
Semuanya gara-gara konflik selama 30 tahun antara pemerintah Republik Indonesia dengan Bangsa Acheh. Yang menjadi korban, masyarakat awam. Siapa sahaja yang didapati terlibat dengan GAM pasti tiada harapan hidup panjang. Bahkan simpati GAM dengan hanya menyumbang sebiji telur ayam untuk bekalan di dalam hutan pun, akan dibelasah teruk sehingga mati. Pergerakan orang Acheh sentiasa diperhatikan.

Tekanan, penindasan dan pelbagai tindakan diskriminasi ke atas bangsa Acheh yang majoritinya adalah umat Islam mengundang kepada ledakan kebangkitan bangsa Acheh. Desakan demi desakan dilakukan agar pemerintah dari Indonesia ini meninggalkan Acheh dan memberikan hak sepenuhnya kepada bangsa Acheh untuk memerintah. Ratusan tahun mereka mencapai era kegemilangan dengan menjalankan pemerintahan sendiri hinggalah dirampas oleh pemerintah Republik Indonesia selepas Indonesia merdeka. Siapa yang tidak kenal dengan Sultan Iskandar Muda. Zaman pemerintahannya, syariat Allah dijalankan sepenuhnya di bumi Serambi Makkah ini. Ratusan tahun Belanda gagal menguasai Acheh dek kerana kekuatan umat Islam di Acheh yang tiada tandingnya. Sistem pemerintahan kesultananan berakhir apabila ‘penjajah’ sekular Indonesia memerintah Acheh. Peperangan sudah jadi kebiasaan bagi mereka. Ratusan ribu syuhada’ telah gugur di bumi ini baik di era penjajahan kulit putih atau penjajah Nasionalis Sekular Indonesia sendiri.
Tanggal 04 Disember 1976 di Bukit Halimon, Luengputu, Pidie, satu deklarasi penting dilakukan oleh Hasan Tiro. Secara rasminya Gerakan Acheh Merdeka (GAM) didirikan.Teungku Hasan Muhammad Di Tiro diangkat menjadi pimpinan tertinggi guna memimpin para pejuang menghadapi Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang dibawa khas dari Republik Indonesia untuk menggempur gerilawan GAM sekaligus membedil siapa sahaja simpatisan GAM. Boleh dikatakan keseluruhan Acheh menjadi ‘tapak’ serangan TNI bagi memburu para pejuang. Kawasan yang paling teruk ialah Acheh Utara. Hasan Tiro yang lebih dikenali sebagai Wali Nanggroe Acheh Darussalam sendiri sempat berulang alik dan keluar masuk hutan selama 3 tahun sebelum meninggalkan Acheh secara diam-diam pada tahun 1979 akibat pemburuan TNI. Kehebatan bangsa Acheh terserlah dengan sikap taat dan wala’nya mereka pada pimpinan mereka, Hasan Tiro. Walaupun terpaksa keluar dari tanah airnya sendiri, namun umat Islam dan gerilawam GAM masih mengangkat beliau sebagai ‘Amir’ dan menerima arahan-arahan darinya dari jarak jauh.

Tsunami merupakan ‘hadiah’ berharga daripada Allah kepada umat Islam di Acheh. Seluruh bantuan dari pelbagai badan-badan internasional sampai ke Acheh. Disinilah bermulanya cetusan idea dari p

“Ada juga yang masih degil tidak mahu serahkan senjata. Mungkin mereka ini masih berdendam dengan TNI. Manakan tidak, ibu bapa mereka dibunuh, adik mereka diperkosa, diculik dan macam-macam. Boleh jadi mereka juga bimbang dikhianati sekali lagi oleh pemerintah RI kerana bukan ini kali pertama perjanjian perdamaian dianjurkan” jawab Ahmad bila saya menanyakan tentang sejauhmana anggota GAM menerima perdamaian.“Kadangkala ada yang masih simpan senjata untuk tujuan merompak. Jadi, kalau ada sebarang insiden penculikan, perompakan atau pembunuhan yang kerap berlaku sekarang , mereka hanya kita panggil OTK-Orang Tidak Dikenali. Maka jangan dikaitkan dengan GAM lagi kerana arahan rasmi

Selepas MoU Helsinki, Acheh diisytiharkan sebagai wilayah autonomi khusus. Hak-hak memerintah diberikan sepenuhnya kepada umat Islam Acheh. Namun ada beberapa perkara, Acheh masih terikat dengan pemerintah Indonesia seperti ekonomi. Walaubagaimanapun, hasil ekonomi Acheh diberikan lebih banyak kepada pemerintah Acheh sendiri untuk kepentingan rakyat. Hak untuk menjalankan syariat Islam diberikan sepenuhnya kepada Acheh tanpa sebarang sekatan walaupun sampai saat ini perjalanan pelaksanaannya masih tidak dapat dijalankan sepenuhnya akibat beberapa masalah. Mengulas mengenai janji pihak pemerintah untuk membayar ganti rugi kepada waris-waris korban atau mereka yang pernah tersiksa, Ahmad memberitahu ianya masih tidak sampai. Hanya beberapa kawasan sahaja yang telah

Catatan: Beberapa sahabat bertanyakan pandangan saya mengenai status GAM dan anggotanya yang mati adakah boleh disebut ‘JIHAD’ ? Saya tidak mampu mengeluarkan keputusan yang meyakinkan dengan ilmu yang sangat sedikit , cuma sekadar memberikan pandangan bahawa mereka yang gugur adalah syuhada’ berdasarkan hadis Nabi yang menyatakan bahawa orang yang mati mempertahankan maruahnya adalah syahid. Menghadapi kezaliman juga adalah jihad. Maka lebih baik kita menghukum begitu. Kita bimbang suasana hari ini apabila Amerika menyebut Usamah, Al-Qaedah,Tholiban sebagai pengganas, maka ribuan umat Islam mengiyakannyan. Sedangkan boleh jadi mereka ini disisi Allah diangkat kemuliaan sebagai Mujahid dan Syuhada’ tanpa pengetahuan kita yang turut menimpakan hukuman prejudis kepada mereka. Wallahua’lam.