| Mera Naam Joker: PETUAH – PETUAH WAKTU MEMANCING

Jumat, 15 Maret 2013

PETUAH – PETUAH WAKTU MEMANCING



Anda tidak dianjurkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petuah-petuah ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai referensi saja. Jikalaupun ini menjadi kebiasaan yang sering anda lakukan ya terserah anda, semuanya kembali lagi kepada kita untuk mempercai atau tidak.

1. Mengekalkan Kesegaran Ikan

Untuk mengelakkan ikan akan busuk/rusak jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan tersebut berdarah lalu dibalut dengan kertas surat kabar seekor demi seekor. ( jangan dicampur 2 – 3 ekor sebungkus ), Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan tersebut akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.

2. Daun Sirih/Tembakau Rokok

Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia nempel dipasir. Caranya mudah gunakan daun sirih/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.

3. Telur Rebus & Pulut Kuning

Jangan membawa sembarang makanan berdarah seperti daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. Laut tempatnya keras, kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang sesajen.

4. Kunyit & Tepung

Jika memancing di sungai yang ada buayanya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia akan ‘mengamuk’ dan ini akan mendatangkan bahaya kepada pemancing.

5. Melangkahi Joran Pancing

Petuah ini menjadi ikutan banyak pemancing sampai hari ini. Larangan melangkahi joran adakalanya menjadi satu perdebatan sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan joran pancing ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.

6. Mulut

Larangan paling utama dalam aktivitas memancing. Mulut jangan omong besar, takabur, celungap dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.

7. Meludah Umpan

Petuah ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktivitas memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali mengganti umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.

8. Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan

Sebaiknya apabila terkena gigitan ikan spt Ikan Jenahak, Malong, Alu-alu dan sebagainya di anggota badan terutama jari, cepat-cepat ambil air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan teteskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan balutlah luka tersebut dengan kain bersih
Comments
0 Comments