saya?
Saya pernah terfikir untuk bercerai dengannya. Begitupun, memandangkan usia perkahwinan kami, saya terpaksa memilih cara ini untuk bertahan. Rasanya penggunaan batang keladi serta jampi tujuh Jumaat berturut-turut akan melembutkan hatinya. Saya berharap perangai liar dan panas barannya akan berubah. Jika tidak buat seperti ini, saya akan menderita apabila terus diperlakukan seperti binatang.
Saya fikir ia akan membawa kebaikan. Lagipun, jika suami kembali baik seperti dulu, saya tidak boleh mengambil kesempatan ke atasnya dengan berlaku curang. Jika saya berbuat demikian, semuanya akan menjadi seperti sedia kala dan akhirnya saya akan merasai nikmatnya apabila suami berubah jadi seperti dulu.”
KAMARUDDIN, 29:
“TAKTIK isteri menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan saya terbongkar apabila helahnya dihidu selepas beberapa bulan dia memperbodohkan saya menggunakan kaedah yang dilarang agama. Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu dengan seorang jururawat yang bertugas di hospital swasta di ibu negara.
Berikutan tuntutan tugas, kami tinggal berjauhan dan hanya bertemu apabila cuti. Rumah tangga kami tiada masalah tetapi selepas ditukarkan ke Terengganu, saya tiada banyak masa untuk diluangkan bersama isteri. Secara diam-diam, isteri yang cemburu dan bimbang saya berlaku curang menggunakan sejenis minyak untuk ‘mengikat’ saya. Saya tidak sangka terkena minyak ‘pengikat’ digunakan isteri kerana kami tiada masalah rumah tangga.
Namun, pertemuan dengan seorang pengamal perubatan tradisional yang berlaku secara kebetulan merungkai tindakan isteri saya. Selepas bertemu pengamal perubatan itu, baru saya tahu terkena ilmu penunduk isteri. Bimbang perkara itu berlarutan, saya mendapatkan khidmat pengamal perubatan terbabit untuk mengubati diri.
Patutlah saya sering mendapat mimpi menakutkan seperti bertemu hantu sepanjang tempoh terkena guna-guna isteri. Saya juga terasa seperti dikawal ‘pihak’ tertentu. Fikiran saya juga hanya tertumpu kepada isteri, hinggakan saya kerap telefon atau SMS dia. Saya juga ‘hilang minat’ dengan wanita lain biar secantik mana sekalipun.
Selepas bebas daripada ilmu penunduk itu, saya bersemuka dengan isteri. Sebaik saya tanya perkara itu, isteri tersentak dan menundukkan kepala kerana tidak menyangka perbuatannya terbongkar. Kami kemudian berbincang dan isteri mengaku kesilapannya menggunakan minyak itu dengan alasan takut ketika berada di negeri ini saya ada wanita simpanan atau akan berkahwin lain.
Kejujuran isteri mengaku kesilapan membuatkan saya rasa boleh menerima dan memaafkannya walaupun pada mulanya menyangka rumah tangga bakal musnah. Isteri saya kemudian menemui pengamal perubatan untuk membuang minyak ‘pengikat’ yang dibeli ketika menyertai satu rombongan beli-belah di utara tanah air.”
DARUS, 49:
“SAYA dapat tahu bekas isteri membomohkan saya selepas berasa jauh dengan ibu. Sebelum ini saya rapat dengan ibu dan turuti apa saja keputusannya. Saya tidak menyangka bekas isteri yang berusia 45 tahun bertindak demikian semata-mata cemburu melihat hubungan saya dengan ibu kandung begitu akrab. Peristiwa ini terjadi 10 tahun lalu selepas bekas isteri berhenti kerja kilang kerana mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga dan ingin membesarkan anak.

Hubungan saya dengan ibu memang akrab kerana saya anak sulung dan menjadi tanggungjawab saya menjaga kebajikan ibu. Pada masa sama, saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga sendiri. Hasil perkahwinan 24 tahun, kami dikurniakan tiga cahaya mata berusia 15 hingga 22 tahun. Sejak bekas isteri berhenti kerja, dia mula menunjukkan taringnya selepas melihat hubungan saya dengan ibu begitu baik.
Dia marah kerana saya menuruti segala kehendak ibu, termasuk memberi wang belanja. Beberapa tahun selepas itu perubahannya begitu ketara kerana saya selalu dengar cakap ibu. Apa-apa keputusan saya merujuk kepada ibu sehingga membuatkan dia bertambah marah dan cemburu. Bekas isteri marah sebab saya selalu menyebelahi keluarga sendiri dan tidak mempedulikan keluarga mentua. Dia marah dengan tindakan saya sehingga tergamak bomohkan saya supaya dengar cakapnya.
Dia mungkin memasukkan sesuatu dalam masakannya supaya saya melupakan ibu kandung. Sejak itu saya sentiasa mengikut telunjuk bekas isteri, termasuk membeli apa saja yang dia inginkan. Keluarga dan kawan pelik melihat sikap saya yang berubah, termasuk tidak pernah pulang ke kampung ibu. Mereka perasan saya berkeadaan pelik tidak seperti biasa. Saya selalu membangkang cakap mak dan keluarga. Satu ketika apabila tersedar daripada tidur, saya terus teringatkan ibu kandung yang sudah lama terputus hubungan gara-gara perbuatan bekas isteri.
Saya marah kerana isteri sanggup bomohkan saya dan kami bergaduh besar sampai saya memukul isteri kerana geram. Saya mengambil keputusan menceraikannya kerana kecewa dengan perbuatannya. Akhirnya dia mengaku buat ubat ‘guna-guna’ dan memberi saya makan.” – tunhisyamuddin 

Mengenali Syaitan Jin dan Iblis

BERIMAN KEPADA YANG GHAIB
Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas’ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.

APAKAH ITU JIN?
Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya “yang tersembunyi” atau “yang tertutup” atau “yang tak terlihat”. Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum “alam tersembunyi”, sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”
AWAL PENCIPTAAN JIN
Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).
BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP
Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.
TEMPAT TINGGAL JIN
Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.
Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: “Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah.”
Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: ” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan” (HR. Abu Dawud)
Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: “Janganlah kamu kencing dilubang.” (HR. An-Nas’i)
KERAJAAN IBLIS
* Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :
* Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.
* Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.
* Yang ketiga, namanya ialah Al-A’war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.
* Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.
* Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.
Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :
Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A’war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.
Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, “Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A’war, Maswath dan Zalnabur.” 

Rahsia Kandungan Minyak Pengaseh


Memang terdapat banyak jenis minyak pengasih dan ada kalanya kita sendiri keliru yang mana satu kah yang dikira ampuh,selalunya yang senonim ialah minyak dagu dan cenuai.Setiap pembuatan minyak pengasih ini memerlukan bahan lalu diberikan campuran minyak didalamnya.Tiga bahan utama sering digunakan iaitu dari tumbuhan,haiwan,dan manusia.
Dari tumbuhan adalah pohon2 cenuai,akar peringat,cekoi,bunga serai wangi,senduduk putih,bulu perindu,buluh perindu,beberapa jenis bunga dan berbagai lagi.
Dari sumber haiwan pula mani gajah,ikan tempel,ular cintamani,tenggiling,belangkas,kongkang,kerbau liar,kerbau betina,lam dan berbagai lagi,sementara itu dari sumber manusia,minyak dari dagu,air mani,darah dan kotoran.Ini adalah sebahagian dari bahan2 yang sering digunakan.Terdapat dua jenis penyediaan iaitu secara hitam dan putih.
Apakah minyak jenis pengasih ini kekuatannya pada bahan bahan atau pada jampi mentera serapah doa atau pada bahan yang digunakan?. Ada pendapat yang mengatakan ianya boleh bertindak bersendirian kerana sememangnya begitulah hukum alam.Cenuai misalnya dikatakan kalau diolah tanpa jampi mentera ianya tetap berkesan tetapi kesannya tidak sebaik yang diberikan jampi mentera.
Pendapat lain pula mengatakan setiap sesuatu itu mempunyai ritual atau cara yang tertentu bagi menghasilkan sesuatu yang lebih efektif atau ampuh.cara2 serta tatasusila perlu diikuti kerana itu adalah budaya dari dahulu lagi.Lagi pun ini menunjukkan kita menghargai sesuatu itu.Adat pemulaan seperti tatacara mengambilnya dengan permohonan keizinan atau bersandoi diikuti dengan persiapan pengisian yang keperluan minyak,pembahagian cenuai,tapakannya,menjemurnya pada bulan purnama, mengembunkannya, pengisian jampi dan mentera,ini semuanya membuat minyak tersebut lebih mantap dan berkesan.Ritual ini juga dilakukan jika membuat minyak dagu yang disertai dengan pemilihan mangsa,malam atau hari hari tertentu dipilih, persiapan pembakaran dan dikuti dengan jampi serapah dan pelbagai lagi. Apakah hanya dengan mengambil minyak dari dagu dapat memberi kesan yang terbaik ?. Sesuatu yang diberi jampi dan mentera bertindak kepada dua cara secara alami dan bantuan khadam atau semangat yang dipuja. Akibat dari pemakaian minyak ini ianya membangkit satu daya penarik atau aura kepada sipemakai.
Pelbagai jenis minyak pula dapat dihasilkan dengan pelbagai jenis campuran dari tumbuhan dan binatang,cara ini memerlukan ritual yang agak berlainan kerana ianya melibatkan dua unsur yang berbeza dan pembuatannya agak merumitkan.Soalannya apakah kesannya ampuh?Apakah dua unsur ini boleh digabungkan?. Terdapat dua pendapat ada yang mengatakan boleh dan ampuh dan ada yang mengatakan tidak. Tetapi setakat yang saya ketahui dan lihat memang terdapat kesannya. Pantang larang didalam sesuatu pengunaan minyak ini juga perlu diambil perhatian untuk mengekalkan keampuhan minyak tersebut. Maka buat sementara setakat ini saja info yang dapat saya berikan dan saya silakan pendapat orang lain juga.

Sihir Minyak Pengaseh


Sememangnya sesuatu yang bersifat hitam ada mengandungi unsur sihir,untuk memahami sihir sila baca petikan ini.
Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:
“ Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani.

* Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.
* Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.
* Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi disihir oleh seorang Yahudi Arab.
Kalau kita teliti catatan diatas maka kita akan fahami bahawa sihir adalah satu perbuatan untuk mencapai sesuatu tujuan,begitu juga ilmu putih matlamat mencapai sesuatu tujuan jadi apakah bezanya ilmu hitam dengan ilmu putih?Mungkin orang akan melihatnya sebagai satu cara pengolahan atau pengamalannya sahaja yang berbeza.Didalam kontek minyak pengaseh matlamatnya serupa iaitu memikat untuk dikasihi/disenangi/disayangi.Yang memisahkan kata sihir/ilmu hitam itu dari dari ilmu putih ialah caranya dibuat dan amalanya sahaja.Bahkan yang bersifat putih boleh dihitamkan.Minyak cenuai yang asalnya atau pemulaan persiapannya bersifat putih boleh ditukarkan menjadi hitam dengan menambah sedikit bahan kotoran didalamnya dan ditapakan.Sebab itu bukan semua minyak cenuai kita boleh katakan bersifat putih walaupun asalnya adalah putih kerana ianya bergantung siapakah yang mengolahkannya dan cara mana ianya diolahkan.
Boleh dikatakan semua minyak pengasih memerlukan pemujaan dan saya suka membahagikan pemujaan ini kepada dua cara,satu yang hanya melibatkan bacaan jampi mentera serta ayat2 alquran(bersifat putih).Saya katakan pemujaan adalah kerana minyak dan ramuan didalamnya diseru dan diberikan bacaan secara tidak langsong seolah olah membangkitkan satu semangat atau aura,sebabnya tumbuhan atau minyak itu asalnya adalah dari tumbuhan yang hidup,yang hidup mempunyai ruhnya yang tersendiri,kalau dizaman anisme ianya dikatakan semangat(membangkitkan atau menyeru semangat.)Yang kedua yang bersifat hitam/sihir dimana ianya juga dipuja dan dibangkitkan semangat itu dan jampi menteranya melibatkan satu penyeruan terhadap satu unsur yang lain bagi tujuan membantu mengaktifkan kekuatan minyak itu,sesuatu yang dipuja akhirnya menjadi aktif atau hidup dan kalau penyeruan atau pemujaan itu melibatkan satu unsur ghaib maka ianya dikatakan berkhadam.
Info Tuan Rahim.

Penyediaan Minyak Pengaseh

 


Minyak ini berfungsi untuk memberikan tampak ketenangan kepada suasana sekitar dimana pengguna akan terlihat lebih cerah, lebih tenang dan nyaman dipandang buat lawan jenis yang melihatnya, orang yang melihat akan timbul kesan belas kasihan dan kepada pengguna kerana mereka akan melihat sang pengguna dalam bentuk simpati, serta merapatkan diri dengan keluarga.
Ramuan minyak ini menjadi warna hijau muda dan mempunyai bau yang tahan lama. Antara cara menghasilkannya:
a. Persediaan ramuan 7 atau 19 kuntum bunga
b. Di baca ayat Surah Ar-Rahman: 12-13
c. Disertai bacaan Surah Toha:131
d. Kemudian membaca Selawat Nabi – 777 kali
e. Akhirnya bahan tersebut dicampur dengan Minyak Mawar, Minyak Melati dan Minyak Cendana. Ketiganya dicampur dengan komposisi yang sama banyak.


Cara Penyediaan Minyak Dagu


Pendedahan ini adalah untuk mengelakkan orang melayu kita sebagai orang Islam menjauhi penggunaan Minyak Dagu. Minyak Dagu ada beberapa tahap mengikut keberkesanannya. Mungkin ada beranggapan benda ini hanya Lemak Dagu sahaja yang digunakan, tetapi ini adalah suatu pendedahan sahaja sebagai bahan bacaan untuk kita kongsi bersama.
Minyak dagu adalah hidup kerana terdapat jin yang menumpang atau menjaganya. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa minyak dagu dijaga oleh qarin. Sejauh mana pendapat ini, wallahu alam bissawab.
Ianya diiuji ‘hidup’ yakni berjin dengan mengikat seutas tali dan bertanya soalan. Jawapan bagi soalan mestilah Ya atau Tidak kerana botol ini akan berpusing.
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minyak dagu
1. Minyak Dagu Perempuan yang mati mengandung(Diwajibkan ada janin dalam rahimnya). Dalam bahasa siam dipanggil (Thai CHARM BABY Nam Man Prai Oil )
2. Tujuh jenis abu mayat yang dari tujuh tanah perkuburan.
3. Minyak Dagu orang yang dibunuh dengan kejam.
4. Minyak Dagu Kokang. (sejenis monyet).
5. 108 jenis herba yang mempunyai fungsi sebagai penarik (pemikat dan pengasih).
6. Anjing hitam

Bahan-bahan ini hanyalah separuh bahan yang digunakan untuk membuat minyak dagu. Begitu mengerikan dan hasilnya pula sungguh mengagumkan kerana kesepakatan iblis dan syaitan yang akan menyesatkan manusia menjadikan minyak ini berkuasa.Bahan-bahan ini akan dipuja sehingga minyak ini menjadi Minyak hidup, Oleh itu setiap kali bulan mengambang minyak dagu yang asli akan minta darah tuannya untuk proses isi semula.Anda semua jangan hairan kalau Minyak Dagu ini tidak akan berkurangan walau setitik pun. Setiap kali bulan penuh mengikut kalendar Hijrah iaitu pada 14, 15 dan 16 hari bulan. Sebelum didedahkan kegunaannya terlebih dahulu didedahkan dulu cara penggunaannya. Penggunaannya hampir sama dengan Minyak Pengasih yang lain iaitu diletakkan di jari sedikit dan kemudian di sapu ke bulu kening dan seterusnya ke rambut serta diniatkan tujuan dan hajat di hati pengguna yang memakai minyak yang ternyata sesat lagi menyesatkan ini.
Minyak dagu juga ada gred
Gred pertama dari orang yang mati sama. Minyak ini sukar disembuhkan dalam waktu yang singkat bergantung kepada gred minyak dagu dan kaedah membuatnya
Gred kedua pula dari sembelihan beruk, monyet atau kokang. Yang ini juga boleh disembuhkan walaupun agak kuat kesannya. Kesannya ibarat ‘terlajak perahu boleh diundur.
Yang paling murah pulak dari jenis anjing hitam. Minyak ini senang disembuhkan iaitu selain ruqyah, salah satunya mandi air tanah.

Kebanyakan minyak dagu yang asli datang dari siam dan utara semenanjung. Ia amat sukar dibawa semasa hujan. Jika ingin membawa semasa hujan perlu disimpan di dalam sesuatu yang neutral. Pemilik amat berhati-hati semasa membawa menyeberangi sungai dan menghindarkan merentasi lautan. Jika minyak ini tidak digunakan ia akan disimpan ke dalam tanah untuk mengelakkan disambar petir. Ada rahsia mengenai minyak dagu ini untuk mengelakkan dari disambar petir. Hanya bomoh siam ranking tinggi yang boleh melakukannnya. Minyak dagu ini kekuatannya bergantung pada wilayah.
Antara kegunaan minyak dagu
1. Membentuk ikatan kasih secara tidak rela.
2. Membentuk hubungan kekeluargaan secara paksa.
3. Membentuk satu rangkaian yang tidak akan putus.
4. Membentuk satu pakatan kemusnahan.
5. Membina satu institusi yang kukuh zahirnya tetapi rapuh pada dasar batinnya.

Ciri-ciri orang yang kena Minyak
di kesan, dan jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah ini :
1. Merasa minat dan kasih yang mendalam kepada si pengamal minyak dagu tersebut.
2. Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan(tidak khusyuk)
3. Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut.
4. Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak dagu.
5. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya
6. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan
7. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya
8. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
9. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
10. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
11. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
12. Kulit gatal/merah ditempat yang dicalit.

Meningkatkan pengaruh seks
Campuran minyak zafaran dan kasturi hitam

Cara mengetahui terkena minyak dagu
Ini hanya sebahagian sahaja ciri-ciri terkena minyak dagu, secara umumnya tetapi bagi yang sudah kena itu atau pura-pura anda tidak terkena, senang sahaja hendak kesan.

a. Cuba bersolat bagi yang muslim
b. Bagi bukan muslim bila bangun pagi cuba pandang cermin, jika anda lihat muka anda sendiri bermakna anda selamat, dan sekiranya anda ternampak orang lain, maka berhati-hatilah.
c. Jika selalu mimpi selalu bersetebuh dengan orang yang sama, bermakna ADA POTENSI.

Rawatan
1. Minum air zam zam kemudian di bacakan Ruqyah Syariyyah satu sesi selama tiga hari
- Pesakit akan muntah atau pening atau pengsan.
2. Mandi dan minum air kelapa (Air Kelapa ialah penawar segala ilmu pengasih nusantara)
3. Buang semua barang pemberian (minyak wangi, baju, gelang, rantai, surat dll)
4. Pesakit sentiasa mengamalkan surah an-nas 70 kali setiap hari bila-bila masa.
5. Bekalkan zikir kepada pesakit untuk selepas solat (atau bila masuk waktu solat bagi perempuan yang datang bulan) sebanyak 100 kali. Zikirnya:


Sembilan jenis sihir


1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.
5. Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.
6. Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.
7. Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
8. Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.
9. Ta’til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

Sihir Pelalau


Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang pesakit dari mencari rezeki samada di tempat kerja/pejabat atau premis perniagaan, rezeki dari segi perkahwinan atau rezeki dari segi maju dalam pembelanjaraan. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah.
Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis perniagaan yang boleh menyebabkan perniagaan ditutup kerana kerugian atau tidak ada pelanggan membeli atau berurusan. Ada juga sihir pelalau untuk membuat anak-anak lalai dalam pelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah. Terdapat sihir pelalau untuk menghalang pesakit untuk berkahwin atau bertunang.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Ada 4 jenis sihir pelalau atau sihir penghalang:
1. Sihir pelalau perniagaan
2. Sihir pelalau perkerjaan
3. Sihir pelalau pembelanjaran
4. Sihir pelalau perkahwinan / pertunangan
Sihir pelalau ini biasanya menggunakan kaedah makhluk halus iaitu jin. Sihir pelalau perniagaan selalunya akan menggunakan makhluk halus untuk menjaga atau menghalang premis perniagaan dari pelangan-pelangan. Jin-jin ini lah yang diperintahkan oleh tuan punya bomoh untuk mengelirukan pelanggan yang hendak datang ketempat premis perniaggan itu.
Penulis sudah banyak merawati pesakit-pesakit yang mengalami sihir pelalau ini dan kebanyakkan dari mereka dihinggapi jin dalam tubuh dan otak mereka. Jin-jin ini lah yang mempengaruhi dan menguasai pemikiran dan perasaan persakit supaya berkelakuan seperti malas, bingung, emosi gelisah dan resah, pemikiran tidak fokus, mengantuk yang berlanjutan, sakit seluruh badan, panas baran, selalu marah-marah tanpa sebab (mood swing), dan dll.
A. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau perniagaan:
1. Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, atau pun nampak, tetapi seperti tidak perasan.
2. Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan.
3. Sihir pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.
4. Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makanan itu.
5. Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang bersangatan, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.
B. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pekerjaan:
1. Pesakit rasa malas di pejabat, mengantuk yang berlarutan, resah dan gelisah di tempat kerja hingga tidak fokus dalam mengerjakan tugas-tugas di pejabat.
2. Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran runsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa di buang kerja oleh majikan atau berhenti bekerja (resign).
3. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasan nya sering mencari kesalahan nya.
4. Produktiviti perkerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.
C. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pembelajaran:
1. Anak-anak yang sedang belajar dengan tiba-tiba akan menjadi pelupa, tidak mahu pergi sekolah lalu berhenti, padahal sebelum ini dia merupakan pelajar yang baik dan rajin.
2. Anak-anak akan menjadi leka dan tidak fokus dalam pelajaran nya dan akhir sekali tidak mahu ke sekolah.
3. Mula malas melakukan ibadah seperti sembahyang fardhu, mengaji Quran, dan sebagai nya.
4. Anak itu lama kelamaan terdorong untuk melakukan kejahatan seperti mengambil dadah, minum arak, berzina, dll.
D. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau penghalang perkahwinan:
1. Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badan nya.
2. Sihir ini boleh membuat pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri.
3. Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan. Contohnya pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan tarikh pertunangan atau perkahwinan walaupun telah di persetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan.
4. Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas saja bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka samat sayang menyayangi. Ramai pasangan yang datang berjumpa dengan penulis mengadu berkenaan hal ini telah berlaku di dalam diri mereka.
CARA RAWATAN PERUBATAN SYIFA’ AL-HIDAYAH:
1. Jin-jin dan/atau sihir-sihir didalam tubuh badan hendaklah dikeluarkan melalui cara batin oleh penulis (dengan izan Allah s.w.t) dan pesakit hendaklah datang berjumpa dengan penulis untuk rawatan.
2. Membaca ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini. Pesakit perlu berjumpa dengan penulis untuk mendapatkan ayat-ayat Al-Quran untuk sihir ini.
3. Minum air mineral yg di tawar dan berdoa kepada Allah s.w.t. untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.
4. Kadangkala penulis perlu pergi ke premis perniagaan atau pejabat untuk membersihkan premis / pejabat itu atau membinasakan makhluk-makhluk yang berada disitu.
Comments
0 Comments