| Mera Naam Joker: Hantu-Hantu Dalam Mitologi Masyarakat melayu

Selasa, 26 Februari 2013

Hantu-Hantu Dalam Mitologi Masyarakat melayu


Hantu seringkali digambarkan berukuran dan berbentuk manusia (walaupun ada yang menyebutnya menyerupai haiwan), biasanya digambarkan “berkilauan”, “berbayang”, “seperti kabut”, atau bayangan. Hantu tidak mempunyai tubuh kasar seperti manusia, hanya bayangan badan (astral body). Kadang kala tidak tampak bila dilihat tetapi dalam fenomena lain seperti pergerakan objek, lampu hidup dan mati dengan sendiri, bunyi, dan lain-lain, yang tidak mempunyai penjelasan logik.

Masyarakat dulu-dulu terutamanya melayu sangat percaya yang hantu mampu memberi kesan kepada kehidupan diorang. Hantu-hantu yang dipecayai mampu memberi kesan kepada diorang adalah seperti bajang. bajang dikatakan sering berubah menyerupai seekor musang. Cara gangguannya hantu ni adalah membuat bising sekiranya memasuki sesebuah rumah

Langsuir dipercayai akan menjelma menjadi burung hantu yang mempunyai cakar yang panjang. langsuir yang menjelama sebagai seekor burung hantu akan bertenggek diatas pokok-pokok yang berhampiran dengan rumah-rumah dan berbunyi seperti burung hantu. langsuir yang mnjelma sebagai burung dipercayai adalah anak langsuir.

Pelbagai jenis hantu yang berkeliaran dipercayai dibela oleh seseorang bagi tujuan tertentu. Bajang dikatakan dibela oleh golongan lelaki manakala pelesit pula dibela oleh golongan perempuan. Bajang dikatakan akan menghisap darah bayi yang baru lahir. Zaman-zaman dulu, bayi-bayi yang baru lahir biasanya akan dipakaikan tangkal yang dipanggil tangkal 'gelang bajang'. Itu pasal kanak-kanak dan orang-orang muda samada lelaki atau perempuan tidak keluar rumah kerana hantu sering berkeliaran, tapi zaman sekarang terbalik dah berbudak ini yang jadi hantu, hantu pula dah menyorok! Kekadang ini diorang pulak yang kejar hantu!

Dan sering kita dengar atau terdengar, pelbagai jenis nama-nama hantu antaranya:
*diingat yer! gambar-gambar dibawah ini adalah hiasan semata-mata!

Hantu kubur

Dipercayai hantu jelmaan orang yang sudah meninggal dunia @ mati. Hantu ini juga dikatakan akan menganggu manusia bila kita bertembung dengannya. Hantu ini dikenali sebagai 'hantu org mati dibunuh'. Biasanya hantu ini dipuja oleh pawang-pawang untuk mndapatkan sesuatu.

Hantu ayer & Hantu laut
Hantu ini mnguasai laut@sungai (hantu jenis ni sering kali kita dengar kan)

Hantu bandan

Hantu jenis ini menjaga kawasan air terjun. Ia dikatakan, hantu jenis ini selalu dijumpai dengan keadaan tertiarap diatas air. bentuk kepalanya dikatakan hampir serupa dengan bentuk kawah (korang imagine lah sendiri rupa hantu ini). Hantu ini biasanya akan mengikut arus air dan akan terjun bersama-sama air terjun yang mngalir.


Hantu longgak

Hantu longgak ini bersifat suka memandang langit. Orang yang terkena gangguan hantu ini biasanya akan berbuih-buih mulutnya (Ingat! bukan yang kat pasar-pasar itu..selonggok! selonggok! longgak tau, bukan longgok... hahahaha)

Hantu rimba
Hantu yang mendiami hutan-hutan tebal.

Jembalang tanah

Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

Jembalang tanah dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali sebidang tanah baru dibuka, persembahan makanan yang dikenali sebagai acak akan diletakkan dikawasan tersebut bagi mengelakkan jembalang tanah mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kepada peneroka tersebut.




Hantu denei

Hantu yang dikatakan menjaga laluan binatang-binatang liar dihutan.

Hantu belian
Hantu ini dipercayai adalah hantu jelmaan semangat harimau. walaupun hantu ini dikatakan datang dari semangat harimau, tapi rupa bentuk hantu ini biasanya berbentuk seekor burung yang bertenggek di atas badan harimau. Hantu ini akan bertenggek kat atas badan harimau dan tidak memijak tanah. Ia dikatakan, harimau pantang menjatuhkan hantu ini kat atas tanah.

Hantu songkei


Hantu ni dikatakan sejenis hantu yang suka menangkap binatang liar. Hantu jenis ini juga dipercayai sejenis hantu yang akan merosakan jerat yang dipasang untuk menangkap binatang liar. Rupa hantu songkei dikatakan hanya mempunyai separuh badan sahaja. berhidung panjang. kedudukan mata hantu ini dikatakan seperti kedudukan mata burung.

Hantu Galah

Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.

Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.

Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.

Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

Pontianak

Perempuan mati beranak selalu dikaitkan dengan jelmaan pontinak seperti ini. Makhluk jelmaan seperti ini memang wujud tapi bukanlah hadir dari jasad perempuan mati beranak. Ini semua kerja makhluk halus, jin @syaitan.

Langsuir

Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.

Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.

Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

Imej langsuir yang dikatakan berjaya ditangkap dan disumbat kedalam botol.. Allahuallam..




Toyol

Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Hantu Kopek/ Tetek

Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.

Hantu kopek boleh dikelaskan dalam kumpulan makhluk halus yang tidak dipelihara / liar.

Jin dan jelmaan syaitan yang berubah mengikut keadaan namanya..


Budak-budak sekarang ini kalau musti nak sangat jumpa hantu ini, sesilap hari bulan hantu ini dibawanya balik! Berbudak zaman sekarang ini hatinya kering dah...huhuu


Hantu Pelesit

Ini ada fakta mengenai hantu pelesit.

Orang yang dikatakan membela hantu pelesit dilaporkan sukar untuk memperolehi anak atau sering keguguran kalau mengandung sebab hantu pelesit ini memang suka ganggu janin dalam perut. Orang yang berniat untuk membela pelesit biasanya akan membela hantu jenis ini bila sudah mmpunyai zuriat.Hantu jenis ini dikatakan mempunyai fizikal seperti orang tua bangka yang buruk paras rupanya dengan rambut yang putih mngerbang. Cara berjalan hantu ini adalah seperti burung penguin. Binatang tunggangannya adalah sejenis belalang (belalang pelesit).

Tanda-tanda belalang pelesit tu adalah tunganggan hantu pelesit, kepala belalang itu sedikit mempunyai tanda kemerah-merahan.. untuk mengelakan diganggu hantu pelesit biasanya orang menyimpan tahi besi sebagai azimat dirumah.


Tahi besi yang dikatakan selalunya digunakan untuk diletak didalam lubang tiang seri


Penanggal

Hantu jenis ini dipercayai adalah lahir dari separuh manusia dan separuh lagi makluk halus. Hantu penanggal ini datang dari badan pengamal ilmu hitam. Pengamal ilmu penanggal ini boleh menceraikan kepala dari badan dia. Penanggal ini kerja dia memang suka terbang ketika malam hari. Ada sesetengah orang nampak penanggal ini terbang dalam bentuk bebola api. Tidak dapat dipastikan, sebab aku sendiri pun tak pernah trserempak dengan bebola api yang dikatakan jelmaan penanggal. Dan aku tegaskan disini, aku pun tak berhasrat nak jumpa...huhuh!

Mengikut kepercayaan masyrakat melayu lama. Pengamal ilmu penanggal ini akan diwajib simpan setempayan cuka di rumah mereka. Selepas benda itu terbang bergentayangan di udara, Si Penangal ini akan balik rumah dan celup isi perut diorang dalam tempayan cuka bagi untuk mengecutkan balik isi perut diorang supaya senang nak masukankan balik isi perut itu kat dalam badan.

Orang tua-tua dulu pernah berkata, kalau kita terserempak dengan penanggal, elakan kita lari lalu bawah dia sebab kalau terkena titisan darah dari isi perut penanggal ini, kita akan kena penyakit kudis yang serius.

Lagi menurut cerita orang-orang tua, kalau kita jumpa badan tuan si penanggal ini masa kepala dia tengah terbang, kita terbalikan badan itu (berani ker nak buat..huhuh). Dengan cara ini, pengamal ilmu penanggal ini akan gagal masuk balik dalam badan dia semula dan seterusnya akan mati.

Penangal ini makanan kegemaran dia adalah darah perempuan bersalin. Di zaman dulu, kalau ada perempuan bersalin, diorang akan letak duri daun mengkuang. Penanggal memang takut duri mengkuang sebab dikatakan duri mengkuang itu boleh tersangkut pada isi perut dia kalau diorang lalu di kawasan yang ada daun mengkuang itu.

Penanggal biasanya akan membuat pengamalnya sentiasa nampak muda. Menurut cerita lama, pengamal ilmu penanggal ini akan ada garis halus disekeliling leher diorang.

Polong

Hantu jenis polong ini pada zaman dulu adalah hantu peliharaan golongan lelaki. Tujuan membela hantu ini adalah untuk kerja-kerja jahat bagi mengenakan orang lain.

Cara atau upacara mndapatkan polong ini adalah dengan @ seperti biasanya mereka akan pergi mengali kubur orang yang mati di bunuh. Darah mayat orang mati kena bunuh tersebut mereka akan ambil dan letak dalam botol. Upacara memuja darah dalam botol dilakukan selama 7 hari berturut-turut dengan membaca mentera-mentera khas (mentera itu tak dapatlah aku share, sebab aku pun tak tahu). Selepas 7 hari, kalau upacara itu berjaya, akan datang bunyi-bunyi pelik dari dalam botol itu. Masa itu pemuja akan tahu yang polong sudah dapat dimiliki atau tidak. Masa ini pemuja akan memotong sikit hujung jarinya hingga berdarah. Dan darah itu dititiskan ke dalam botol bagi memberi makan kepada polong yang dah berjaya dimiliki. Masa ini polong akan terikat dengan tuan dia dan akan ikut segala suruhan dan perintah tuannya.

Tuan polong ini akan simpan polong dia dalam botol. Polong hanya dikeluarkan bila diperlukan khidmatnya.

Tanda-tanda terkena serangan polong adalah terdapat lebam-lebam pada badan secara tiba-tiba atau selepas bangkit dari tidur. Bagi gangguan yang membawa kematian, biasanya mayat mangsa akan mngeluarkan darah yang banyak dari mulut berserta kesan lebam pada badan mayat.

Mambang

Pada pengemar cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mesti biasa mendengar petikan dalam cerita Pendekar Bujang Lapok pasal 'mambang' ini...

antara petikan yang popular dalam cerita tersebut:-

Hai mambang tanah, mambang angin, mambang air, mambang pasir...MAMBANG MABUK MINUM BRANDI.







Jadi sebelum kita bukan cerita pasal mambang. kali ni aku akan kenalkan anda dengan jenis-jenis mambang dan tempat diorang tinggal.


1) Mambang putih.
-Mambang putih menurut kepercayaan orang melayu, adalah sejenis mambang yang tinggal dan menguasai matahari.

2) Mambang hitam
- Mambang hitam pula dipercayai tinggal dan menguasai bulan.

3) Mambang kuning
- Mambang kuning menguasai pancaran cahaya matahari terbenam. Mambang kuning adalah mambang yang paling ditakuti kerana dianggap berbahaya kepada kanak-kanak.

Pada zaman dulu kalau diorang rasa ada mambang kuning datang ingin ganggu budak-budak. Mak bapak akan ambik air dan berkumur dgn air itu. (kaedah ini juga disebut sebagai 'di-kemam ayer'). Air itu kemudianya disembur pada sinaran cahaya matahari terbenam serentak dengan meleparkan abu ke tempat yang sama dengan membaca menteranya

Sekiranya famili budak yang dikhuatiri di sampuk mambang itu membuat ritual ringkas itu, anak diorang akan kena sampuk dengan mambang dan akan mngalami demam panas.

Sebenarnya ada pelbagai jenis hantu lagi yang tidak aku rungkaikan...Ini pun dah cukup banyak rasanya!

Sebenarnya kita boleh ambik iktibar dan rasa bersyukur manusia di jadikan lebih sempurna dan mulia dari mereka dan boleh terfikir indah dan uniknya ciptaan allah swt di muka bumi ini, kita perlu sedar bukan manusia dan haiwan sahaja yang hidup di bumi ini ,dan kita perlu percaya alam ghaib itu benar benar hujud dan tidak perlu apa yang di heran dan pelik kerana itu semua makluk yang bersama di cipta oleh allah swt untuk menetap di realiti dunia in
Comments
0 Comments